Nakhon Ratchasima (Bahasa Thai: นครราชสีมาcode: th is deprecated , IPA: [náʔkʰɔːn râːt.tɕʰa.sǐː.maː]; Melayu: Negara Rajasingacode: ms is deprecated ) merupakan sebuah bandar (thesaban nakhon) di timur laut (Isan), Thailand dan merupakan pintu masuk ke Isan. Bandar ini merupakan ibu kota Wilayah Nakhon Ratchasima dan daerah Nakhon Ratchasima. Semenjak 31 Mei2007[1], bandar berkenaan mempunyai populasi seramai 147,437 orang lantas menjadikannya bandar dengan populasi ketiga terbanyak di Thailand.
Bandar ini dikenali sebagai Khorat or Korat (Bahasa Thai: โคราชcode: th is deprecated ) oleh masyarakat Thai yang merupakan nama pendek bagi nama lama Korakapura.[perlu rujukan] Bandar ini terletak di pinggir barat Dataran Khorat dan secara sejarahnya menandakan sempadan di antara Laos dan wilayah Siam. Bagaimanapun, sekarang bandar ini dianggap pintu masuk ke timur laut (Isan). Bandar ini juga merupakan ibu kota wilayah Nakhon Ratchasima dan daerah Nakhon Ratchasima. Nakhon Ratchasima juga adalah pusat kawasan metropolitan Nakhon Ratchasima.