Viu ialah perkhidmatan video over-the-top (OTT) yang dimiliki oleh Viu International Ltd., anak syarikat PCCW. Diperkenalkan di Hong Kong, Viu menyediakan drama Asia, rancangan anekaragam, anime dan berita hiburan.[1] Pada Disember 2018, Viu memiliki 30 juta pengguna aktif bulanan.[2]
Latar belakang
PCCW Media memiliki Now TV, IPTV pertama di Hong Kong dan MOOV, platform muzik OTT pertama di Hong Kong. Pada 26 Oktober 2015, Viu dilancarkan di Hong Kong.[3] Bermula sebagai freemium, Viu menyediakan pekhidmatan premium dengan rencana berlangganan.[4]
Viu Indonesia dilancarkan pada 26 Mei 2016 setelah pelancaran Viu Malaysia dan Viu India pada 4 Mac 2016.[13] Viu Filipina dilancarkan pada 17 November 2016.[14]
Rancangan
Pada masa ini, Viu Hong Kong dan Viu Singapura tersedia bagi pengguna dengan alamat IP tempatan sahaja. Drama Korea yang popular dan rancangan aneka terbaru seperti Boys Over Flowers, City Hunter, I Can Hear Your Voice, The Heirs, My Love from the Star dan lain-lain dapat ditonton di Viu Singapura. Sedangkan hak siaran dari drama-drama ini di Hong Kong sebelumnya dibeli oleh platform televisyen lain dan kerana tidak tersedia di Viu Hong Kong. Sebagai gantinya, ia menawarkan drama dari Jepun, Taiwan dan China, animasi Jepun dan rancangan hiburan Korea.