Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-MasyhurKBECMG (28 Oktober 1894 – 10 Mei 1981) merupakan Sultan Johor ke-22 (Sultan Johor Era Moden ke-3 daripada keturunan Temenggong) dari 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981 yang menggantikan Seri Paduka Ayahandanya, Sultan Sir Ibrahim Sultan Sir Abu Bakar. Baginda juga merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia apabila tertubuhnya universiti tersebut. Baginda dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960.
Pendidikan
Sultan Ismail telah mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Johor Bahru. Kemudian, baginda turut belajar bahasa Inggeris daripada seorang guru berbangsa Eropah. Ketika baginda berusia 10 tahun, baginda diiringi oleh kedua-dua paduka adinda, iaitu Tunku Aris Bendahara Abu Bakar dan Tunku Temenggong Ahmad serta lima orang sahabat baginda, iaitu Dato' Onn bin Dato' Ja'afar, Dato' Wan Idris bin Wan Ibrahim, Ismail bin Muhammadon, Abu Bakar bin Yahya, dan Ungku Sulaiman bin Ungku Mohd Khalid telah dihantar belajar ke England dengan menaiki kapal P&O Liner Bengal. Di England, baginda dan paduka-paduka adinda telah bersekolah di Rose Hill School, Tunbrigde Wells, Kent, kemudian di Alderburgh Lodge School serta di Roydon Hall, Norfolk. Basinda juga pernah belajar di Christ Church, Oxford. Pada tahun 1910, baginda diiringi Dato' Onn bin Dato' Ja'afar telah berangkat pulang ke Johor. Dalam tahun itu juga, baginda berdua telah dititahkan menyambung pelajaran di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Antara kerabat diraja yang menuntut bersama-sama baginda di MCKK ialah Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor), dan Almarhum Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Dalam tahun 1913, baginda sekali lagi telah berangkat ke England. Baginda bersemayam di England selama tujuh tahun, dan dalam tempoh itulah baginda telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman setelab melawat beberapa tempat di England dan Eropah. Pada hari Jumaat 5 Mac 1920, Sultan Ismail diringi paduka adindanya, Tunku Aris Bendahara Abu Bakar telah berangkat balik ke Johor.[1]
Keluarga
Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu dengan:
Sultanah Aminah binti Almarhum Ungku Ahmad berkahwin dengan Sultan Ismail pada 30 Ogos 1922.[2] Kemudian baginda sultanah mangkat pada 14 September 1977 akibat kemalangan jalanraya di Kulai pada bulan Ogos 1977. Baginda berdua dikurniakan 7 orang putera dan 3 puteri dimana beberapa daripadanya hidup sehingga dewasa:
Tunku Abdul Jalil ibni Almarhum Sultan Ismail (1924-1925)
Tunku Kalthum Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail (1927-1929)
Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Ismail (1929-1932)
Sultanah Nora binti Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad merupakan kerabat diraja Kelantan yang telah berkahwin dengan Sultan Ismail pada 13 November 1977.[6]
* Walaupun Sultan Hussein Muhammad Shah diangkat menjadi Sultan Johor, baginda tidak diiktiraf oleh Bendahara Tun Ali yang kekal bertuankan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan baginda tidak mempunyai kuasa politik di Johor. ** Walaupun Sultan Ali Iskandar Shah diangkat menjadi Sultan Johor, baginda hanya memerintah di daerah Kesang manakala Temenggung Tun Daeng Ibrahim memerintah seluruh negeri Johor kecuali daerah Kesang. *** Temenggung Tun Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor selepas beliau dan Sultan Ali Iskandar Shah menandatangani Perjanjian Setia 1855, namun perjanjian tersebut tidak menjadikan beliau sebagai Sultan Johor dan beliau kekal sebagai Temenggung Johor.