Sultan Ahmad Riayat Shah

Tengku Ahmad Riayat Shah
Paduka Sri Al-Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Johor Darul Takzim Ke XV
Fail:-
-
Johor Sultan Johor Ke 15 Johor Seluruh Jajahan takluknya
Pemerintahan1761 – 1770
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Abdul Jalil Muazzam Shah
Diikuti olehSultan Mahmud Shah III
Pemangku raja-
Keputeraan-
1752
-
Kemangkatan31 September 1770
kampung Kuala Limpur, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor, Negara Melayu Nusantara
Pemakaman1 Oktober 1770
Kampung Bulang, Batangan, Riau, empayar Johor, Nusantara
Nama penuh
Sultan Ahmad Riayat Shah ibni Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
Marhum Tengah
KerabatBendahara
AyahandaSultan Abdul Jalil Muazzam Shah
AgamaIslam Sunni
Pekerjaan-
TandatanganTandatangan Tengku Ahmad Riayat Shah

Sultan Ahmad Riayat Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin ibni Sultan Abdul Jalil V Muazzam Shah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin, Sultan Johor ke-15, dilantik pada 1761 bagi menggantikan ayahandanya. Ketika itu baginda baru berusia sembilan tahun.

Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu. Yang di-Pertuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar ganti rugi tersebut dan hal ini mengukuhkan lagi kuasa Yang di-Pertuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah II mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah". Baginda digantikan oleh adindanya, iaitu Raja Mahmud yang baru berusia 14 tahun yang memakai gelaran Sultan Mahmud Shah III.

Lihat juga


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-15
(1761 – 1770)
Penyandang Kemudian
Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah Sultan Mahmud Shah III