Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah

Abdul Rahman Muazzam Shah I
Paduka Sri Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Johor Darul Takzim Ke XVII Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negari Pahang Darul Makmur Ke XXI
Fail:Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.jpg
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
Sultan Johor[[2]] ke 18
Pemerintahan1811 – 1819
KemahkotaanJanuari 1812
Didahului olehSultan Mahmud Shah III
Diikuti olehSultan Hajji Asrhull Hussain Muazzam Shah I
Pemangku raja-
Sultan Riau-Lingga Pertama
Pemerintahan1811 – 1832
Kemahkotaan1811
Didahului olehjawatan baru
Diikuti olehSultan Muhammad II Muazzam Shah
Pemangku raja-
Pasangan-
AnakandaSultan Sulaiman II Badrul Alam Shah Sultan Muhammad II Muazzam Shah
Nama penuh
Raja Jumaat dan Si Komeng
Nama diraja
-
WangsaBendahara Johor
AyahandaSultan Mahmud Shah III
BondaCik Mariam binti Bandar Hassan
Abdul Rahman Muazzam I
Sultan Riau-Lingga
Keputeraan 1785 [perlu rujukan]
Kepulauan Lingga, kini  Indonesia
Kemangkatan 1832
Kepulauan Lingga, kini  Indonesia
Dimakamkan 9 Ogos 1832
Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga, riau, kini  Indonesia

Almarhum Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah III (lahir sebagai Raja Jumaat Abdul Rahman) merupakan Sultan Johor ke-16 dan termasuk Pahang serta jajahan takluknya (1811–1819). Baginda juga merupakan Sultan Riau-Lingga yang pertama serta jajahan takluknya (1811–1832)[1].

Latar belakang

Dilahirkan pada 1780 dengan gelaran Raja Jumaat. Baginda Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah merupakan anakanda ke-15 dan baginda juga merupakan putera kedua kepada pasangan Sultan Mahmud Shah III dan Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Bandar Hassan.

Sultan Johor

Perebutan kuasa antara pihak Tengku Abdul Rahman dan pihak Tengku Hussain (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III telah berlaku apabila Tengku Abdul Rahman dilantik sebagai sultan Johor dahulu berbanding abang tirinya Tengku Hussain Shah.

Perlantikan Tengku Abdul Rahman disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. Beliau dengan itu dilantik Sultan Johor ke-16 dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah pada 1812-1819.

British mula hendak campur tangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dengan melantik Tengku Hussain Shah sebagai Sultan Johor.

Kesultanan Lingga-Riau

Dalam tahun 1818, dengan sokongan kuat dari Yang Dipertuan Muda Riau Raja Jaafar, baginda Tengku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Sultan Abdul Rahman I Muazzam Shah ibni al-marhum Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI).

Baginda merupakan pengasas kepada Kesultanan Lingga-Riau. Ketika era pemerintahan baginda, Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam. Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Masjid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang masih ada sehingga hari ini.

Mangkat

Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 9 Ogos 1832.


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-16
1811 – 1819
Penyandang Kemudian
Sultan Mahmud Shah III Sultan Hussain Shah


Penyandang Terdahulu Sultan Lingga-Riau Pertama
1811 – 1832
Penyandang Kemudian
Pengasas Sultan Muhammad II Muazzam Shah

Rujukan

  • Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763.

Nota kaki

  1. ^ [1]

Lihat juga