Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh dan Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah dibina pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia Ke-2. Sekolah Menengah Sains Johor merupakan sebuah sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan bukan akademik.[2]
Sejarah
Upacara meletakkan batu asas sekolah ini dilakukan oleh Tun Hamdan Sheikh Tahir, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada hari Rabu, 23 Mei1973.
Kumpulan pertama pelajar SMSJ ditempatkan sementara di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sehinggalah sekolah ini siap dibina dan mula digunakan pada bulan April 1974. Pengetua pertama ialah Tuan Syed Ahmad Omar Al-Atas dan sejak tahun 1974, 13 orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.
Lokasinya yang terletak kira-kira satu kilometer dari bandar Kluang dengan kawasan seluas 32 ekar, SMSJ menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar peringkat menengah dari tingkatan satu hingga lima. Kelas tingkatan enam dibuat pada tahun 1974 dengan 28 orang pelajar dan program ini tamat pada tahun 1984. Dari tahun 1985 sehingga 1989, sekolah ini menjalankan program GCE A-level. Sejak tahun 1990 sehingga sekarang, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Mulai tahun 1994 sehingga 1998, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu daripada keluarga berpendapatan rendah.
Padang utama siap pada tahun 1976 dan padang kedua siap pada tahun 1988. Kelas komputer dijalankan mulai tahun 1976. Semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 digalakkan mengikuti kursus komputer selama 3 tahun. Surau yang boleh menampung seramai 800 orang telah siap dibina pada tahun 1993 dan telah menjadi pusat kecemerlangan rohani. Sekolah ini juga telah mendapat bangunan tambahan yang dijadikan sebagai koperasi sekolah.
Pada tahun 1996, empat buah kelas tingkatan 4 telah dikhaskan untuk aliran Sains Kejuruteraan dan hanya sebuah kelas untuk Sains Tulen. Pada tahun 2000an hingga 2016 sekolah ini mempunyai tiga kelas sains tulen dan dua kelas sains teknikal. Pada tahun 2022, aliran sains teknikal sudah tidak lagi ditawarkan dan kesemua kelas telah dikhaskan untuk aliran sains tulen. Mulai tahun 2023, pelajar Tingkatan 4 akan mengikuti program Dual Language Programme (DLP) sepenuhnya. Sekolah ini telah terpilih menjadi sekolah bestari pada tahun 1999.
Dato Azman Mohd Arof, pemilik dan pengarah urusan syarikat Aerosystem Travel & Tour Sdn Bhd iaitu empunya yang mengendalikan perkhidmatan bas di bawah jenama Ekspres Mayang Sari [3]
YB Hj Aminolhuda Hj Hassan - ADUN Parit Yaani, Mantan EXCO Negeri Johor, Pengerusi AMANAH Negeri Johor
YBhg Dato' Hidayat Abdul Hamid - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India
YBhg Datuk Dr. Aminuddin Hassim - Ketua Pengarah NADMA, Mantan Presiden Perbadanan Putrajaya
YBhg Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood - Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Forensik Hospital KL (Pakar Perunding Kanan Forensik) / Institut Perubatan Forensik Negara & Ahli Pakar Penyiasat Forensik Tragedi Malaysia Airlines MH17
Dato’ Haji Azmar Talib - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRX Tun Razak Exchange City Sdn Bhd
Prof. Dr. Ghizan Saleh - Ketua Kluster Pertanian & Makanan Majlis Profesor Negara, Mantan Presiden SAJOHA yang pertama
Dato' Hj Ahmad Ridza bin Bukhari - Pemilik Ain Furnishing Sdn Bhd, Mantan Presiden SAJOHA
Allahyarham Datuk Ir Zainudin A.Kadir - Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas)
Datin Rashidah Mohd Sies - Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan
Dato' Sr Rosli Atan - Pengarah Urusan Ian Scott International- Rentier Advisory Services Sdn. Bhd.
Encik Ragunath Kesavan - Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia (2009-2011)
Dato' Hj Salehuddin Hj Hassan - Pegawai Kewangan Negeri Johor, Mantan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Johor Bahru
Tuan Hj Zulkifly Hj Mohd Tahir - Pegawai Daerah Pontian
Tuan Hj Azman Haji Mohamed Shah - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ)
Encik Mohammad Diah Hj Wahari - Mantan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Encik Zainal Abas - Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Bekas Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Bekas Pengacara Sukan TV Astro & Media Prima
Zainal Alam Abd Kadir - Editor Bersekutu The Malaysian Reserve
Dr Mohd Mazri Yahya - Doktor Pakar Perunding Pembedahan Vaskular KPJ Johor, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
Vikneswaran Iswarapatham - Pengurus Pasukan Hoki Remaja Malaysia (2020~2021), Bekas Jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), Bekas Pemain Hoki Kebangsaan
Azmi Samuri - Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Bank Islam Malaysia
Mohd Rezwan Abdullah Ismail - Ketua Pegawai Risiko di Bank Muamalat Malaysia
Shamsudin Ali (Sam Ali) selaku pengasas, vokalis dan pemain gitar bass kumpulan metal yang dikenali di Australia, Malaysia dan seluruh dunia iaitu Cromok[perlu rujukan]