Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, disingkatkan sebagai SERATAS, merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak kira-kira 3 kilometer (1.9 batu) dari bandar Taiping di Perak, Malaysia. Sekolah ini merangkumi kawasan seluas 51.9 ekar (21.0 hektar) dan terletak di kaki Bukit Larut. Sekolah ini diasaskan pada 1 Januari 1982 dan dirasmikan pada 3 Oktober 1983 oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah. Dengan mengekalkan kecemerlangan di dalam bidang Akademik dan Kokurikulum, SERATAS telah diiktiraf sebagai SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI pada 18 September 2013. [perlu rujukan]
Sejarah Awal
Pada awal penubuhannya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perak. Ia juga pernah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Taiping (disingkatkan sebagai SEMESTA). Pada 21 Februari 1987 nama sekolah ini secara rasmi ditukar kepada Sekolah Raja Tun Azlan Shah (justeru singkatan 'SERATAS') oleh DYMM Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Ghafrullahu-Lahu Shah.
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. Pengambilan pertama pelajar merangkumi enam buah kelas bagi Tingkatan 1, enam kelas bagi Tingkatan 4 dan empat kelas bagi Tingkatan Enam Bawah. Pada 11 Jun 1984 sekolah ini juga mula menyediakan kelas matrikulasi bagi Universiti Sains Malaysia dengan pengambilan pelajar seramai 144 orang.
Pada masa ini, sekolah ini hanya menyediakan tempat bagi Tingkatan 1 hingga 5 dan kemasukan pelajar melibatkan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Kelas-kelas dinamakan sempena nama planet iaitu Kejora, Suria, Zuhrah dan Utarid
Majlis itu untuk memperingati perjalanan sekolah selama sesuku abad di samping memberikan penghargaan kepada pelajar yang berjaya pada tahun 2006. Turut telah menghadiri acara tersebut ialah bekas pelajar atau alumni sekolah yang telah lama ditubuhkan untuk kebajikan bekas pelajar SERATAS.
Lencana
Kereta api – Landasan kereta api pertama dibina di Malaysia adalah di Taiping, Bandar di mana terletaknya sekolah ini.
Tabung uji, bikar dan gear – Sains dan teknologi ialah asas sistem pendidikan di Seratas.
Buku – Buku yang terbuka menunjukkan idea bahawa pendidikan itu ialah satu proses yang berterusan.
Cincin – Semangat kesukanan dan setia kawan tertanam dalam jiwa warga Seratas.
Warna
Kuning — melambangkan kesetiaan pada raja sebagai sifat utama negara kita
Sekolah ini mempunyai 3 blok utama yang mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal sains dan bahasa, makmal kimia, makmal fizik, makmal biologi, pusat sumber, bilik darjah, dan tandas. Blok X, Y dan Z ini mempunyai 3 tingkat dan penghubung dari satu blok ke blok yang lain.
Terdapat juga bangunan kejuruteraan yang terdiri daripada studio AutoCAD dan bengkel bagi pelajar aliran sains dan teknik mempelajari mata pelajaran kejuruteraan. Terdapat juga blok bagi bengkel kemahiran hidup bagi pelajar menengah rendah mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Asrama
SERATAS ialah sebuah sekolah berasrama penuh iaitu pelajar dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan. Sekolah ini mempunyai 7 blok asrama iaitu 4 blok asrama lelaki dan 3 blok asrama perempuan. Blok tersebut dinamakan Blok A, B, C dan D bagi lelaki dan Blok E, F dan G bagi perempuan. Blok-blok ini pernah dinamakan sempena nama tokoh islam seperti Ibnu Sina dan Siti Aisyah. Kini, asrama dibahagikan mengikut empat rumah sukan iaitu rumah Rajawali (Biru), Enggang (Hijau),Helang (Kuning), dan Garuda (Merah).
Asrama ini boleh menempatkan 750 orang pelajar dan 6 unit keluarga bagi warden. Terdapat juga bilik rekreasi, bilik sakit, klinik pergigian, dan bilik belajar. Semua pelajar terikat dengan peraturan 'Arahan Tatatertib Sekolah' yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua aktiviti pelajar dikawal oleh pihak pentadbiran sekolah.
Dewan Makan dan Kantin
Dewan makan sekolah ini terletak di antara asrama lelaki dan perempuan yang mengadap ke Astroturf dan membelakangkan kaki bukit larut. Dewan makan akan digunakan bagi sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan makan lewat malam bagi hari persekolahan dan bagi waktu cuti. Dewan makan ini juga boleh menampung palajar seramai 750 orang pada satu-satu masa sekiranya terdapat majlis rasmi.
Kantin pula terletak di bangunan akademik yang terletak bersebelahan dewan besar.
Dewan Besar
Dewan Besar SERATAS menjadi kegunaan rasmi sekolah seperti perhimpunan rasmi, sambutan rasmi (seperti kemerdekaan atau maulud nabi), kegiatan pelajar dan peperiksaan umum (PT3 dan SPM). Dewan ini mampu menempatkan 800 pelajar bersama guru dan kakitangan pada satu-satu masa. Dewan ini juga turut boleh digunakan oleh orang luar atas kebenaran pihak sekolah.
Masjid
Masjid As-Syakirin SERATAS ialah kemudahan bagi pelajar Islam untuk menunaikan solat berjemaah memandangkan pelajarnya dipupuk untuk menunaikan solat fardu berjemaah setiap waktu. Masjid ini dibina pada 19 April1989. Terdapat juga aktiviti keagamaan lain yang dilakukan di masjid seperti marhaban dan tilawah al-Quran. Bahagian belakang luar masjid turut digunakan bagi aktiviti memasak dan korban.
Kemudahan Lain
Pusat Sumber
Pusat Sumber menyediakan pelbagai bahan rujukan dan kemudahan kepada pelajar dan staf sekolah. Terdapat lebih daripada 27,000 buah buku didapati di situ untuk kegunaan pengunjung. Terdapat juga koleksi pita video dan alat bantuan pengajaran dan pembelajaran bagi kemudahan pelajar dan guru. Selain pusat sumber, terdapat juga bilik seminar dan bilik audio visual (pandang dengar) yang menjadi sebahagian daripada kemudahan Pusat Sumber tersebut.
Makmal Komputer Bestari
Pusat ini menyediakan perkhidmatan komputer untuk kegunaan pentadbiran, staf akademik dan juga pelajar sekolah. Para guru juga digalakkan menggunakan komputer sebagai kaedah pengajaran dalam merealisasikan sekolah bestari dan juga untuk kajian R&D.
Makmal Bahasa
Makmal ini digunakan untuk mengajar bahasa di sekolah ini terutama Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun. Makmal bahasa ini turut boleh digunakan bagi tujuan perjumpaan persatuan ko-kurikulum bagi aktiviti mereka dari semasa ke semasa.
Studio Muzik Wind Orchestra
Studio ini digunakan untuk kegiatan ko-kurikulum para pelajar yang menyertai pasukan Wind Orchestra SERATAS iaitu ‘SERATAS ROYAL RHAPSODY’ dan telah ditubuhkan sekitar tahun 1997. Pasukan ini telah mencipta banyak kejayaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa . Pelbagai pencapaian yang mereka raih seperti Gold with Honour dalam Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh pada tahun 2019 dan banyak lagi. Studio ini terletak bersebelahan dengan koperasi sekolah.
Koperasi Sekolah
Koperasi ini dibuka pada 18 April1984 dan menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit koperasi, bank koperasi dan pemborong.
Semua pelajar ialah ahli koperasi sekolah dengan harapan dapat menanamkan sikap berjimat cermat dan kerjasama selain menguruskan urus niaga dengan sendiri. Dividen tahunan akan dibayar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.
Kemudahan Sukan
SERATAS turut mempunyai pelbagai kemudahan sukan seperti Astroturf, gimnasium, astaka, padang, gelanggang bola keranjang dan bola tampar, dan dewan besar (gelanggang badminton).
Pengangkutan
Pengangkutan disediakan di sekolah ini iaitu sebuah bas mini dan 3 buah bas untuk kemudahan pelajar dan rombongan sekolah ke luar sekolah.
Tempat Tinggal Guru dan Pekerja
Sekolah ini turut menyediakan kuarters bagi guru dan pekerja untuk memudahkan mereka berulang-alik ke sekolah. Sekolah ini juga menyediakan rumah bagi pengetua dan penolong kanan.
Bebas (tetapi mesti menduduki DELF A2 dahulu) (Tidak diambil sejak PKP)
Sistem Rumah
Sistem Rumah telah dibentuk dengan kewujudan empat buah rumah sukan yang diasaskan mengikut nama empat burung iaitu Helang (Kuning), Garuda (Merah), Rajawali (Biru) dam Enggang (Hijau). Keempat-empat buah rumah sukan ini bersaing antara satu sama lain dari tahun ke tahun sejak sekolah ini ditubuhkan.
Mulai 2014, Sistem Merit dan Dimerit diperkenalkan iaitu penambahan mata kepada rumah sukan yang memberi sumbangan atau seumpamanya dan penolakan markah sekiranya ahli rumah tersebut melanggar peraturan sekolah. Hal ini menyebabkan keempat-empat rumah sukan bersaing untuk merebut kejuaraan Master Awards yang diberikan kepada rumah sukan dengan mata tertinggi sepanjang tahun tersebut.
Pelbagai program Sistem Rumah mula diperkenalkan seperti Program Karnival Bakat Seratas (KarBS), Program Karnival Sukan Seratas (SukSes), Program Guru Muda, Duta Akademik Rumah (HearTS), Karnival Bahasa Antarabangsa dan SERATAS Got Talent (SGT)
Azri Zahier Azmi - Founder Syarikat Minuman HAUSBOOM
Majalah sekolah
Majalah sekolah SERATAS (atau SEMESTA sebelum 1987) merupakan majalah terbitan SERATAS yang diuruskan oleh lembaga Sidang Redaksi (SIDRED) yang dianggotai oleh sepasukan pelajar dan guru yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah ini. Majalah ini mengumpulkan koleksi gambar dan rencana peristiwa tahunan sekolah serta turut menyiarkan karya-karya pelajar. Turut disertakan gambar barisan warga SERATAS untuk dijadikan kenangan bagi setiap tahun terutama bagi pelajar yang bakal menjadi lepasan sekolah.