Percetakan batu (juga ringkasnya: cetak batu) atau cap batu atau litografi (serapan kata gabung Yunani λίθος lithoscode: grc is deprecated "batu" dan γράφειν grapheincode: grc is deprecated "menulis")[1] ialah kaedah percetakan atas permukaan batu keras bercorak halus yang dibubuhkan dakwat lalu mudah dilekapkan pada permukaan lawanan yang dicetak. Kaedah ini boleh digunakan untuk mencetak tulisan atau karya seni ke kertas atau bahan lain yang sesuai.[2]
Sebongkah batu (lazimnya yang jenis kapur) atau plat logam dilakarkan atau ditulis menggunakan suatu alat berasaskan lilin atau minyak. Larutan getah Arab bercampur asid lemah (seperti asid nitrik) dituangkan untuk mewujudkan permukaan mampu menolak air[1] sambil sebatian gam meresap ke dalam bahagian berminyak. Sejenis turpentin khas kemudiannya dibubuh untuk membilas lebihan minyak tetapi melekat pada bahagian berllin.[4]
Dakwat berminyak disapukan kepada lapisan muka batu yang dibasahkan memudahkan dakwat melekat pada lorekan dan rupa diinginkan tertolak dari air; kertas dilekapkan bertentangan pada batu ini yang ditekan menghasilkan atau mencetak rupa cerminan pada permukaan kertas.
Sejarah perkembangan
Kaedah percetakan ini dicipta pada tahun 1796 oleh Alois Senefelder, seorang pengarang dan pelukis Jerman, sebagai kaedah yang murah untuk menerbitkan karya-karya pementasan.[5][6]
Impak terhadap persuratan Melayu
Kaedah ini mula diperkenalkan di alam Melayu melalui William Milne, seorang paderi daripada Persatuan Mubaligh London (bahasa Inggeris: London Missionaries Societycode: en is deprecated , LMS) yang membawa mesinnya dari Benggala, tanah India ke Melaka pada tahun 1817.[7] Anggota-anggota lain dalam LMS kemudiannya mengajarkan teknik ini kepada Munsyi Abdullah, orang kelahiran alam Melayu pertama menceburi bidang ini, beliau turut mengkaryakan seberapa penulisannya sendiri terus menggunakan teknologi ini.[8][7]
Teknik ini menjadi sangat digemari para pencetak Jawi di alam Melayu kerana kebolehan pencetakan ini menyerupai seni khat Arab yang sering digunakan dalam manuskrip-manuskrip dahulu[9][10]:64 secara menjimatkan kos sambil mampu menerbitkan buku kitab sebanyak mungkin; perkara tersebut memainkan peranan dalam mengembangkan bidang percetakan Melayu terutamanya di Singapura yang banyak menerbitkan himpunan karya hikayat dan syair[8] serta di Pulau Penyengat sepanjang abad ke-19.[10]:67-68 Teknologi ini digunakan Haji Muhammad Nuh bin Mustafa Banyumas, pengasas syarikat percetakan Melayu pertama antaranya dalam mencetak kitab Sirāt Al-Mustaqīm nukilan Nuruddin al-Raniri bertarikh 4 Rabiulawal 1281 Hijriah atau 7 Ogos 1864 Masihi;[11]:16 begitu juga Raja Ali Haji yang menerbitkan Kitab Pengetahuan Bahasa masyhurnya.[10]:67-68
Rujukan
^ abBrooks, Frederick Vincent (1911). "Lithography" . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 16 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 785–789.
^Weaver, Peter. (1964) The Technique of Lithography. London: B.T. Batsford, p. 49.
^A. B. Hoen, Discussion of the Requisite Qualities of Lithographic Limestone, with Report on Tests of the Lithographic Stone of Mitchell County, Iowa, Iowa Geological Survey Annual Report, 1902, Des Moines, 1903; pages 339–352.
^Meggs, Philip B. A History of Graphic Design. (1998) John Wiley & Sons, Inc. p 146 ISBN0-471-29198-6
^Carter, Rob, Ben Day, Philip Meggs. Typographic Design: Form and Communication, Third Edition. (2002) John Wiley & Sons, Inc. p 11