Pemakanan manusia membincangkan tentang penyediaan nutrien penting dalam makanan yang diperlukan untuk menyokong kehidupan manusia dan kesihatan yang baik.[1] Pemakanan yang buruk merupakan masalah kronik yang sering dikaitkan dengan kemiskinan, ketidakjaminan makanan, atau kurang pemahaman mengenai keperluan pemakanan.[2] Kekurangan zat makanan dan kesannya merupakan penyumbang besar kepada kematian, kecacatan jasmani, dan kehilangan upaya di seluruh dunia.[3] Pemakanan yang baik diperlukan agar kanak-kanak dapat tumbuh secara fizikal dan mental, serta untuk perkembangan biologi manusia yang normal.
Gambaran keseluruhan
Tubuh badan manusia mengandungi sebatian-sebatian kimia seperti air, karbohidrat, asid amino (terdapat dalam protein), asid lemak (dijumpai dalam lipid), dan asid nukleik (DNA dan RNA). Sebatian-sebatian ini terdiri daripada unsur-unsur seperti karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan fosforus. Apa-apa kajian yang dilakukan untuk menentukan status pemakanan hendaklah mengambil kira keadaan tubuh sebelum dan selepas uji kaji, serta komposisi kimia seluruh diet dan semua bahan yang dikumuhkan dan disingkirkan daripada badan (termasuklah air kencing dan tinja).
Bacaan lanjut
Hirschfelder, Gunther; Trummer, Manuel (20 Ogos 2013). "Food and Drink". EGO - Sejarah Eropah Dalam Talian, Mainz: Institut Sejarah Eropah. Dicapai pada 8 Mac 2020. (pdf)