Paus buding (nama saintifik: Orcinus orca)[5][6] ialah spesies mamalia laut jenis lumba-lumba[7] dalam keluarga Delphinidae.[8] Ia spesies lelumba yang terbesar dan mampu membesar sepanjang 18 meter dan beratnya hampir 8 tan.
Nama paus buding (Jawi: ڤاؤس بوديڠcode: ms is deprecated ) digunakan di Sabah.[5][6]
Ciri-ciri
Ikan yang jantan berukuran antara 6–8 meter panjang dengan berat timbangan lebih 6 tan metrik. Ikan betina lebih kecil antara 5–7 m dengan berat kira-kira 3–4 tan metrik.[9] Anak yang baru lahir mempunyai berat timbangan kira-kira 180 kg dengan panjang 2.4 m.[10][11]
Suhu badan purata ikan paus ini antara 36–38 °C.[12][13] Ia mempunyai lapisan lemak tebal 7.6—10 sm bawah kulitnya menebatkan haba seperti banyak mamalia laut lain.[12]
Ia pemangsa puncak. Ia memburu dalam kawanan besar seperti kawanan serigala.[15]
Hubungan dengan manusia
Orang Barat takut paus ini yang dilihat sebagai pemangsa berbahaya dan buas[16] selepas kelasi-kelasi menyaksikan haiwan ini memburu setasea yang lebih besar.[7][15] Gambaran bertulis pertama paus ini diberikan oleh Plinius yang Tua sekitar tahun 70 Masihi yang menyatakan, "Orca (penampakannya tidak dapat digambarkan, selain daripada sebuah jisim daging bergigi yang buas) merupakan musuh [jenis-jenis ikan paus lain]... menyerang dan menusuk seperti kapal-kapal perang yang berlanggar."[17] Paus buding yang dikurung dalam taman hidupan laut lebih berbahaya dan menyerang manusia daripada paus buding yang berenang di habitat liarnya, sebanyak 24 kes serangan paus buding dalam kurungan yang berlaku sejak 1970-an.[18]
Nelayan-nelayan yang memburu ikan paus di barat laut Amerika Utara dan Iceland menganggap paus buding sebagai pengacau[16] kerana mencari-cari makanan dalam bangkai-bangkai ikan yang diburu mereka.[19]
^ abEkosistem-Ekosistem Di Sabah(PDF). Jabatan Hidupan Liar Sabah. 2003. m/s. 34. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 11 November 2011. Dicapai pada 10 Januari 2013.
^Wilson, D. E.; Reeder, D. M., penyunting (2005). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Baltimore, Maryland, AS: Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 731. ISBN0-801-88221-4.
^N. W. Kasting, S. A. L. Adderly, T. Safford, K. G. Hewlett (1989). "Thermoregulation in Beluga (Delphinapterus luecas) and Killer (Orcinus orca) Whales"
^ abObee, Bruce; Ellis, Graeme (1992). "1". Dalam Jones, Elaine (penyunting). Guardians of the Whales: The Quest to Study Whales in the Wild. Vancouver Utara, Columbia British, Kanada: Whitecap Books. ISBN978-1-55110-034-0.