Lumba-lumba (Jawi: لومبا٢code: ms is deprecated ), lelumba (Jawi: للومباcode: ms is deprecated ) atau dolfin (Jawi: دولفينcode: ms is deprecated ) ialah sejenis mamalia laut dalam order setasea yang berkait rapat dengan ikan paus; ia tergolong dalam keluargaDelphinidae[1] yang merupakan keluarga Cetacea terbesar dan agak baru muncul sejak kira-kira sepuluh juta tahun semasa Zaman Miosen. Terdapat hampir tiga puluh tujuh spesies dalam tujuh belas genus di bawah keluarga tersebut.[2]
Haiwan ini boleh dijumpai di seluruh dunia; ia sering didapati terutamanya di kawasan lebih cetek laut seperti di pentas benua, namun terdapat juga spesies yang tinggal di sungai. Dolfin dianggap sebagai antara haiwan paling cerdik; ia menunjukkan kebolehan mengajar, belajar, bekerjasama, merancang, dan bersedih.[3]
Etimologi
Istilah "dolfin" meminjam daripada kata bahasa Inggerisdolphin. Perkataan ini datang daripada bahasa Perancis Kuno daulphin daripada bahasa Latin Zaman Pertengahandolfinuscode: la is deprecated daripada bahasa Latindelphinus[4] (perumian perkataan Yunani kemudian δελφῖνοςcode: grc is deprecated delphinos[5]). Perkataan bahasa Latin itu datang daripada Bahasa Yunani Kunoδελφίςcode: grc is deprecated delphís "lumba-lumba"[5] yang berkaitan dengan perkataan bahasa Yunani δελφύςcode: grc is deprecated delphus "rahim".[5] Oleh itu, nama haiwan ini boleh diterjemahkan bermaksud "ikan yang ada rahim".[6]
Nama genus lumba-lumba Delphinidae juga datang daripada perkataan bahasa Yunani Kuno tersebut.[5]
Badan ikan lumba-lumba ini berupa lonjong seakan torpedo dengan leher tegar, kepala membonjol, sirip rata dan berekor panjang. Muncung ia panjang dengan mata diletakkan pada sisi kepala.
Haiwan ini berkongsi sifat dengan haiwan daratan melalui aspek tertentu: ia mempunyai suatu lubang pernafasan yang menghembus keluar air terguna sambil menghirup masuk udara segera,[7] dan ia mempunyai perut yang dibahagikan kepada dua ruang khusus seperti yang ada pada mamalia daratan.
Badan ini mengandungi lemak mirip yang ada pada ikan paus yang digunakan sebagai penebat haba dan simpanan tenaga.
Tabiat
Pemakanan
Dolfin merupakan haiwan karnivor, biasanya memakan ikan dan sotong. Ikan-ikan dimangsakan sering diperangkap di mana seekor dua lelumba mengelilingi sekawan ikan yang diserang mengejut[8] atau ikan-ikan mangsa dikejar ke kawasan lebih cetek.[8] Malah, ada juga lelumba yang menggunakan pipih ekor (atau "fluk") seakan senjata sama ada mempegunkan atau melambung ikan ke udara.[8]
Pergerakan
Lumba-lumba menghasilkan bunyi detikan untuk tujuan mengesan persekitaran yang dipantulkan semasa menyeberang. Ia juga boleh bersiul sebagai suatu bentuk komunikasi melalui penggetaran tisu sepertimana dilakukan manusia.[9]
Pembiakan
Ikan lelumba melahirkan seekor anak, anak ini biasanya keluar ekor dahulu.[10] Anak lelumba cepat mematang naluri seks pada usia muda bahkan sebelum mencapai tahap dewasanya;[11] usia capaian ini berbeza mengikut spesies dan jantina.[12]
Hubungan dengan manusia
Rupanya yang kelihatan ramah dan sikapnya yang suka bermain-main membuatkannya popular dalam budaya manusia. Haiwan ini sering dipergunakan manusia untuk tujuan tertentu sepanjang zaman dan budaya.
Sebagai sumber makanan
Ia sering diburu di seberapa kawasan tertentu termasuk di Jepun (khususnya di Taiji, Wakayama),[13][14]Kepulauan Faroe dan Peru.[15] Masyarakat di Taiji ini menganggap lulmba-lumba sebagai keistimewaan setempat yang langsung tidak dinikmati di tempat-tempat lain di Jepun; ia dimakan baik segar sebagai sashimi, digoreng celur mahupun direneh dengan sayur berkuah miso.[16]
Penangkapan ikan tertentu seperti tuna untuk kegunaan manusia menggunakan jala tertentu boleh mendatangkan bahaya di mana lumba-lumba boleh tertangkap lalu boleh melemaskan lumba-lumba ini.[17]
Rujukan
^"lumba-lumba". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
^Rafferty, John P. (2022). "dolphin". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 15 June 2022.
^Hall, Kevin G. (2003). "Dolphin meat widely available in Peruvian stores: Despite protected status, 'sea pork' is popular fare". The Seattle Times.
^イルカの味噌根菜煮 [Dolphin in Miso Vegetable Stew]. Cookpad (dalam bahasa Jepun). 2010. Dicapai pada May 16, 2011.
^Clover, Charles (2008). The End of the Line: How Overfishing is Changing the World and what We Eat. University of California Press. ISBN978-0-520-25505-0.
Pautan luar
Kategori berkenaan Lumba-lumba di Wikimedia Commons