Micah Richards
|
|
Nama penuh |
Micah Lincoln Richards[1] |
---|
Tarikh lahir |
(1988-06-24) 24 Jun 1988 (umur 36)[1] |
---|
Tempat lahir |
Birmingham, England |
---|
Ketinggian |
1.80 m (5 ka 11 in)[2] |
---|
Posisi permainan |
Pertahanan |
---|
|
Kelab terkini |
Aston Villa |
---|
Nombor |
4 |
---|
|
|
Leeds United[3] |
---|
2000–2001 |
Oldham Athletic |
---|
2001–2005 |
Manchester City |
---|
|
Tahun |
Pasukan |
Kmcln |
(Gol) |
---|
2005–2015 |
Manchester City |
179 |
(6) |
---|
2014–2015 |
→ Fiorentina (pinjam) |
10 |
(0) |
---|
2015– |
Aston Villa |
5 |
(0) |
---|
|
2003–2004 |
England B16 |
2 |
(0) |
---|
2005–2006 |
England B19 |
3 |
(0) |
---|
2006–2010 |
England B21 |
14 |
(3) |
---|
2006– |
England |
13 |
(1) |
---|
2012 |
Great Britain |
5 |
(0) |
---|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:48, 30 Jun 2015 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:48, 30 Jun 2015 (UTC) |
Micah Lincoln Richards (lahir 24 Jun 1988) ialah pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain di posisi pertahanan untuk kelab Inggeris, Aston Villa.
Karier kelab
Awal karier
Richards bermain untuk pasukan belia Leeds United youth system sebagai penyerang tetpai dia dilepaskan ketika dia berumur lapan tahun.[3] Dia kemudiannya bermain untuk pasukan belia Oldham Athletic, berpindah ke Manchester City ketika berumur 14 tahun dengan Oldham dikatakan mempunyai 20% ke atas klausa penjualan. Pada bulan Julai 2001, Manchester City dilaporkan cuba untuk membeli klausa tersebut tetapi Oldham menolak.[4]
Manchester City
Dia membuat penampilan sulung pasukan utama pada 22 Oktober 2005 menentang Arsenal, masuk menggantikan Danny Mills pada minit ke-85th dimana mereka tewas 1–0.[5] Gol pertamanya datang pada 19 Februari 2006 ketika seri 1–1 dengan Aston Villa dalam pusingan kelima Piala FA.[6]
Pada bulan Julai 2006, Manchester City menolak bidaan £5 juta untuk Richards dari Tottenham Hotspur.[7] Pada 25 Julai 2006, dia menandatangani kontrak baru empat tahun.[8] Richards dicalonkan untuk Anugerah Pemain Muda Tahunan PFA pada musim 2006–07.
Dia menjadi kapten pasukan buat pertama kali pada 16 September 2007 ketika menentang Aston Villa. Pada bulan Februari 2008, dia menandatangani kontrak yang berkekalan sehingga bulan Jun 2013.[9] Pada 17 Julai 2008, Richards bermain perlawanan penuh buat kali pertama sejak kembali daripada kecederaan ketika kemenangan 2–0 ke atas EB/Streymur dalam pusingan kelayakan pertama Liga Europa UEFA.[10] Richards dicalonkan buat kali kedua untuk Anugerah Pemain Muda Tahunan PFA pada akhir musim 2007–08.
Pada 22 Mac 2009, dia menjaringkan gol pertamanya dalam musim 2008–09 ketika kemenangan 1–0 ke atas Sunderland. Pada 11 Julai 2009, Eurosport melaporkan bahawa dia telah dijangkiti selesema babi ketika bercuti di Cyprus.[11]
Manchester City memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim 2011–12.[12] Richards mengakhiri musim itu dengan lima bantuan gol – terbanyak untuk mana-mana pertahanan dalam Liga Perdana.[13] City sekali lagi memenangi liga pada musim 2013–14, tetapi Richards hilang tempatnya dalam pasukan dan hanya membuat dua penampilan liga.[14]
Pada 10 Jun 2015, Richards dilepaskan oleh Manchester City.[15]
ACF Fiorentina
Pada 1 September 2014, Richards menyertai Fiorentina secara pinjaman. Richards membuat penampilan sulung untuk Fiorentina dalam perlawanan Liga Europa menentang Guingamp.[16] Richards memilih untuk tidak kekal di Fiorentina; dia hanya membuat 10 penampilan dalam liga.[17]
Aston Villa
Pada 17 Jun 2015, ia telah diumumkan bahawa Richards telah menyertai Aston Villa secara pinjaman percuma selepas bersetuju dengan kontrak empat tahun.[18] Dia membuat penampilan sulung ketika kemenangan 1–0 ke atas Bournemouth.[19]
Karier antarabangsa
Pada bulan November 2006, Richards menerima panggilan ke skuad England untuk perlawanan persahabatan menentang Belanda. Dia dipilih untuk bermula dalam perlawanan pada 15 November 2006 menentang Belanda selepas Gary Neville terkeluar akibat kecederaan. Ia menjadikannya pertahanan termuda England, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang Rio Ferdinand. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam kelayakan Euro 2008 menentang Israel pada 8 September 2007 di Stadium Wembley.
Kejayaan
Manchester City
Statistik karier
Kelab
- Sehingga 11 Mei 2015.
Statistik kelab
Kelab
|
Musim
|
Liga
|
Piala
|
Piala Liga
|
Eropah
|
Lain-lain
|
Jumlah
|
Divisyen |
Kmncln |
Gol |
Kmncln |
Gol |
Kmncln |
Gol |
Kmncln |
Gol |
Kmncln |
Gol |
Kmncln |
Gol
|
Manchester City
|
2005–06[20]
|
Liga Perdana Inggeris
|
13 |
0 |
3 |
1 |
0 |
0 |
— |
— |
16 |
1
|
2006–07[21]
|
Liga Perdana Inggeris
|
28 |
1 |
5 |
0 |
1 |
0 |
— |
— |
34 |
1
|
2007–08[22]
|
Liga Perdana Inggeris
|
25 |
0 |
2 |
0 |
2 |
0 |
— |
— |
29 |
0
|
2008–09[23]
|
Liga Perdana Inggeris
|
34 |
1 |
1 |
0 |
0 |
0 |
15 |
0 |
— |
50 |
1
|
2009–10[24]
|
Liga Perdana Inggeris
|
23 |
2 |
2 |
0 |
4 |
0 |
— |
— |
29 |
2
|
2010–11[25]
|
Liga Perdana Inggeris
|
18 |
1 |
5 |
2 |
0 |
0 |
8 |
0 |
— |
31 |
3
|
2011–12[26]
|
Liga Perdana Inggeris
|
29 |
1 |
1 |
0 |
2 |
0 |
4 |
0 |
1 |
0 |
37 |
1
|
2012–13[27]
|
Liga Perdana Inggeris
|
7 |
0 |
0 |
0 |
0 |
0 |
1 |
0 |
0 |
0 |
8 |
0
|
2013–14[28]
|
Liga Perdana Inggeris
|
2 |
0 |
3 |
0 |
2 |
0 |
3 |
0 |
— |
10 |
0
|
2014–15[29]
|
Liga Perdana Inggeris
|
0 |
0 |
0 |
0 |
0 |
0 |
0 |
0 |
1 |
0 |
1 |
0
|
Jumlah
|
179 |
6 |
22 |
3 |
11 |
0 |
31 |
0 |
2 |
0 |
245 |
9
|
Fiorentina
|
2014–15[29]
|
Serie A
|
10 |
0 |
— |
2 |
0 |
7 |
0 |
— |
19 |
0
|
Aston Villa
|
2015–16
|
Liga Perdana Inggeris
|
2 |
0 |
0 |
0 |
0 |
0 |
0 |
0 |
— |
2 |
0
|
Jumlah karier
|
191 |
6 |
22 |
3 |
13 |
0 |
38 |
0 |
2 |
0 |
266 |
9
|
Gol antarabangsa
- Sehingga 4 Jun 2014.
Rujukan
Pautan luar
Persondata
|
Nama
|
Richards, Micah
|
Nama alternatif
|
Richards, Micah Lincoln
|
Pemerihalan ringkas
|
Pemain bola sepak
|
Tarikh kelahiran
|
24 Jun 1988
|
Tempat kelahiran
|
Birmingham, West Midlands, England
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|