Pokok kemuning merupakan pokok renek atau sederhana yang tumbuh setinggi 3–7 m. Pokok ini berbatang pendek dengan kulit kayu yang licin dan pucat berwarna putih atau kelabu muda. Sehelai daun berukuran 1.7 sm panjang terdiri daripada 7 anak daun bujur 0.25– 10 sm panjang dan 1.2–5 sm berwarna hijau muda yang berkilau. Daun-daun ini berbau wangi apabila diramas.[3][4]
Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun di banyak tempat, pokok kemuning berbunga di Australia dari Jun hingga Mac. Bunganya muncul di hujung ranting atau ketiak daun dalam jambak kecil; setiap kuntum bunga terdiri daripada lima (kadang-kadang empat) kelopak 1 mm panjang dan lima (kadang-kadang empat) ranggi 1.3–1.8 sm panjang atas tangkai 1–1.5 mm panjang. Warna bunga ini pada peringkat awalnya kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ia bertukar putih bersih atau putih kuning.[8][5][7][9]
Buahnya jenis beri bujur 12–14 mm panjang; ia ada kulit berminyak dan mengandungi 1–2 biji benih yang berbulu. Buah ini berwarna hijau sebelum bertukar warna merah atau jingga bila masak.[3][4][8][5][7][9]
Kegunaan
Kayu kemuning berwarna kuning agak keperangan dan sering kali digunakan bagi membuat sarung keris.
^ abcMabberley, David J.; Wilson, Annette J. G., penyunting (2013). Flora of Australia. 26. Canberra: Australian Biological Resources Study. m/s. 502–503. Dicapai pada 4 September 2022.
^ abcGilman, Edward F. (Oktober 1999). Murraya paniculata(PDF) (dalam bahasa Inggeris). Institut Sains Makanan dan Pertanian, Universiti Florida. Dicapai pada 6 September 2022.