Sejumlah 12 pasukan (pasukan berada di kedudukan 35–46 dalam senarai peserta AFC) akan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan secara timbal balik. Enam pemenang akan mara ke pusingan kedua.
Undian untuk pusingan pertama telah diadakan pada 17 April 2019 jam 11:00 MST (UTC+8), di Rumah AFC di Kuala Lumpur, Malaysia.[2]
TPengagihan ini berdasarkan Kedudukan Dunia FIFA pada April 2019 (ditunjukkan dalam kurungan).[3] Pasukan dari Balang A akan menjadi tuan rumah perlawanan pertama.
Nota: Huruf tebal menandakan pasukan layak ke pusingan kedua.
^Timor-Leste dilarang daripada mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Asia selepas didapati telah meletakkan sejumlah 12 pemain yang tidak layak dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 juga di kejohanan-kejohanan lain sebelumnya.[4] Walau bagaimanapun, FIFA tidak mengharamkan mereka dari kelayakan Piala Dunia, Timor-Leste dibenarkan memasuki kejohanan itu, tetapi tidak memenuhi syarat untuk melayakkan diri ke Piala Asia.
^ ab Makau tidak menghantar pasukan mereka untuk perlawanan kedua atas sebab-sebab keselamatan berikutan pengeboman Easter Sri Lanka 2019.[5] AFC merujuk perkara itu kepada FIFA,[6] dan FIFA mengumumkan pada 27 Jun 2019 bahawa perlawanan telah diisytiharkan sebagai kemenangan terbatal 3-0 kepada Sri Lanka, dan seterusnya melayakkan Sri Lanka ke pusingan kedua.[7]
^Makau bermain perlawanan rumah mereka menentang Sri Lanka di Zhuhai, China, disebabkan oleh penyelenggaraan Stadium Makau yang berterusan.[8]
^Perlawanan rumah Malaysia melawan Timor-Leste, yang pada asalnya dimainkan pada 6 Jun 2019, kemudian ditangguhkan kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan permintaan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.[9]
^Timor-Leste bermain perlawanan rumah mereka menentang Malaysia di negara ini kerana kekurangan tempat yang sesuai di negara mereka.[10]
^Pakistan bermain perlawanan menentang Kemboja di Qatar.[11]