* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Oktober 2022 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Januari 2024
Mohamadou lahir di Fajara, Gambia. Keluarganya berpindah ke Banjul tidak lama selepas dilahirkan.
Beliau mengikuti keluarganya ke Malaysia pada usia 12 tahun di mana ayahnya bekerja sebagai seorang peniaga, beliau banyak menyerap kebiasaan adat budaya Malaysia sepanjang 3 tahun bermukim di sana.[3] Beliau turut memasuki akademi Kuala Lumpur Youth Soccer pada ketika ini.[4]
Setelah menunjukkan bakatnya di akademi, Sumareh dipromosikan ke pasukan utama Steve Biko ketika beliau berusia 16 tahun pada akhir 2010.
Pada lewat tahun 2011, Sumareh menghadiri perbicaraan dengan Terengganu. Dia didaftarkan untuk musim Liga Malaysia 2012 oleh pengurusan Terengganu tetapi mereka memutuskan untuk membatalkan namanya daripada pendaftaran.
Kerjaya kelab
Polis Diraja Malaysia
Sumareh kembali ke Malaysia pada tahun 2011 setelah menandatangani kontrak dengan kelab Liga Utama MalaysiaPDRM dengan durasi kontrak selama dua tahun. Beliau melakukan debut pasukan utamanya pada 7 Januari 2013, dalam pertandingan melawan Betaria FC, dengan kemenangan 5-0 di Stadion Hang Jebat. Pada 2014, beliau berhasil membantu PDRM menjadi juara Liga Utama Malaysia 2014, sehingga dipromosikan ke Liga Super untuk musim depan. Sumareh menandatangani kontrak dengan Perlis FA dengan durasi kontrak satu tahun setelah berakhirnya kontrak dengan PDRM.[5]
Perlis FA
Pada 2016, Sumareh menandatangani kontrak satu tahun dengan Perlis FA.[6] Beliau melakukan debut bersama Perlis pada 15 Februari 2016 melawan UiTM FC di Liga Utama Malaysia, dengan kekalahan 1-0 di kandang. Setelah membantu Perlis mencapai posisi keenam di Liga Utama, Sumareh pindah ke Pahang dengan status bebas transfer pada Disember 2016 setelah menandatangani kontrak berdurasi dua tahun dengan kelab Liga Super tersebut.
Pahang FA
Beliau membuat debut pada 21 Januari 2017 dalam pertandingan tandang melawan Perak, yang berakhir seri dengan keputusan 1-1. Gol Liga Super pertamanya datang di Stadium Darul Makmur pada 27 Januari 2017, pada menit ke-14 dalam kemenangan 5-0 menghadapi T–Team.[7]
Kerjaya peringkat kebangsaan
Sumareh mendapat kewarganegaraan Malaysia secara naturalisasi pada April 2018.[8] Beliau turut dipanggil untuk untuk mengikuti pemusatan latihan pasukan nasional Malaysia mulai 8 Oktober tahun mempersiapkan diri untuk dua pertandingan persahabatan internasional melawan Sri Lanka dan Kyrgyzstan.[9]
Tubin hari 12 Oktober, beliau muncul pertama kali dalam pasukan nasional berlawan Sri Lanka dalam sebuah pertandingan persahabatan; dalam pertandingan itu, beliau masuk sebagai pemain pengganti dan menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam kemenangan 4-1.[10] Beliau kemudian menjaringkan gol lagi dalam kemenangan 3-0 melawan Maladewa pada 4 November 2018.
Beliau terpilih dalam barisan 23 pemain kebangsaan Malaysia yang bermain di Piala Suzuki AFF 2018.[11]