* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Disember 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Januari 2024
Mohd Afiq Fazail (lahir 29 September 1994) adalah pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah untuk Johor Darul Ta'zim dan pasukan kebangsaan Malaysia.[1][2]
Afiq adalah adik kepada pemain antarabangsa Malaysia, Irfan Fazail.[3]
Kerjaya kelab
Harimau Muda B
Afiq terpilih menyertai program Harimau Muda pada 2014 dibawah pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Dia bermain di Liga Singapura bersama Harimau Muda B dan melakukan 21 penampilan liga.
Johor Darul Ta'zim
Afiq kembali ke Johor pada 2015. Dia mengikat kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) dan bermain untuk pasukan kedua JDT di Liga Premier Malaysia. Dia beraksi sebanyak 12 perlawanan dalam saingan Liga Premier pada musim sulungnya.[4]
Pada November 2016, Afiq telah dinaikkan pangkat untuk menyertai skuad utama JDT.[5]
Kerjaya antarabangsa
Afiq bermain untuk pasukan bawah 21 tahun Malaysia pada 2014. Dia berada dalam kesebelasan utama Malaysia B-21 pada perlawanan persahabatan menentang pasukan bawah 23 tahun Indonesia dimana Malaysia B-21 tewas 3-0.[6]
Afiq membuat penampilan pertamanya bersama pasukan senior Malaysia dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 pada 10 November 2017 menentang Korea Utara.[7]