Koordinat: 1°13′31.3525″N 103°45′53.7422″E / 1.225375694°N 103.764928389°E / 1.225375694; 103.764928389
Kawasan Undi Pulau-pulau Selatan ialah sebuah bekas kawasan undi untuk satu kerusi di Parlimen Singapura. Ia pernah wujud pada 1955 hingga 1968. Disebabkan populasi yang berkurangan, ia telah digabungkan ke dalam beberapa kawasan undi yakni Jurong, Pasir Panjang dan Telok Blangah.[2] Kawasan undi ini meliputi sejumlah kawasan seperti Pulau Sentosa, Pulau Brani, Pulau Tembakul dan Pulau Sakijang Bendera. Ia turut meliputi pulau-pulau lain seperti Pulau Samulun, Pulau Seraya dan Pulau Sekijang Pelepah.[3] Kawasan undi Pulau-pulau Selatan mempunyai jumlah pengundi yang sangat sedikit iaitu seramai 4,273 pengundi sahaja. Ia menjadi semakin berkurangan apabila ramai orang berpindah ke pusat bandar dan Kampong Ubi pada 1968.
Sejarah
Pada pilihan raya umum Tanah Jajahan Singapura 1948, pulau-pulau seperti Pulau Biola, Pulau Anak Bukom, Pulau Busing, Pulau Hantu, Pulau Jong, dan Pulau Sudong menjadi bahagian daripada Kawasan Undi Luar Bandar Barat/Kawasan Undi Rural Barat.[4] Sebelum Pilihan raya 1951, kawasan ini dibubarkan dan diganti dengan kawasan undi Bukit Timah sehingga seluruh pulau di kawasan ini dimasukkan ke dalam kawasan undi tersebut.[5] Sejarah yang berbeza tercatat untuk Pulau Tembakul, Pulau Tekukor, Pulau Sentosa, Pulau Sakijang Bendera dan Pulau Sakijang Pelepah, Pulau Palawan, Pulau Keppel, dan Pulau Brani. Pada PRU 1948, pulau ini masuk dalam Kawasan Undi Bandar Barat Daya.[4] Sesudah kawasan tersebut dimansuhkan, pulau-pulau tersebut masuk ke dalam Kawasan Undi Keppel.[5] Dipersiapkannya PRU 1955 menyebabkan dua gugusan pulau yang berbeza tersebut digabung ke dalam satu kawasan undi sebelum kawasan ini dibubarkan pada tahun 1968.[perlu rujukan]
Anggota Parlimen
Calon-calon dan Keputusan
Pilihan raya pada 1960-an
Pilihan raya pada 1950-an
Rujukan