Kawasan Undi Luar Bandar Timur merupakan sebuah kawasan undi di Singapura bagi Majlis Undangan Singapura yang ditanding untuk pilihan raya umum Singapura 1948 sahaja. Sebelum pilihan raya umum Singapura 1951, kawasan ini dimansuh.
Satu anggota, yakni Sardon bin Jubir, dipilih untuk kawasan ini.[1] Adapun kawasan ini merangkumi Ang Mo Kio (AMK), Bedok, Changi (atau چڠي), Paya Lebar, Punggol, Seletar, Serangoon, Tampines, Kampong Teban, Pulau Tekong, serta Pulau Ubin. Sesudah dimansuh, penduduk di kawasan ini diwakili oleh Anggota Parlimen dari Kawasan Undi Perseorangan Changi dan Seletar.
Anggota Majlis
Calon-calon dan keputusan
Pilihan raya pada 1940-an
Rujukan