Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sengkang ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan yang terletak di sebelah Timur Laut Singapura dengan empat orang Anggota Parlimen (AP) yang menjadi perwakilan daripada kawasan ini. Kawasan undi ini merangkumi banyak sekali kawasan-kawasan di sekitar Sengkang.[1]
Sebelum GRC baru terbentuk, Sengkang terdiri dari dua kawasan undi perseorangan (SMC) yang berbeza, yakni Sengkang Barat dan Punggol Timur. Adapun Bahagian Sengkang Tengah berasal dari Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Pasir Ris-Punggol yang diukir keluar. SMC Sengkang Barat mula-mula masih dikuasai oleh Menteri Pengangkutan, yakni Encik Lam Pin Min sedangkan Charles Chong You Fook dan Teo Ser Luck menguasai Punggol Timur dan Sengkang Tengah.[2][3]