Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marsiling-Yew Tee merupakan sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) di bahagian barat laut Singapura yang diwakili empat anggota parlimen. Kawasan undi tersebut merangkumi Chua Chu Kang (Yew Tee), kawasan perindustrian Sungei Kadut, Kranji, Pusat Pemeriksaan Woodlands dan sebahagian barat Woodlands.
Pembentukan GRC Marsiling-Yew Tee disebabkan oleh penyemakan sempadan kawasan undi sebelum adanya PRU 2015. Akibat pembentukan GRC ini, ia menyerap bahagian Yew Tee dari GRC Chua Chu Kang serta bahagian-bahagian Woodgrove dan Marsiling dari GRC Sembawang.
Pihak Jabatan Pilihan Raya Singapura menetapkan kawasan undi ini mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang calon daripada bangsa Melayu.
Yew Tee – Choa Chu Kang (Blok 601-627, 631-643 dan 656-692B), Yew Tee Point dan Sungei Kadut
Woodgrove – Estet Woodgrove, Champions Way, Sekolah Sukan Singapura, Bekas Kolej Junior Innova dan Woodlands (Blok 321-326, 336-371A, 401-406, 408-421, 424-429, 436, 437, 501–536, 567A-572B dan 886–899)
Marsiling – Woodlands (Blok 1-13, 15-37, 101-185C, 187A-189B, 201-206, 210-218, 301-320 dan 327-335), Pusat Kawasan Woodlands (Stesen MRT/Pertukaran Bas, Causeway Point, Civic Centre), Kranji, Singapore Turf Club dan Woodlands Checkpoint
Limbang – Choa Chu Kang (Blok 501-518, 523-537, 540-574, 701-708, 751-771 dan 784-792), Taman Limbang, Taman Stagmont, Yew Mei Green, Estet Villa Hijau dan Estet Taman Woodlands