Kampung Kubang Palas merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Nerang, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.
Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.2017 .[1] Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.[2]
Sejarah
Kampung Kubang Palas terletak di dalam Mukim Padang Terap kanan di sebelah timur negeri Kedah. Bandar terdekat adalah Pekan Kuala Nerang.
Kampung Kubang Palas telah dibuka sekitar tahun 1923 oleh bebrepa orang penduduk ketika itu. Mereka terdiri daripada Penghulu Raof, Panglima Ibrahaim, L Khamis, Awang dan Haji Samsudin Pandak. Mereka inilah yang mengasaskan Kampung Kubang Palas.
Kampung Kubang Palas mendapat nama daripada sejenis pokok tumbuhan liar yang tumbuh subur iaitu pokok palas di dalam takungan air berupa kubang. Gabungan kedua nama ini diberi nama sebagai Kampung Kubang Palas hingga sekarang.[3]
Kemudahan asas
Pendidikan
- Sekolah Kebangsaan Kubang Palas
Tempat beribadat
Poskod
Poskod yang digunakan di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang, Kedah adalah 06300.[4]
Rujukan
Pautan luar