India Barat terdiri daripada negeriGoa, Gujarat, dan Maharashtra, bersama-sama Wilayah Kesatuan Daman dan Diu serta Dadra dan Nagar Haveli. Kawasan ini sangat diindustrikan, dengan jumlah penduduk yang besar.[1] Kebanyakan kawasan India Barat merupakan sebahagian Empayar Maratha dan Empayar Mughal sebelum penjajahan oleh pihak British. Kawasan-kawasan itu menjadi sebahagian India selepas kemerdekaan dan mengambil bentuk terkini selepas States Reorganization Act (Akta Penyusunan Semula) 1956 diluluskan.[2] India Barat lebih kurang disempadani oleh:
Kawasan India Barat mengalami pergolakan yang teruk semasa perjuangan untuk kemerdekaan India. Perarakan Dandi yang diketuai oleh Mahatma Gandhi berlaku di Gujarat. Kawasan itu kemudian menjadi sebahagian India merdeka pada 1947, dengan sempadan negeri yang terkini ditetapkan pada
1956 berdasarkan pertimbangan bahasa.[2]
Geografi
Kawasan India Barat terdiri sebahagiannya daripada kawasan gersang dan separa gersang Saurashtra, Kutch, dan Cambay di utara. Ghat Barat dan Konkan terletak di pantai Maharashtra dan Goa. Dataran Deccan di Vidarbha, Marathwada di Maharashtra tengah dan timur mentakrifkan bahagian yang lain di kawasan itu.
Iklim India Barat berbeza-beza antara iklim lembap tropika, iklim lembap dan kering tropika, serta iklim separa gersang. Kawasan pantai tidak mengalami banyak perubahan musim, walaupun suhunya berbeza-beza antara 20°C hingga 38°C. Kawasan-kawasan Mumbai dan Konkan utara mengalami musim sejuk yang lebih dingin, dengan suhu minimumnya di sekitar 12 °C. Kawasan dalaman Maharashtra mengalami musim panas yang panas, dengan suhu maksimumnya berpurata 40°C serta musim sejuk yang sederhana, dengan suhu minimumnya berpurata sekitar 10°C. Gujarat juga mempunyai iklim hangat, dengan musim panas yang panas dan musim sejuk yang dingin.
Pada keseluruhannya, 83.66% daripada penduduk di India Barat ialah orang Hindu, 10.12% Muslim, 4% penganut agama Buddha, dengan bakinya terdiri daripada sebahagian besar orang Kristian di Goa serta Maharashtra. Bahasa Marathi, dengan sekitar 73 juta penutur, merupakan bahasa pertuturan yang paling banyak digunakan, diikuti oleh bahasa Gujarati, dengan sekitar 46 juta penutur dan bahasa Konkani dengan 2.5 juta penutur. Kesemua bahasa itu adalah bahasa Indo-Arya.[3]. Sebagaimana dengan kawasan-kawasan lain di India, tahap multilingualisme yang tinggi diperlihatkan, dengan bahasa Inggeris dan bahasa Hindi dituturkan sebagai bahasa tambahan di kawasan-kawasan bandar.[4]
Kadar kenal huruf purata di India Barat sebanyak sekitar 76% adalah lebih tinggi daripada kadar purata negara sebanyak 70.5%.[5] Kepadatan penduduk sekitar 290 orang per kilometer persegi, dengan saiz isi rumah purata sebanyak 4.7 dan kadar kesuburan purata sekitar 2.2.[5]
Budaya
Budaya negeri-negeri Maharashtra, Goa, dan Gujarat amat berbeza. Goa mempunyai aura Latin yang disebabkan oleh pemerintahan berabad-abad Portugis. Seni bina dan masakan Goa merupakan suatu paduan budaya India dan Portugal yang unik. Goa terkenal kerana pantai dan gerejanya.
Budaya Gujarati ialah paduan tradisi Hinduisme dan Jainisme. Ia juga amat dipengaruhi oleh orang Parsee yang berhijrah ke Gujarat dari Iran sekitar 1,000 tahun dahulu. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Gujarat telah digoncangkan oleh keganasan komuniti yang menjejaskan tradisi toleransi lama yang dipupuk selama berabad-abad. Mumbai dan Goa kini terkenal kerana hiburan malam harinya, dengan Bollywood amat mempengaruhi gaya hidup dan budaya kawasan ini, khususnya kerana ia terletak di Mumbai.
Masakan
Masakan India Barat sangat berbeza-beza. Masakan Goa banyak menggunakan biji gajus, kelapa, dan makanan laut. Vindaloo dan Xacuti daging babi ialah kari Goa yang termasyhur, manakala Bebinca ialah gula-gula diperbuat daripada telur dan kelapa yang sangat popular.
Masakan Gujarati hampir terdiri pada keseluruhan daripada makanan vegetarian. Gujarat ialah salah satu daripada tiga buah negeri di India yang mengharamkan alkohol, bersama-sama dengan Mizoram dan Manipur.[6] Sebaliknya, Maharashtra memiliki ladang anggur yang antara terbaik di India, dengan daerah Nashik dan Sangli merupakan daerah pengeluaran anggur yang terbesar di negara.[7]
Ekonomi
Pada keseluruhannya, India Barat mencatat taraf hidup yang agak tinggi, walaupun bandar raya Mumbai menghadapi kesesakan yang berketerlaluan, akibat penghijrahan dari seluruh pelusuk negara. Kawasan India Barat menghasilkan 20.34% daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) India, dengan kadar pertumbuhan tahunannya sebanyak 14.5% pada tahun 2006.[8] Negeri-negeri di kawasan ini memungut 23% daripada hasil cukai negara. Melebihi 85% daripada isi rumah di kawasan ini dibekalkan elektrik, dengan sekitar 55% memiliki sebuah televisyen. Pertanian menggaji kebanyakan orang di kawasan ini, manakala sektor perkhidmatan ialah penyumbang KNK yang terbesar.
^ ab"States Reorganization Act". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-16. Dicapai pada 2008-03-12. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "states_reorganization_act" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^ ab"NFHS fact sheet"(PDF). Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 2008-09-11. Dicapai pada 2008-03-11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "nfhs_key_facts" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza