Husky Siberia[a] ialah satu bakaanjing pekerjatarikan bersaiz sederhana. Baka ini tergolong dalam keluarga genetik spits. Ia dapat dikecam mengikut lapis bulu ganda tebal, telinga segi tiga tegak, dan tanda-tanda distingtif, dan lebih kecil daripada malamut Alaska yang berpenampilan serupa.
Husky Siberia berasal dari Asia Timur Laut. Di sana, ia dibiakbakakan oleh orang Chukchi serta orang Koryak, orang Yukaghir, dan orang Kamchadal dari Siberia untuk penarikan kereta luncur salji dan sebagai pendamping.[2][4] Ia merupakan baka giat, bertenaga, dan bingkas, yang leluhurnya datang dari persekitaran sangat sejuk dan mencabar di Artik Siberia. William Goosak, seorang pedagang bulu, memperkenalkannya ke Nome, Alaska semasa Kerubut Emas Nome, pada mulanya sebagai anjing tarikan untuk mengerjakan lapangan perlombongan dan untuk ekspedisi melalui rupa bumi yang sukar dilalui.[2] Kini, husky Siberia biasanya dibela sebagai anjing peliharaan rumah, namun ia masih kerap digunakan sebagai anjing tarikan oleh para musherpertandingan dan rekreasi.[5]
Pada tahun 2015, sebuah kajian DNA menunjukkan bahawa husky Siberia, malamut Alaska, dan husky Alaska mengongsi hubungan genetik rapat antara satu sama lain dan berkaitan dengan anjing tarikan Chukotka dari Siberia. Anjing-anjing ini terpisah daripada dua baka anjing Inuit, iaitu anjing Eskimo Kanada dan anjing Greenland. Di Amerika Utara, husky Siberia dan malamut kedua-duanya telah mengekalkan zuriat Siberianya dan telah menyumbang dengan ketara kepada husky Alaska, yang dikembangkan melalui persilangan dengan baka-baka Eropah.[6]Husky Siberia menunjukkan kesemendaan genetik dengan anjing-anjing Siberia Timur terdahulu dan anjing Tasik Baikal purba, dan dapat dijejak kepada zuriat yang berusia lebih daripada 9,500 tahun.[7] Sampel genomik bagi husky Siberia kini telah muncul sebagai empat populasi terpisah secara genetik: anjing pertunjukan, anjing peliharaan, anjing lumba kereta luncur salji, dan husky Siberia Seppala.[4]
Beberapa baka anjing Artik, termasuk anjing Siberia, menunjukkan kerapatan genetik ketara dengan serigala Taymyr dari Asia Utara yang kini pupus oleh sebab percampuran. Baka-baka ini dikaitkan dengan latitud tinggi – husky Siberia dan anjing Greenland yang juga berkaitan dengan populasi manusia Artik, dan secara kurang ketara, dengan shar pei dan spits Finland. Terdapat data yang menunjukkan percampuran antara 1% dengan 3% antara populasi serigala Taymyr dengan populasi leluhur anjing bagi keempat-empat baka latitud tinggi ini. Introgresi ini dapat memberi anjing awal yang tinggal di latitud tinggi variasi fenotip yang bermanfaat untuk adaptasi terhadap persekitaran baharu dan mencabar. Ini juga menunjukkan bahawa keleluhuran bagi baka anjing zaman kini diturunkan dari lebih daripada satu kawasan.[8]
Husky Siberia pada asalnya dikembangkan oleh orang Chukchi dari Semenanjung Chukci di Siberia timur.[9] Ia dibawa ke Nome, Alaska pada tahun 1908 untuk berkhidmat sebagai anjing pekerja tarikan dan kemudiannya dikembangkan dan digunakan untuk perlumbaan anjing tarikan.[10][6]
Perihal
Bulu
Husky Siberia memiliki lapis bulu ganda yang lebih tebal daripada yang pada kebanyakan baka anjing.[11] Terdapat dua lapis: lapis bulu bawah padat dan beralun halus dan lapis bulu atas lebih panjang dengan rerambut pengawal lebih tebal dan lurus.[12] Lapis bulu ini melindungi anjing dengan berkesan daripada cuaca musim sejuk Artik yang mencabar dan juga memantulkan haba pada musim panas. Ia mampu mengharungi suhu serendah −50 – −60 °C (−58 – −76 °F). Lapis bulu bawahnya kerap tiada semasa ganti bulu. Lapis bulu tebalnya memerlukan perawatan bulu mingguan.[11] Lapis bulu terlebih panjang, kadang-kadang dirujuk sebagai lapis bulu "wul", dianggap sebagai kecacatan menurut piawaian baka kerana kekurangan perlindungan lebih tebal seperti yang pada rerambut pengawal lapis bulu piawai, mengaburkan garis rangka jelas anjing berkenaan, menyebabkan kenaikan haba berlebihan dengan lebih cepat semasa kerja berat dengan abah-abah, dan semudahnya menjadi kusut dan berkerak dengan salji dan air batu.[13]
Husky Siberia terdapat dengan pelbagai warna dan corak, kerap dengan kaki dan tungkai putih, tanda muka putih, dan hujung ekor putih. Contoh warna lapis bulu merupakan hitam dan putih, merah tembaga dan putih, kelabu dan putih, putih metah, dan lapis bulu "agouti" jarang, namun banyak individu mempunyai tompok perang muda atau piebald. Sesetengah individu lain juga mempunyai corak "belakang pelana", yang melibatkan keterbatasan rerambut pengawal berhujung hitam hanya di kawasan pelana sementara kepala, pinggul, dan bahu sama ada berwarna merah muda atau putih. Topeng menonjol, gelang mata, dan tanda muka lain hadir dalam kepelbagaian meluas. Semua warna bulu daripada hitam hingga putih metah diizinkan.[12][14][15][16] Corak lapis bulu merle tidak diizinkan oleh American Kennel Club (AKC) dan The Kennel Club (KC).[12][17] Corak ini kerap dikaitkan dengan isu kesihatan dan pembiakbakaan tidak tulen.[18]
Mata
American Kennel Club memerihalkan mata husky Siberia sebagai mata yang "berbentuk badam, sederhana terjarak, dan terletak agak condong". Piawaian baka AKC menetapkan mata yang perang, biru, atau hitam; salah satu warna atau berwarna-warni diterima (yang lengkap ialah heterokromia). Gabungan warna mata ini dianggap dapat dierima oleh American Kennel Club. Yang berwarna-warni tidak menjejaskan penglihatan anjing.[19]
Hidung
Anjing layak pertunjukan lebih diterima jika tidak mempunyai hidung menajam mahupun hidung sudut tegak. Hidungnya hitam pada anjing kelabu, sawo matang pada anjing hitam, berwarna hati pada anjing berwarna tembaga, dan mungkin sawo matang cerah pada anjing putih. Dalam sesetengah keadaan, husky Siberia dapat mempamerkan hidung yang dipanggil "hidung salji" atau "hidung musim sejuk". Keadaan ini dipanggil hipopigmentasi pada haiwan. "Hidung salji" diterima dalam gelanggang pertunjukan.[11][20]
Ekor
Ekor husky Siberia berbulu lebat; anjing ini kerap melingkarkan dengan ekornya ke atas mukanya dan hidungnya untuk menambahkan kehangatan. Apabila melingkar untuk tidur, husky Siberia menutup hidungnya untuk kehangatan, kerap dirujuk sebagai "pusaran Siberia". AKC mengesyorkan ekor yang ekspresif, terangkat rendah-rendah apabila anjing bertenang, dan melingkar ke atas dalam rupa bentuk "sabit" apabila teruja atau minat pada sesuatu.[11]
Saiz
Piawaian baka menunjukkan bahawa jantan baka ini berdiri dengan unggul setinggi 20–24 inci (51–61 cm) pada paras kelasa dan berukuran seberat 45–60 paun (20–27 kg).[21] Betinanya pula lebih kecil dan membesar sehingga setinggi 19–23 inci (48–58 cm) pada paras kelasa dan berukuran seberat.35–50 paun (16–23 kg).[11] Warga Nome merujuk husky Siberia sebagai "tikus Siberia" oleh sebab saiznya yang seberat 40–50 paun (18–23 kg) berbanding dengan saiz malamut Alaska yang seberat 75–85 paun (34–39 kg).[22]
Tingkah laku
Husky biasanya lebih kerap melolong berbanding menyalak.[23] Ia telah diperihalkan sebagai ahli lepas diri, yang dapat termasuk menggali ke bawah, mengunyah, malah melompati pagar.[24][25][26]
ASPCA mengelaskan baka ini sebagai baka yang baik dengan kanak-kanak. Persatuan itu juga menyatakan bahawa ia memaparkan paras tenaga tinggi di ruangan dalaman, mempunyai keperluan senaman khusus, dan mungkin bersikap pemusnah "tanpa penjagaan betul".[24]
Pagar 6 ka (1.83 m) disyorkan untuk baka ini sebagai anjing peliharaan, namun sesetengah anjing telah diketahui mengatasi pagar setinggi 8 ka (2.44 m).[26]Pagar haiwan peliharaan elektrik mungkin tidak berkesan.[26] Ia memerlukan pendampingan kerap daripada orang dan anjing lain dan keperluan untuk berasa seperti sebahagian daripada kawanan adalah kuat.[27]
Perwatakan husky Siberia adalah ramah dan lemah lembut.[14] Sebuah kajian mendapati perkaitan antara satu gen pada baka ini dengan keimpulsifan, kekurangan perhatian, dan paras kegiatan tinggi.[28]
Husky Siberia diletakkan di tangga ke-77 daripada 138 baka yang dibandingkan untuk kecerdasan oleh ahli psikologi anjing Stanley Coren.[29] Walau bagaimanapun, ranking dalam karya terbitan Coren menggunakan hanya salah satu daripada tiga bentuk tertakrif bagi kecerdasan anjing, iaitu "kecerdasan kerja dan kepatuhan", yang tertumpu pada kebolehlatihan—kebolehan anjing untuk mengikuti arahan dan perintah dalam konteks langsung, khususnya oleh hakim ujian dalam persekitaran litar terkawal.[30]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 11.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[31] Isu-isu kesihatan pada baka ini terutamanya merupakan isu keturunan, seperti sawan dan kecacatan mata (katarak juvenil, distrofi kornea, glaukoma anjing, dan atrofi retina progresif) dan kelumpuhan larinks kongenital.[32]Displasia pinggul tidak kerap didapati pada baka ini; walau bagaimanapun, sebagaimana dengan banyak kanin bersaiz sederhana atau besar, ini dapat berlaku.[33]Orthopedic Foundation for Animals pada masa ini telah menempatkan husky Siberia di tangga ke-155 daripada 160 baka yang berisiko untuk displasia pinggul, dengan hanya dua peratus daripada husky Siberia teruji yang menunjukkan displasia.[34]
Husky Siberia ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat atrofi retina progresif terangkai X. Keadaan ini disebabkan oleh mutasi pada gen RPGR pada baka ini.[38]
Husky Siberia moden yang berdaftar di Amerika Syarikat hampir keseluruhannya merupakan keturunan daripada import Siberia tahun 1930 dan daripada anjing-anjing Leonhard Seppala, khususnya Togo.[39] Bilangan terhad bagi anjing asasi berdaftar telah membawa kepada sesetengah perbincangan tentang kerentanannya terhadap pengaruh pengasas.[40]
Sejarah
Prasejarah (sebelum tahun 1890-an)
Anjing tarikan Chukotka dianggap sebagai leluhur kepada husky Siberia. Anjing tarikan Chukotka yang dikembangkan oleh orang Chukchi dari Rusia telah digunakan sejak zaman prasejarah untuk menarik kereta luncur salji dalam keadaan mencabar, seperti pemburuan mamalia laut di atas air batu sarah lautan.[41][42]
Asal usul nama dan perpisahan daripada anjing tarikan Chukotka (1890-an–1930-an)
Dari tahun 1890-an hingga tahun 1930-an, anjing kereta luncur salji dari Siberia timur laut dan terutamanya anjing tarikan Chukotka diimport secara aktif dalam bilangan besar ke Alaska, untuk mengangkut pelombong emas ke Yukon, mula-mula sebagai sebahagian daripada Kerubut Emas Klondike,[41][4] kemudian dalam "All-Alaska Sweepstakes",[12] iaitu perlumbaan kereta luncur salji anjing sejauh 408 bt (657 km) dari Nome, ke Candle, ulang-alik. Pada masa ini, "Esquimaux" atau "Eskimo" merupakan istilah pejoratif umum untuk penghuni asli Artik dengan banyak pilih atur dialek termasuk Uskee, Uskimay, dan Huskemaw. Maka, anjing yang digunakan oleh orang Artik merupakan anjing orang Huskie, dan akhirnya hanya anjing husky.[43][44] Para penetap Kanada dan Amerika, yang tidak cukup mengarifi geografi Rusia, membezakan import Chukotka dengan merujuknya sebagai husky Siberia kerana Chukotka merupakan sebahagian Siberia.[41]
Sebagai anjing pengangkut muatan yang lebih kecil, lebih pantas, dan lebih berdaya tahan daripada anjing pengangkut muatan 100–120 paun (45–54 kg) yang digunakan secara umum pada masa itu, anjing ini segera mendomnasi perlumbaan Sweepstakes. Leonhard Seppala, pembiak baka terpenting bagi anjing tarikan Siberia pada masa itu, menyertai pertandingan dari tahun 1909 hingga pertengahan tahun 1920-an dengan sebilangan kejuaraan dengan nama beliau.[45]
Pada 3 Februari 1925, Gunnar Kaasen merupakan musher terakhir dalam pengangkutan serum ke Nome 1925 untuk mengirimkan serum difteria dari Nenana sejauh 600 batu (970 km) ke Nome. Ini merupakan usaha berkumpulan oleh beberapa pasukan anjing tarikan dan musher, dengan segmen terpanjang (264 batu (425 km)) dan paling berbahaya bagi pengangkutan itu yang dilalui oleh Leonhard Seppala dan anjing pemimpin pasukan kereta luncur salji beliau, Togo. Peristiwa ini digambarkan dalam filem tahun 2019 Togo. Sebahagian daripada ini juga digambarkan dalam filem animasi tahun 1995 Balto; nama anjing pemimpin Gunnar Kaasen dalam pasukan kereta luncur salji beliau ialah Balto, namun tidak seperti anjing sebenar, watak Balto digambarkan sebagai seekor anjing serigala dalam filem itu. Sempena memperingati anjing pemimpin ini, sebuah patung gangsa didirikan di Central Park di New York City]]. Pada plak terdapat inskripsi,
Terjemahan: Didedikasikan untuk semangat tidak terkalahkan anjing tarikan yang menyampaikan antitoksin sejauh enam ratus batu merentasi ais kasar, menyeberangi perairan berbahaya, melalui ribut salji Artik dari Nenana hingga kelegaan Nome yang terlanda pada musim sejuk tahun 1925. Ketahanan · Kesetiaan · Kecerdikan[45]
Husky Siberia memperoleh kepopularan besar dengan kisah "Perlumbaan Besar Rahmat", iaitu pengangkutan serum ke Nome tahun 1925, yang menonjolkan Balto dan Togo. Walaupun Balto dianggap lebih masyhur, sebagai anjing yang mengirimkan serum itu ke Nome selepas menjalani peringkat 53 batu (85 km) terakhir, Togo merupakan anjing yang menjalani peringkat terpanjang bagi larian berganti-ganti itu, dengan memandu musher-nya Leonhard Seppala dalam perjalanan sejauh 261 batu (420 km) yang termasuk penyeberangan Norton Sound yang membawa maut ke Golovin,[46] dan yang akhirnya menjadi anjing pengasas untuk baka husky Siberia, melalui keturunannya Toto, Molinka, Kingeak, Ammoro, Sepp III, dan Togo II.[10]
Pada tahun 1930, pengeksportan anjing dari Siberia dihentikan.[27] Tahun sama juga menyaksikan pengiktirafan husky Siberia oleh American Kennel Club.[12] Pada sembilan tahun kemudian, baka ini pertama kali didaftarkan di Kanada. United Kennel Club mengiktiraf baka ini pada tahun 1938 sebagai "husky Artik" atau "Arctic Husky", kemudian mengubah namanya kepada husky Siberia pada tahun 1991.[47] Seppala memiliki kenel di Alaska sebelum berpindah ke New England untuk menjadi pasangan Elizabeth Ricker. Mereka berdua bersama-sama memiliki kenel Poland Springs dan mula melumbakan dan mempamerkan anjing mereka di serata Kawasan Timur Laut. Kenel ini dijual kepada Harry Wheeler warga Kanada pada tahun 1931, ikutan kepulangan Seppala ke Alaska.[10]
Ternakan asasi baka ini menurut catatan dan buku pembaka terdiri daripada anjing-anjing berikut:
Kree Vanka (Jantan, Import Siberia 1930)
Tserko (Jantan, Import Siberia 1930)
Tosca (Betina, Harry x Kolyma)
Duke (Jantan, juga dikenali sebagai Chapman's Duke, menurut laporan Ici x Wanda)
Tanta of Alyeska (Betina, Tuck x Toto)
Sigrid III of Foxstand (Betina, Chenuk x Molinka)
Smokey milik Seppala (Jantan, Kingeak x Pearl)
Sepp III (Jantan, Togo x Dolly)
Smoky (Jantan, induk tidak diketahui)
Dushka (Betina, Bonzo x Nanuk)
Kabloona (Betina, Ivan x Duchess)
Rollinsford Nina milik Marilyn (Betina, Kotlik x Nera milik Marilyn)[48][10]
Sebaik baka ini mula menjadi terkenal, pada tahun 1933, Laksamana Muda Laut Richard E. Byrd membawa sekitar 50 ekor husky Siberia bersama dengan beliau dalam ekspedisi dengan harapan untuk mengelilingi pinggir laut Antartika sejauh 16,000 batu (26,000 km). Banyak anjing tersebut dibiakbakakan dan dilatih di Chinook Kennel di New Hampshire, yang dimiliki oleh Eva Seeley. Dengan nama Operation Highjump, perjalanan bersejarah itu membuktikan kelayakan husky Siberia oleh sebab saiz padatnya dan kelajuan tingginya.[45]Husky Siberia juga berkhidmat dalam Unit Pencarian dan Penyelamatan Artik Tentera Darat Amerika Syarikat bagi Air Transport Command semasa Perang Dunia Kedua.[49] Kepopularannya kekal sehingga abad ke-21. Ia ditempatkan di tangga ke-16 dalam kalangan pendaftar American Kennel Club pada tahun 2012,[50] lalu menaiki tangga ke-14 pada tahun 2013.[51]
1940-an–kini
Husky digunakan secara meluas sebagai anjing tarikan oleh British Antarctic Survey di Antartika pada antara tahun 1945 dengan tahun 1994.[52] Tugu untuk semua pasukan anjing BAS terletak di luar ibu pejabatnya di Cambridge dengan plak yang menyenaraikan nama semua anjing.[53]
Pada tahun 1960, Tentera Darat Amerika Syarikat menjalankan projek untuk membangunkan prasarana di bawah ais untuk pertahanan dan penyelidikan angkasa, Camp Centru, sebahagian daripada Project Iceworm yang melibatkan 150+ orang kakitangan yang juga membawa bersama mereka maskot tidak rasmi, seekor husky Siberia bernama Mukluk.[54]
Oleh sebab kepopularan tingginya sekali dengan keperluan fizikal dan mentalnya yang tinggi, anjing Siberia ditinggalkan atau diserahkan kepada tempat perlindungan haiwan pada kadar tinggi oleh para pemilik baharu yang tidak menyelidik sepenuhnya tentangnya dan mendapati bahawa mereka tidak mampu menjaganya. Ramai mengambil keputusan untuk membela anjing baka ini kerana rupanya dan mitosnya dalam kebudayaan popular, dan membeli anak anjing daripada para pembiak baka kecilan atau kilang anak anjing yang tidak mempunyai kontrak pemulangan kepada pembiak baka yang dipunyai oleh para pembiak baka bertanggungjawab, dengan niat untuk mengekalkan baka ini di luar tempat perlindungan.[55]
Anjing tarikan yang dibiakbakakan dan dibela oleh suku Chukchi dari Siberia disangkakan telah pupus, namun Benedict Allen, yang menulis untuk majalah Geographical pada tahun 2006 selepas melawati rantau itu, melaporkan kemandiriannya. Keterangan beliau bagi pembiakbakaan yang diamalkan oleh orang Chukchi menyebut pemilihan untuk kepatuhan, daya ketahanan, pembawaan ramah, dan saiz yang membolehkan keluarga menyara untuknya tanpa kesukaran yang tidak wajar.[42]
Kegunaan tradisional dan kegiatan lain
Pada asalnya, husky digunakan sebagai anjing tarikan di rantau kutub. Husky dapat dibezakan daripada jenis anjing lain melalui gaya tarik pantasnya. Husky lumba moden (juga dikenali sebagai husky Alaska) mewakili baka silang yang saling berubah bagi anjing-anjing terpantas. Manusia menggunakan hudky dalam perlumbaan anjing tarikan. Beberapa syarikat telah memasarkan denai pelancong dengan kereta luncur salji anjing untuk pelancong kembara di rantau salji.[56]Husky juga dibela sebagai anjing peliharaan dan banyak kumpulan sedang berusaha untuk mencari rumah untuk anjing perlumbaan dan anjing denai kembara yang telah bersara.[57]
Banyak husky, terutamanya husky Siberia, dianggap sebagai "anjing pekerja" dan kerap bertenaga tinggi. Senaman adalah amat penting untuk kesihatan fizikal dan mental bagi anjing jenis ini dan juga dapat menjalin ikatan kuat antara pemilik dengan anjing.[13] Oleh sebab ramai pemilik kini mempunyai husky sebagai anjing peliharaan di tempat yang tidak sesuai untuk penarikan kereta luncur salji, kegiatan lain yang baik untuk anjing dan menyeronokkan pemilik telah ditemukan.
Rally obedience: Para pemilik membimbing anjing mereka melalui laluan senaman sukar di samping. Biasanya terdapat 10 hingga 20 isyarat untuk setiap laluan yang melibatkan perintah atau trik berlainan.[58]
Pelatihan ketangkasan: Laluan berhalang rentak pantas yang membabitkan kelajuan dan tumpuan. Anjing berlumba melawan masa untuk menyelesaikan laluan dengan betul.[59]
Skijoring ialah aktiviti alternatif bagi penarikan kereta luncur salji. Pemilik berada di atas ski sementara anjing menarik dengan menggunakan tali yang menghubungkan kedua-duanya.[60]
Jalan kaki dengan anjing ialah alternatif untuk para pemilik yang tinggal dekat dengan denai atau mampu melawati denai.[61] Pemilik berjalan dengan anjing di sepanjang denai di hutan. Aktiviti ini membolehkan pemilik dan anjing mendapat senaman tanpa menggunakan deria kuat husky untuk menarik. Sesetengah syarikat membuat peralatan terutamanya untuk anjing yang mungkin membawa peralatan tersebut termasuk air, makanan, dan mangkuk untuk masing-masing.
Carting, juga dikenali sebagai mushing tanah kering, ialah alternatif di bandar untuk penarikan kereta luncur salji. Anjing menarik "kereta" yang mengandungi bekalan atau individu. Ini juga merupakan cara munasabah untuk menggunakan kecederungan anjing ini untuk menarik dengan cara efektif.[62] "Kereta" ini dapat dibeli atau dibuat.
Bikejoring ialah aktiviti yang melibatkan pemilik yang berbasikal bersama dengan anjing mereka sementara basikal tersebut terikat dengan abah-abah yang mengekalkan keselamatan kedua-dua pihak. Anjing atau sepasukan anjing dapat diikat dengan tali tunda juga untuk menarik basikal.[63]
The Twilight Saga, yang menonjolkan serigala jadian, dan siri televisyen Game of Thrones mencetuskan kenaikan besar dari segi permintaan husky Siberia sebagai anjing peliharaan, diikuti oleh kenaikan mendadak angkanya di tempat perlindungan haiwan awam. Walaupun haiwan berlakon itu bukanhusky Siberia, orang ramai mendapatkan husky Siberia kerana penampilan serupa dengan serigala cereka yang digambarkan dalam rancangan itu.[66] Dua orang bintang daripada rancangan itu merayu kepada khalayak umum untuk berhenti mendapatkan anjing tanpa menyelidik bakanya terlebih dahulu.[67]
Frasa three dog night ("malam tiga anjing"), yang bermaksud bahawa keadaan sungguh sejuk sehingga tiga ekor anjing diperlukan di katil untuk mengekalkan kehangatan, berasal daripada orang Chukchi dari Siberia, yang membela anjing baka tempatan husky Siberia yang menjadi baka tulen moden yang dipanggil husky Siberia.[68]
Beberapa ekor husky Siberia baka tulen memainkan watak Diefenbaker, teman "separa serigala" kepada Konstabel RCMP Benton Fraser, dalam siri TV CBS/Alliance Atlantis Due South.[70]
^Jawi: هسکي سيبيرياcode: ms is deprecated ; Rusia: сиби́рский ха́ски, rumi: sibírskij xáskicode: ru is deprecated ; bahasa Inggeris: Siberian huskycode: en is deprecated
^Fiszdon, Katarzyna; Czarkowska, Katarzyna (2008). "Social behaviours in Siberian huskies" [Tingkah laku sosial pada husky Siberia]. Annals of Warsaw University of Life Sciences – SGGW (dalam bahasa Inggeris). Szkoła Główna Gospodarstwa Wiejskiego w Warszawie (45): 19–28. ISSN1898-8830. S2CID86492056.
^ abcdThomas, Bob; Thomas, Pam (April 2015). Leonhard Seppala: The Siberian Dog and the Golden Age of Sleddog Racing 1908–1941 [Leonhard Seppala: Anjing Siberia dan Zaman Keemasan Perlumbaan Anjing Kereta Luncur Salji 1908–1941] (dalam bahasa Inggeris). Missoula, Montana, Amerika Syarikat: Pictorial Histories Publishing Company. ISBN9781575101705. OCLC931927411.
^"Siberian Husky Breed Standard" [Piawaian Baka Husky Siberia]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2020. Dicapai pada 4 Januari 2024.
^ abGerstenfeld, Sheldon L.; Schultz, Jacque Lynn (September 1999). ASPCA Complete Guide to Dogs [Panduan Lengkap ASPCA untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: Chronicle Books. m/s. 190. ISBN9780811819046. OCLC40632797.
^Duffy-Korpics, Lisa (2009). Tales from a Dog Catcher [Kisah daripada Penangkap Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Globe Pequot Press. m/s. 214. ISBN9780762757701.
^ abcMorgan, Diane (16 Mac 2011). Siberian Huskies for Dummies (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 202–203. ISBN9781118053669. OCLC899182851.
^ abFogle, Bruce (1 Oktober 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 101. ISBN9781465421166. OCLC859155647.
^Wan, Michele; Hejjas, Krisztina; Rónai, Zsolt; Elek, Zsuzsanna; Sasvári-Székely, Mária; Champagne, Frances Anne; Miklósi, Ádám; Kubinyi, Enikő (28 Mei 2013). "DRD4 and TH gene polymorphisms are associated with activity, impulsivity and inattention in Siberian Husky dogs" [Polimorfisme gen DRD4 dan TH dikaitkan dengan kegiatan, keimpulsifan, dan kekurangan perhatian pada husky Siberia]. Animal Genetics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 44 (6): 717–727. doi:10.1111/age.12058. ISSN1365-2052. PMID23713429. S2CID248462.
^Coren, Stanley (5 Januari 2006). The Intelligence of Dogs: A Guide to the Thoughts, Emotions, and Inner Lives of Our Canine Companions [Kecerdasan Anjing: Panduan untuk Fikiran, Emosi, dan Kehidupan Dalaman Teman Anjing Kita] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Atria Publishing Group. ISBN9780743280877. OCLC61461866.
^"Your Siberian Husky: Its Hips and Its Eyes" [Husky Siberia Anda: Pinggulnya dan Matanya] (dalam bahasa Inggeris). Siberian Husky Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2020. Dicapai pada 4 Januari 2024.
^"OFA: Hip Dysplasia Statistics" [OFA: Statistik Displasia Pinggul] (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2008. Dicapai pada 4 Januari 2024.
^Davis, Michael S.; Willard, Michael D.; Williamson, Katherine K.; Steiner, Jörg Manfred; Williams, David A. (Januari 2005). "Sustained Strenuous Exercise Increases Intestinal Permeability in Racing Alaskan Sled Dogs" [Senaman Berat Berterusan Meningkatkan Kebolehtelapan Usus pada Anjing Kereta Luncur Salji Alaska Perlumbaan]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 19 (1): 34–39. doi:10.1111/j.1939-1676.2005.tb02655.x. ISSN1939-1676. PMID15715045. S2CID23865661.
^Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN9781910443392. OCLC1197697572.
^Salisbury, Gay; Salisbury, Laney (17 Februari 2005). The Cruelest Miles: The Heroic Story of Dogs and Men in a Race Against an Epidemic [Jarak Batu Terkejam: Kisah Wira Anjing dan Manusia dalam Perlumbaan Melawan Epidemik] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: W. W. Norton & Company. m/s. 252. ISBN9780393076219. OCLC916083469.
^Duster, Troy; Escobar, Arturo; Franklin, Sarah; Fujimura, Joan H.; Goodman, Alan H.; Haraway, Donna; Heath, Deborah; Heller, Chaia; Kaestle, Frederika A.; Kittles, Rick; Lindee, M. Susan; Marks, Jonathan; Rapp, Rayna; Rose, Hilary; Royal, Charmaine; Santos, Ricardo Ventura; Soodyall, Himla; Taussig, Karen-Sue; Templeton, Alan R. (6 November 2003). Goodman, Alan H.; Heath, Deborah; Lindee, M. Susan (penyunting). Genetic Nature/Culture: Anthropology and Science Beyond the Two-culture Divide [Sifat Genetik/Budaya: Antropologi dan Sains di Sebalik Pemisah Dua Budaya] (dalam bahasa Inggeris). Berkeley, California, Amerika Syarikat: University of California Press. m/s. 128. ISBN9780520237933. OCLC50851680.
^Harper, Kenn (28 September 2007). "The Evolution of a Word Husky" [Evolusi Perkataan Husky]. Nunatsiaq News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
^Dalziel, Hugh (1879). British Dogs: Their Varieties, History, Characteristics, Breeding, Management and Exhibition [Anjing British: Keragaman, Sejarah, Ciri, Pembiakbakaan, Pengurusan, dan Pempamerannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Bazaar Office. m/s. 205–213. OCLC19420097.
^ abcPisano, Beverly (12 Mei 1994). Siberian Huskies [Husky Siberia] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 8. ISBN9780793810529. OCLC32046655.
^Salisbury, Gay; Salisbury, Laney (Jun 2003). The Cruelest Miles: The Heroic Story of Dogs and Men in a Race Against an Epidemic [Jarak Batu Terkejam: Kisah Wira Anjing dan Manusia dalam Perlumbaan Melawan Epidemik] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Random House Publishing. ISBN9780553527636. OCLC52393521.
^"Breeding Seppalas (5)" [Jarak Batu Terkejam: Kisah Wira Anjing dan Manusia dalam Perlumbaan Melawan EpidemikMembiakbakakan Anjing Seppala (5)]. www.seppalakennels.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
^Walton, Kevin; Atkinson, Rick (10 Disember 1996). Of Dogs and Men: Fifty Years in the Antarctic: The Illustrated Story of the Dogs of the British Antarctic Survey 1944 – 1994 [Tentang Anjing dan Manusia: Lima Puluh Tahun di Antartika: Cerita Berilustrasi Anjing British Antarctic Survey 1944–1994] (dalam bahasa Inggeris). Malvern Wells, United Kingdom: Images Publishing. ISBN9781897817551. OCLC34886958.
^"Proceedings – Did You Know – Camp Century" [Prosiding – Tahukah Anda – Camp Century] (dalam bahasa Inggeris). Pengawal Pantai Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 4 Januari 2024.
^"How Sled Dogs Work" [Cara Anjing Kereta Luncur Salji Bekerja]. HowStuffWorks (dalam bahasa Inggeris). 14 Januari 2008. Dicapai pada 4 Januari 2024.
^Keith, Christie (18 Februari 2011). "Lessons from a sled dog massacre" [Pelajaran daripada pembunuhan besar-besaran anjing kereta luncur salji]. SFGATE (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
^"Getting Started in Rally" [Bermula dalam Rally]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
^"Agility" [Agiliti]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
^Penny Leigh. "More Sports for All Dogs: Drafting & Carting" [Lebih Sukan untuk Semula Anjing: Drafting dan Carting]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
^Burroughs, William James (13 Jun 2005). Climate Change in Prehistory: The End of the Reign of Chaos [Perubahan Iklim dalam Prasejarah: Penamat Kekuasaan Kacau-bilau] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. m/s. 129. ISBN9780521824095. OCLC57574483.
^Beck, Ken; Clark, Jim (30 Mac 2002). The Encyclopedia of TV Pets: A Complete History of Television's Greatest Animal Stars [Ensiklopedia Haiwan Peliharaan TV: Sejarah Lengkap Bintang Haiwan Terhebat Televisyen] (dalam bahasa Inggeris). Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat: Thomas Nelson. m/s. 44–46. ISBN9781418557379. OCLC949760945.
^"About Mission" [Tentang Misi] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Alumni Universiti Illinois Utara. Dicapai pada 4 Januari 2024.
Charles PonziPonzi pada tahun 1920, ketika masih bekerja sebagai seorang ahli perniagaan di kantornya di BostonLahirCarlo Pietro Giovanni Guglielmo Tebaldo Ponzi(1882-03-03)3 Maret 1882Lugo, Emilia-Romagna, ItaliaMeninggal18 Januari 1949(1949-01-18) (umur 66)Rio de Janeiro, BrasilPekerjaanPenipuGugatan kejahatanPemalsuan; penipuan surat (federal), pencurian (negara bagian)Hukuman kriminal3 Tahun 1908-1911; 5 tahun penjara federal (dijalankan 3 setengah tahun sebelum menghadapi tuduhan d...
Umberto Colombo Colombo alla Juventus nella stagione 1957-58 Nazionalità Italia Altezza 183 cm Peso 77 kg Calcio Ruolo Centrocampista Termine carriera 1967 Carriera Giovanili 19??-19?? Juventus Squadre di club1 1951-1952 Juventus0 (0)1952-1954→ Monza48 (10)1954-1961 Juventus173 (22)1961-1966 Atalanta142 (3)1966-1967 Verona4 (0) Nazionale 1959-1960 Italia3 (0) 1 I due numeri indicano le presenze e le reti segnate, per le sole partite di campionato.Il si...
Концерт Кубанского казачьего хора, 2016 год Казачьи песни России — народные песни, создававшиеся казаками на территории Казачьих Войск России. На сложение казачьих песен оказали влияние русские и украинские народные песни и думы, северокавказская музыка, а также автор...
City in California, United States City in California, United StatesEmeryville, CaliforniaCityEmeryville as seen from a local highrise hotelLocation of Emeryville in Alameda County, CaliforniaEmeryville, CaliforniaLocation in CaliforniaShow map of CaliforniaEmeryville, CaliforniaEmeryville, California (the United States)Show map of the United StatesCoordinates: 37°49′53″N 122°17′07″W / 37.83139°N 122.28528°W / 37.83139; -122.28528Country United StatesSt...
Pelepasan sebuah lampion terbang saat perayaan Yi Peng di dekat Chiang Mai, Thailand Lampion terbang adalah lampion udara tradisional yang ditemukan di beberapa kebudayaan Asia. Lampion ini dibuat dari kertas yang sudah diminyaki dan terpasang pada bingkai bambu, di dalamnya terpasang lilin kecil atau sel bahan bakar lainnya lilin. Ketika menyala, api memanaskan udara di dalam lampion, sehingga menurunkan kepadatan dan menyebabkan lampion naik ke udara. Di Indonesia, lampion terbang dinyalaka...
Mass movement of Jews in the 20th century Part of a series onJewish exodus from the Muslim world Background History of the Jews under Muslim rule Sephardi Mizrahi Yemeni Zionism Arab–Israeli conflict 1948 war Suez Crisis Six-Day War Antisemitism in the Arab world Farhud Aleppo Aden Oujda and Jerada Tripolitania Cairo Baghdad Tripoli Exodus by country Morocco Operation Mural Operation Yachin Egoz Yemen Iraq Egypt Lebanon Iran Tunisia Hurum air disaster Remembrance Awareness day JIMENA JJAC W...
Private University College in Malaysia This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: UOW Malaysia – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (May 2017) (Learn how and when to remove this message) University of Wollongong MalaysiaUOW MalaysiaFormer namesKDU University College, KDU College, UOW Malaysia K...
МифологияРитуально-мифологическийкомплекс Система ценностей Сакральное Миф Мономиф Теория основного мифа Ритуал Обряд Праздник Жречество Мифологическое сознание Магическое мышление Низшая мифология Модель мира Цикличность Сотворение мира Мировое яйцо Мифическое �...
Railway station in Glasgow, ScotlandThis article is about the railway station in Glasgow. For other uses, see Ashfield station. AshfieldScottish Gaelic: Achadh an Uinnsinn[1]Ashfield railway station, looking towards Glasgow Queen StreetGeneral informationLocationMilton, GlasgowScotlandCoordinates55°53′20″N 4°14′54″W / 55.8888°N 4.2484°W / 55.8888; -4.2484Grid referenceNS595684Managed byScotRailTransit authoritySPTPlatforms2Other informationStation c...
Palatine of Hungary (1817–1867) You can help expand this article with text translated from the corresponding article in Hungarian. (November 2012) Click [show] for important translation instructions. View a machine-translated version of the Hungarian article. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm that the translation is accurate, rather than simply copy-pasting machin...
烏克蘭總理Прем'єр-міністр України烏克蘭國徽現任杰尼斯·什米加尔自2020年3月4日任命者烏克蘭總統任期總統任命首任維托爾德·福金设立1991年11月后继职位無网站www.kmu.gov.ua/control/en/(英文) 乌克兰 乌克兰政府与政治系列条目 宪法 政府 总统 弗拉基米尔·泽连斯基 總統辦公室 国家安全与国防事务委员会 总统代表(英语:Representatives of the President of Ukraine) 总...
This article relies excessively on references to primary sources. Please improve this article by adding secondary or tertiary sources. Find sources: Title III of the Patriot Act – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (January 2015) (Learn how and when to remove this message) Patriot Act Titles Title I: Enhancing Domestic Security against Terrorism Title II: Enhanced Surveillance Procedures Title III: International Money Laundering Abatement and ...
2017 Georgia's 6th congressional district special election ← 2016 June 20, 2017 2018 → Georgia's 6th congressional districtTurnout58.16% Nominee Karen Handel Jon Ossoff Party Republican Democratic Popular vote 134,799 125,517 Percentage 51.78% 48.22% U.S. Representative before election Tom Price Republican Elected U.S. Representative Karen Handel Republican Elections in Georgia Federal government Presidential elections 1788–89 1792 1796 1800 1804 1808 1812...
Traditional Thai New Year's holiday For the observance elsewhere, see Songkran. SongkranNew Year celebration, Rot Nam Dam Hua, a traditional celebration of eldersOfficial nameSongkran FestivalObserved byThailandBegins13 AprilEnds15 AprilDateApril 13FrequencyAnnualRelated toSouth and Southeast Asian solar New Year Songkran in Thailand, traditional Thai New Year festivalUNESCO Intangible Cultural HeritagePeople performing water pouring on Buddha statues during Songkran in Wat Pho, Ban...
موسكاتاين الإحداثيات 41°25′26″N 91°03′22″W / 41.423888888889°N 91.056111111111°W / 41.423888888889; -91.056111111111 [1] تاريخ التأسيس 1839 تقسيم إداري البلد الولايات المتحدة[2][3] التقسيم الأعلى مقاطعة موسكاتاين عاصمة لـ مقاطعة موسكاتاين خصائص جغرافية ا�...
2004 concert tour by Britney Spears The Onyx Hotel TourTour by Britney SpearsPromotional poster for the tourLocation Europe North America Associated albumIn the ZoneStart dateMarch 2, 2004 (2004-03-02)End dateJune 6, 2004 (2004-06-06)Legs2No. of shows54Supporting acts JC Chasez Kelis Skye Sweetnam Wicked Wisdom Attendance601,040Box office$34 million ($54.85 in 2023 dollars)[1]Britney Spears concert chronology Dream Within a Dream Tour (2001–2002) The On...