Anjing wul Salish (bahasa Inggeris: Salish wool dog) ialah satu baka anjing pupus jenis spits putih dan berbulu panjang yang dikembangkan dan dibiakbakakan oleh orang asli yang dari Negeri Washington dan British Columbia kini.
Anjing wul Salish ialah satu-satuTemplat:Tentu sahkan sumber anjing Amerika Utara prasejarah yang diketahui dikembangkan dengan penternakan haiwan benar. Anjing wul berbulu panjang kecil ini dan anjing kampung kekoyotean sengaja dikekalkan sebagai populasi terpisah. Anjing ini dipelihara dalam kawanan kira-kira 12 ke 20 ekor haiwan, dan terutamanya memakan salmon mentah dan masak. Untuk mengekalkan baka ini jati kepada jenis dan warna putih pilihan, anjing wul Salish dikurung di pulau-pulau dan di dalam gua berpagar.
Bulu anjing wul Salish dihargai kerana membuat selimut "Salish" yang terkenal dan jarang, kerana suku Salish tidak mempunyai wul biri-biri dan kambing gunung liar sukar didapatkan. Anjing ini dipotong bulunya seperti biri-biri pada Mei atau Jun. Bulu potongannya sangat tebal sehingga Kapten Vancouver dapat memilih satu sudut dan seluruh wul kekal bersama. Selimut upacara ialah item berharga dalam sistem ekonomi pengedaran potlatch prasentuh, hampir senilai dengan hamba. Bulu anjing ini kerap dicampurkan dengan wul kambing gunung, dan serat tumbuhan untuk mengubah mutu yarn dan untuk melanjutkan bekalan serat.
Kepupusan anjing wul Salish bermuladengan hubungan Eropah. Satu gabungan 1) ketersediaan selimut Teluk Hudson dan kemudian biri-biri, dan 2) desimasi populasi orang asli dengan penyakit Eropah menyebabkan perpecahan budaya asli, menyebabkan anjing wul Salish untuk saling membiak baka dengan anjing lain dan kehilangan identiti uniknya. Menjelang 1858, anjing wul Salish dianggap pupus sebagai baka tersendiri. Anjng wul terakhir yang boleh dikenal pasti mati pada 1940.
Rujukan
Pautan luar
- Anjing Berwul di All Fiber Arts (Inggeris)
- Jenis Anjing Asli di Amerika Utara (Inggeris)
- Solazzo, C., S. Heald, M.W. Ballard, D.A. Ashford, P.T. DePriest, R.J. Koestler, and M. Collins. 2011. Proteomics and Coast Salish blankets: A tale of shaggy dogs? Antiquity 85: 1418-1432 (Inggeris)
- Barsh, Russel L., Joan Megan Jones, and Wayne Suttles, 2002. “History, Ethnography, and Archaeology of the Coast Salish Woolly-Dog.” In Snyder, L.M. and E.A. Moore, eds.,Dogs and People in Social, Working,Economic or Symbolic Interaction. Proceedings of the 9th Conference of the International Council of Archaeozoolog y 1–11. Oxbow Books, Durham,UK (Inggeris)