Kokerspaniel Amerika atau cocker spaniel Amerika[a] ialah satu baka anjing sukan. Ia merupakan anjing jenisspaniel yang berkait rapat dengan kokerspaniel Inggeris; kedua-dua baka ini mencapah pada abad ke-20 kerana piawaian baka berlainan di Amerika Syarikat dan di United Kingdom. Di Amerika Syarikat, baka ini biasanya dipanggil kokerspaniel atau cocker spaniel, sementara di tempat lain, ia dipanggil kokerspaniel Amerika atau cocker spaniel Amerika untuk membezakannya daripada sepupu Inggerisnya yang lebih lama. Perkataan cocker dikatakan berasald daripada kegunaan anjing ini untuk memburu woodcock di England, sementara "spaniel" dianggap berasal daripada asal usul baka anjing ini di Sepanyol.
Spaniel pertama di Amerika datang dengan Mayflower pada tahun 1620, tetapi hanya mulai tahun 1878 kokerspaniel pertama didaftarkan dengan American Kennel Club (AKC). Sebuah kelab baka kebangsaan didirikan tiga tahun kemudian dan anjing yang dianggap sebagai bapa kepada baka moden, Ch. Obo II, lahir pada sekitar masa ini. Menjelang tahun 1920-an, keragaman Inggeris dan keragaman Amerika untuk cocker telah menjadi berbeza secara ketara dan pada tahun 1946 AKC mengiktiraf jenis Inggeris sebagai baka terpisah. Hanya mulai tahun 1970, The Kennel Club di United Kingdom mengiktiraf kokerspaniel Amerika sebagai baka terpisah daripada jenis Inggeris. Cocker Amerika merupakan baka paling popular di Amerika Syarikat semasa tahun 1940-an dan tahun 1950-an dan sekali lagi semasa tahun 1980-an, memuncak selama sejumlah 18 tahun. Ia juga telah memenangi gelaran best in show dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club sebanyak empat kali dan telah dikaitkan dengan Presiden Amerika Syarikat beberapa kali dengan pemiliknya yang termasuk Richard Nixon dan Harry S. Truman. Pada tahun 2021, kokerspaniel menempati kedudukan ke-29 dalam pendaftaran dengan American Kennel Club.[3]
Baka ini merupakan anjing sukan terkecil yang diiktiraf oleh AKC dan kepala berbentuk uniknya menjadikannya mudah dikecam serta-merta. Sebagai tambahan, terdapat sesetengah perbezaan bertanda antaranya dengan saudara Inggerisnya. Ia mempunyai kecerdasan kerja purata, namun kerana dibiakbakakan menurut piawaianpertunjukan, ia bukan lagi anjing pekerja unggul. Anggota baka ini menderitai pelbagai penyakit termasuk masalah dengan jantung, mata, dan telinga.
Sejarah
Perkataan spanyell dianggap bertarikh dari lewat abad ke-12 semasa digunakan untuk menamai sejenis anjing yang diimport ke England dari Sepanyol, dengan bahagian span bagi perkataan yang merujuk negara asal. Catatan dari pertengahan abad ke-14 menunjukkan bahawa pembiakbakaan terpilih telah pun berlangsung, dengan baka ini yang terpisah kepada dua jenis berlainan, yang dipanggil spaniel air dan spaniel darat.[4] Menjelang tahun 1801, keragaman spaniel darat lebih kecil dipanggil cocker atau cocking spaniel, yang dinamai sedemikian kerana kegunaannya dalam penggarahan woodcock.[5][6]
Menurut catatan sejarah, spaniel pertama dibawa ke Amerika Utara dengan menaiki Mayflower yang belayar dari Plymouth, England dan mendarat di New England pada tahun 1620.[7][8] Kokerspaniel pertama yang dicatatkan di Amerika ialah seekor anjing hati dan putih bernama Captain yang didaftarkan dengan American Kennel Club pada tahun 1878.[9] Pada tahun 1881, American Cocker Spaniel Club dibentuk; kelab itu kemudiannya menjadi American Spaniel Club (ASC) dan kini dikenali sebagai kelab baka tertua untuk anjing di Amerika Syarikat.[7][9] Tugas kelab itu pada mulanya ialah mewujudkan piawaian untuk memisahkan kokerspaniel di Amerika daripada jenis spaniel darat lain, tugas yang mengambil masa lebih daripada 20 tahun, yang hanya diselesaikan pada tahun 1905.[7]
Anjing yang dianggap sebagai bapa kepada kokerspaniel Amerika dibapai oleh anjing yang dianggap sebagai bapa kokerspaniel Inggeris. Ch. Obo dibiakbakakan dengan Ch. Chloe II, yang dikirimkan ke Amerika semasa ia bunting. Sebaik di Amerika Syarikat, ia melahirkan seekor anjing yang menjadi Ch. Obo II. Obo II sangat berbeza daripada baka moden, hanya setinggi 10 inci (25 cm) dan dengan tubuh panjang, tetapi dianggap sebagai anjing cemerlang pada era itu dan menjadi bapa popular.[9]
Menjelang penghujung abad ke-19, baka ini telah menjadi popular di Amerika dan di Kanada kerana penggunaan duaannya sebagai anjing peliharaan keluarga dan anjing pekerja.[9] Pada awal abad ke-20, pembiak baka di kedua-dua belah Atlantik telah mewujudkan piawaian baka berlainan untuk kokerspaniel dan baka ini beransur-ansur mencapah antara satu sama lain,[7][10] dengan kedua-duanya menjadi berbeza dengan ketara menjelang tahun 1920-an. Cocker Amerika menjelang kini mempunyai muncung lebih kecil, lapis bulunya lebih lembut, dan anjing secara keseluruhannya lebih ringan dan lebih kecil. Perbezaannya sangat ketara sehingga pada tahun 1935, pembiak baka mengasaskan English Cocker Spaniel Club dan membatasi pembiakbakaan antara kedua-dua jenis spaniel. Kedua-dua jenis kokespaniel di Amerika ditunjukkan bersama-sama sebagai satu baka, dengan jenis Inggeris sebagai keragaman bagi baka utama, sehingga tahun 1946 apabila American Kennel Club mengiktiraf kokerspaniel Inggeris sebagai baka terpisah.[10][11]
Kepulangan ke United Kingdom
Pada mulanya di United Kingdom terdapat beberapa ekor cocker Amerika yang telah menemani kakitangan perkhidmatan ke pangkalan Amerika pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an. Sebagai tambahan, beberapa ekor anjing tiba dengan kakitangan kedutaan besar dan ahli perniagaan yang pulang ke rumah.[12]
Kokerspaniel Amerika pertama yang didaftarkan dengan The Kennel Club United Kingdom ialah Aramingo Argonaught, yang lahir pada 17 Januari 1956 dan dibiakbakakan oleh Herbert L. Steinberg. Dua orang hakim mengesahkan bahawa anjing ini ialah seekor cocker Amerika dan bukan cocker Inggeris sebelum The Kennel Club mengizinkan anjing ini untuk ditunjukkan. Pada tahun 1960-an, baka ini ditunjukkan sebagai baka jarang, yang bermaksud bahawa ia tidak mempunyai kelas pertunjukan sendiri dan hanya dapat ditunjukkan dalam kelas pelbagai. Ini termasuk Aramingo Argonaught, yang merupakan kokerspaniel Amerika pertama yang ditunjukkan dalam Crufts pada tahun 1960 dalam kelas bertajuk "Mana-mana varieti yang tidak dikelaskan pada pertunjukan ini".[13] Pada tahun 1968, KC bersetuju untuk menunjukkan baka dalam kategori "Any variety not classified at this show" ("Sebarang gundog keragaman selain cocker" dan menyatakan bahawa cocker Amerika bukan keragaman "Spaniel (Cocker)". Terdapat kira-kira 100 pendaftaran pada antara tahun 1966 dengan tahun 1968.[12]
Pada tahun 1970, baka ini diberi daftar terpisah dalam Suplemen Baka The Kennel Club, kerana ia sebelum ini disertakan dalam "Sebarang keragaman lain". Nombor pendaftaran meningkat kepada 309 menjelang tahun 1970 ikutan pengiktirafan penuh ini.[12]
Kokerspaniel Amerika terkenal dan kepopularan
Kokerspaniel Amerika telah memenangi best in show dalam Pertunjukan Anjing Westminster sebanyak empat kali, dengan kemenangan pertama pada tahun 1921 oleh Ch. Midkiff Seductive. Ch. My Own Brucie memenangi gelaran ini sebanyak dua kali pada tahun 1940 dan tahun 1941[14] dan dikenali sebagai anjing paling banyak berfotograf di dunia.[15]
Kemenangan Brucie pada tahun 1940 bertepatan dengan kedudukan kokerspaniel Amerika yang merupakan baka anjing paling popular di Amerika Syarikat dan ia kekal sebagai yang paling popular sehingga tahun 1952.[16] Baka ini memenangi gelaran ini untuk kali keempat pada tahun 1954 dengan kemenangan yang menjadi milik Ch. Carmor's Rise and Shine.[14] Kepopularan cocker Amerika meningkat sekali lagi pada tahun 1980-an apabila ia menjadi baka paling popular sekali lagi dari tahun 1984 hingga tahun 1990. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kepopularan baka ini telah menurun apabila ia dinilai sebagai baka ke-15 paling popular oleh American Kennel Club pada tahun 2005.[17] Kemenangan paling terkini baka ini tiba pada tahun 2017 apabila ia memenangi gelaran best in show dalam Crufts.
Kokerspaniel Amerika mempunyai beberapa pautan kepada Kepresidenan Amerika Syarikat. Pada tahun 1952, seekor kokerspaniel Amerika menjadi sebutan ramai apabila Senator Amerika SyarikatRichard Nixon membuat ucapan Checkers pada 23 September. Seekor kokerspaniel Amerika berwarna-warni bernama Dot ialah salah seekor daripada beberapa ekor anjing yang dimiliki oleh Rutherford B. Hayes; dan seekor anjing berwarna kuning pucat bernama Feller menyebabkan skandal untuk Harry S. Truman apabila anjing itu diterima sebagai hadiah yang tidak diingini dengan Presiden yang kemudiannya memberikannya kepada seorang doktor Rumah Putih. Baru-baru ini, seekor cocker bernama Zeke tinggal bersama dengan Bill Clinton semasa beliau menjadi gabenor Arkansas.[16]
Penampilan
Kokerspaniel Amerika ialah anjing terkecil yang diiktiraf oleh American Kennel Club sebagai anjing sukan[18] kerana berpurata setinggi 13.5–15.5 inci (34–39 cm) pada paras kelasa.[19] Ia merupakan anjing dengan perkadaran normal dengan bulu sutera sederhana panjang pada tubuh dan telinga yang tergantung ke bawah pada tungkai dan perut. Telinga yang tergantung ke bawah.[20] Piawaian baka menyatakan bahawa saiz yang melebihi 15.5 inci (39 cm) untuk jantan dan 14.5 inci (37 cm) untuk betina ialah syarat penyingkiran dalam pertunjukan pengakuran.[21] Kokerspaniel Amerika berukuran seberat sekitar 24–30 paun (11–14 kg) pada purata dengan betina baka ini yang biasanya lebih ringan sedikit daripada jantan.[18]
Kepala kokerspaniel Amerika menjadikan baka ini serta-merta mudah cam, dengan kubah tengkorak membulat, stop cukup jelas, dan bibir berbentuk empat segi sama. Telinga labuhnya panjang, terletak rendah-rendah, dengan bulu sutera panjang dan matanya gelap, besar, dan membulat. Hidungnya pula dapat berwarna hitam atau perang bergantung pada warna baka.[20]
Lapis bulu baka ini terdapat dengan pelbagai cahaya warna dengan warna yang dipisahkan kepada tiga kumpulan utama: hitam/hitam dan sawo matang, sebarang warna padu selain hitam (ASCOB), dan berwarna-warni. Keragaman hitam sama ada hitam menyeluruh, atau dengan titik-titik sawo matang pada kepala, kaki, dan ekor dalam corak yang dipanggil hitam dan sawo matang. Kumpulan yang dikenali sebagai ASCOB termasuk semua warna padu lain daripada krim cerah hingga merah gelap, walaupun sesetengah pewarnaan lebih cerah diizinkan pada jumbai menurut piawaian. Anjing berwarna-warni berwarna putih dengan tompok-tompok berwarna lain seperti hitam atau perang, dan termasuk mana-mana anjing berwarna kemerah-merahan.[22] Sebagai tambahan, lapis bulu kokerspaniel Amerika terdapat dengan corak yang dikenali sebagai merle, yang tidak diiktiraf oleh American Kennel Club.[23]
Kokerspaniel Amerika mempunyai mata lebih membulat, tengkorak kubah, muncung lebih pendek, dan kening lebih jelas daripada kokerspaniel Inggeris,[24] yang kepalanya lebih mirip seter. Dari segi warna, warna kemerah-merahan adalah lebih jarang pada keragaman Amerika berbanding dengan pada keragaman Inggeris tetapi cahaya warna kuning pucat yang lazim pada keragaman Amerika tidak terlihat pada baka Inggeris sama sekali, walaupun terdapat kokerspaniel Inggeris yang dianggap bercahaya warna merah.[25] Baka Inggeris juga lebih besar sedikit, iaitu setinggi 14.5–15.5 inci (37–39 cm).[24]
Kokerspaniel Amerika
Seekor betina hitam
Anak kokerspaniel Amerika dengan lapis bulu perang
Seekor anjing berwarna-warni
Seekor kokerspaniel Amerika berwarna kuning pucat
Kepala seekor betina hitam
Perangai
Dengan gelaran "Merry Cocker",[26] piawaian baka kokerspaniel Amerika mentakrifkan anjing unggul bagi baka ini yang "berperangai sekata tanpa kesan rasa takut."[21] Baka ini menduduki tempat ke-20 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren, penilaian yang menunjukkan "kecerdasan kerja atau kepatuhan" bagus, atau kebolehlatihan.[27] Ujian IQ yang dijalankan terhadap pelbagai baka pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an menunjukkan bahawa cocker Amerika berprestasi terbaik apabila diuji pada kebolehannya untuk menunjukkan kekangan diri dan gerak balas tertunda terhadap pencetus, trait yang diturunkan kepada keupayaan baka ini apabila berburu untuk memegun sebaik menemukan burung sebelum menggarahnya ke luar atas arahan. Walau bagaimanapun, ia terbukti sebagai baka paling teruk diuji apabila ada penglibatan manipulasi objek dengan kakinya, contohnya pendedahan piring makanan atau penarikan tali.[28]
Dengan tahap sosialisasi baik pada usia awal, cocker Amerika dapat bergaul dengan baik dengan orang, kanak-kanak, anjing lain, dan haiwan peliharaan lain.[26] Baka ini kelihatannya mempunyai ekor sentiasa bergoyang-goyang dan lebih suka berada di sekeliling orang; ia paling tidak sesuai untuk laman belakang sahaja. Cocker dapat menjadi mudah tertekan dengan bunyi lantang dan dengan layanan atau pengendalian kasar.[29]
Anggota baka ini pada asalnya digunakan sebagai anjing pemburu, tetapi semakin popular sebagai anjing pertunjukan. Ia semakin dibiakbakakan untuk mengakuri piawaian baka, lalu menghasilkan atribut-atribut tertentu, seperti lapis bulu panjang, yang tidak lagi menjadikannya anjing pekerja unggul.[26]
Kesihatan
Sebuah kajian tahun 2024 di United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 13.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[30]
Kokerspaniel Amerika ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat degenerasi rod-kon progresif. Suatu mutasi resesif autosom pada gen PRCD bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[31] Sebuah kajian dalam data veterinar Amerika Syarikat pula mendapat bahawa kokerspaniel Amerika cenderung terhadap glaukoma dengan 5.52% daripada populasi anjing yang menghidap keadaan ini, iaitu prevalens paling tinggi antara semua baka.[32]
Kokerspaniel Amerika dapat hadir dengan bentuk pemakanan bagi kardiomiopati terdilat yang dikaitkan dengan kepekatan darah rendah bagi taurina asid amino. Bentuk kardiomiopati terdilat ini dalam banyak kes adalah berbalik jika anjing berkenaan menerina suplementasi taurina.[33]
Sebuah kajian Amerika Utara yang meneliti rekod tentang lebih daripada sejuta ekor anjing dan 44,000 ekor kokerspaniel Amerika mendapati bahawa baka ini mempunyai kejadian lebih rendah bagi displasi pinggul dengan 0.87% berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan.[35]
Dalam kebudayaan popular
Filem Lady and the Tramp menampilkan watak Lady, yang merupakan seekor kokerspaniel Amerika.[36]
Trilby daripada siri televisyen Australia-Amerika Raggs ialah seekor kokerspaniel Amerika.
Mags daripada Turbo Dogs ialah seekor kokerspaniel Amerika.
Dalam Poppy Playtime, watak dalam kumpulan Smiling Critters bernama Dogday ialah seekor kokerspaniel Amerika
Catatan
^Jawi: کوکرسڤانيئل اميريکا; کوکر سڤانيئل اميريکاcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: American cocker spanielcode: en is deprecated
^Reisen, Jan. "Most Popular Dog Breeds of 2021" [Baka Anjing Paling Popular 2021]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Mac 2024.
^Coren (2006), m/s. 132 harvp error: no target: CITEREFCoren2006 (help)
^Smith, Arthur Croxton (6 Oktober 2008). Gun Dogs - Their Training, Working and Management [Gundog - Pelatihan, Pengerjaan, dan Pengurusannya] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Scribner. m/s. 89. ISBN9781443719209.
^Case, Linda P. (23 Mei 2005). The Dog: Its Behavior, Nutrition, and Health [Anjing: Tingkah Laku, Pemakanan, dan Kesihatannya] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 32. ISBN9780813812540. OCLC56614326.
^Palika (2009), m/s. 22 harvp error: no target: CITEREFPalika2009 (help)
^ abcQuelch, John; Jones, A. M.; Quelch, Dorothy (1988). The Early Days of the American Cocker Spaniel in the United Kingdom [Zaman Awal Kokerspaniel Amerika di United Kingdom] (dalam bahasa Inggeris). American Cocker Spaniel Club of Great Britain. OCLC20419915.
^ ab"Best in Show Winners" [Pemenang Best in Show]. Westminster Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2007. Dicapai pada 10 Mac 2024.
^"Famous Dog is Dead" [Anjing Masyhur Mati]. The Montreal Gazette (dalam bahasa Inggeris). 10 Jun 1943. Dicapai pada 10 Mac 2024.
^Cunliffe, Juliette (2002). The Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. m/s. 200. ISBN9780752580180. OCLC59182873.
^ ab"AKC Meet the Breeds: Cocker Spaniel" [Kenali Baka AKC: Kokerspaniel]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2010. Dicapai pada 10 Mac 2024.
^Palika (2009), m/s. 15 harvp error: no target: CITEREFPalika2009 (help)
^ abSucher, Jaime J. (16 Januari 2009). Cocker Spaniels: A Complete Pet Owner's Manual [Kokerspaniel: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 11. ISBN9780764141010. OCLC246897533.
^Gormish, Denise. "Whats the Difference?" [Apa Perbezaannya?]. English Cocker Spaniel Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2010. Dicapai pada 10 Mac 2024.
^Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN9781910443392. OCLC1197697572.
^Gelatt, Kirk Norman; MacKay, Edward O. (18 Februari 2004). "Prevalence of the breed-related glaucomas in pure-bred dogs in North America" [Prevalens glaukoma berkaitan dengan baka pada anjing baka tulen di Amerika Utara]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 7 (2): 97–111. doi:10.1111/j.1463-5224.2004.04006.x. ISSN1463-5224. PMID14982589. S2CID46589186.
^Kittleson, Mark D.; Keene, Bruce; Pion, Paul D.; Loyer, Carroll G. (Julai 1997). "Results of the Multicenter Spaniel Trial (MUST): Taurine-and Carnitine-Responsive Dilated Cardiomyopathy in American Cocker Spaniels With Decreased Plasma Taurine Concentration" [Hasil Keputusan Percubaan Spaniel Berbilang Pusat (MUST): Kardiomiopati Terdilat Responsif Taurina dan Karnitina pada Kokerspaniel Amerika dengan Kepekatan Taurina Plasma Berkurang]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 11 (4): 204–211. doi:10.1111/j.1939-1676.1997.tb00092.x. ISSN1939-1676. PMID9298474. S2CID40559132.
^ abHnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN9780323376518. OCLC1052802486.
Coile, D. Caroline (1 November 2006). The Cocker Spaniel Handbook [Buku Panduan Kokerspaniel] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN9780764134593. OCLC1004950309.
Coren, Stanley (6 Mac 2006). The Intelligence of Dogs: Canine Consciousness and Capabilities [Kecerdasan Anjing: Kesedaran dan Keupayaan Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. baharu). London, United Kingdom: Pocket Books. ISBN9781416502876. OCLC62478745.
Palika, Liz (20 Januari 2009). Cocker Spaniel: Your Happy Healthy Pet [Kokerspaniel: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 11. ISBN9780470390603. OCLC236325931.