tebal dan cukup berjumbai, lebih halus di kepala dan di telinga
Warna
perang berangan, sama ada padu atau bercampur dengan putih, dengan bintik atau titik kemerah-merahan atau sawo matang atau tanpa bintik atau titik kemerah-merahan atau sawo matang
perang berangan, sama ada padu atau bercampur dengan putih, dengan bintik atau titik kemerah-merahan atau sawo matang atau tanpa bintik atau titik kemerah-merahan atau sawo matang
Anjing penuding Perancis[a] ialah anjingpemburu daripada jenis sangat lama bagi gundog yang digunakan penudingan lokasi unggas buruan untuk pemburu. Terdapat dua baka anjing penuding Perancis, kedua-duanya dari selatan Perancis,[1][2][3][4] iaitu anjing penuding Perancis, jenis Gascogne[b] dan anjing penuding Perancis, jenis Pyrénées.[c] Ia merupakan anjing pemburu popular di Perancis, tetapi jarang terlihat di tempat lain.
Sejarah
Selama berabad-abad, anjing ini dibawa ke negara lain dan disilangkan dengan baka lain. Apabila pencarian dilakukan pada penghujung abad kesembilan belas untuk mencari anjing asli, dua jenis rantauan berasingan ditemukan.[5]
Kelab baka pertama dibentuk pada tahun 1850 dan piawaian untuk kedua-dua baka ditulis pada tahun 1880.[perlu rujukan] Ia diiktiraf oleh Société Centrale Canine di Perancis dan di seluruh dunia oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[1][2][3][4] SCC melarang pembiakbakaan dalaman atau pembiakbakaan segaris dan tidak akan mendaftarkan mana-mana anjing dengan leluhur bersama dalam tiga generasi pertama pedigrinya.[6] Daripada kelab-kelab anjing utama di dunia berbahasa Inggeris, hanya Canadian Kennel Club di Kanada dan United Kennel Club di Amerika Syarikat yang mengiktirafnya. Canadian Kennel Club mengiktiraf satu baka, Braque Français (Gascogne) ("anjing penuding Perancis (Gascogne)") dalam Kumpulan Anjing Sukan[7] dan United Kennel Club pula mengiktiraf kedua-dua baka, dalam Kumpulan Gundog-nya, dengan nama Braque Français De Grande Taille ("anjing penuding bersaiz besar Perancis") dan Braque Français, De Petite Taille ("anjing penuding bersaiz kecil Perancis") - saiz lebih kecil memaksudkan jenis Pyrénées adalah lebih kecil daripada jenis Gascogne, dan tidak bermakna ia merupakan anjing kecil.[8][9]
Kegunaan perburuan
Baka anjing penuding Perancis bukan sahaja anjing penuding, tetapi juga anjing pemburu serba guna yang mampu mengutip, menggarah, dan juga menjejaki buruan di semua jenis rupa bumi.[10] Jenis Pyrénées ialah anjing cepat yang dapat bergerak dengan pantas tanpa memecut, manakala jenis Gascogne ialah anjing yang bergerak dengan lebih perlahan.[6]
Penampilan
Kedua-dua baka anjing penuding Perancis adalah bersaiz sederhana hingga besar, dengan tungkai panjang dan telinga labuh panjang. Lapis bulunya pendek dan berwarna perang berangan atau putih berbintik-bintik dengan warna perang, kerap dengan satu atau lebih tompok perang besar. Kepalanya biasanya berwarna perang. Jenis Gascogne adalah kira-kira 10 sentimeter (3.9 in) lebih tinggi pada paras kelasa berbanding dengan jenis Pyrénées.[perlu rujukan]
Perbezaan
Anjing penuding Perancis, jenis Pyrénées, berdiri setinggi kira-kira 47–58 sentimeter (19–23 in) pada paras kelasa dan betina pula lebih kecil sedikit, lalu memberikan kesan "anjing penuding berbulu pendek Jerman yang dikecilkan kepada saiz spaniel Bretagne".[6] Anjing penuding Perancis, jenis Gascogne yang lebih besar pula adalah setinggi 58–69 sentimeter (23–27 in) (betina lebih kecil)
Lapis bulu jenis Gascogne adalah tebal, manakala lapis bulu jenis Pyrénées adalah lebih pendek dan lebih halus[3][4] Lapis bulu jenis Pyrénées biasanya lebih berbelak perang belang pada tubuh.
Kepala jenis Pyrénées adalah lebih lebar sedikit dan telinganya tidak begitu panjang. Pada jenis Gascogne, jika telinga ditarik ke arah hadapan, telinganya mencapai hujung hidung. Jenis Gascogne mempunyai bibir sedikit menjulur yang menjadikan muncungnya kelihatan segi empat sama; muncung jenis Pyrénées kelihatan lebih sempit.[5]
Catatan
^Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ ڤرنچيسcode: ms is deprecated ; Perancis: braque françaiscode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: French pointing dogcode: en is deprecated
^Jawi: جنيس ݢسکوڽاcode: ms is deprecated ; Perancis: type Gascognecode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: Gascogne typecode: en is deprecated
^Jawi: جنيس ڤيرينيcode: ms is deprecated ; Perancis: type Pyrénéescode: fr is deprecated ; bahasa Inggeris: Pyrenean typecode: en is deprecated
^ abRogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 146–147. ISBN9780876056240. OCLC32697706.
^ abcBraque Français, The French Pointer In North America (dalam bahasa Inggeris), oleh Chad Mason, Gun Dog Magazine, Ogos 2004 dalam talianDiarkibkan 7 Mei 2008 di Wayback Machine
^"Braque Français, de Grande Taille" [Anjing Penuding Perancis, Bersaiz Besar]. United kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2014. Dicapai pada 4 Mac 2024.
^"Braque Français, de Petite Taille" [Anjing Penuding Perancis, Bersaiz Kecil]. United kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2014. Dicapai pada 4 Mac 2024.
Cunliffe, Juliette (2002). The Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. ISBN9780752580180. OCLC59182873.
Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN9781465408440. OCLC812257274.