Hans-Jürgen von Arnim

Hans-Jürgen von Arnim
Kolonel Jeneral von Arnim semasa di Tunisia, Mei 1943.
Kelahiran(1889-04-04)4 April 1889
Meninggal dunia1 September 1962(1962-09-01) (umur 73)
Bad Wildungen, Jerman Barat
Kesetiaan Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
PangkatGeneraloberst
Arahan
PertempuranPerang Dunia I Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross

Hans-Jürgen von Arnim (bahasa Jerman: [ˈaɐ̯niːm]; 4 April 1889 – 1 September 1962) adalah seorang panglima perang Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II yang memerintah beberapa ketumbukan. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross.

Perang Dunia II

Von Arnim menyertai Tentera Darat Imperial pada tahun 1907 dan mengambil bahagian dalam Perang Dunia I. Selepas perang, beliau kekal dalam Reichswehr dan kemudian Wehrmacht. Arnim memerintah Divisyen Ke-52 Infantri dalam pencerobohan Poland dan pertempuran Perancis. Pada Oktober 1940, Arnim diberi memerintah Divisyen Ke-17 Panzer.

Von Arnim mengambil bahagian dalam Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Soviet Union dan pada 1 Oktober 1941, beliau mengambil alih pemerintahan Kor XXXIX Panzer sehingga November 1942.

Pada 20 Februari 1943 beliau dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Ke-5 Panzer dibawah Erwin Rommel di Afrika Utara yang kemudian beliau gantikan sebagai Panglima Kumpulan Tentera Darat Afrika pada 10 Mac 1943. Beliau menyerahkalah kepada tentera British pada 12 Mei 1943 akibat dari kejayaan Operasi Vulcan and Strike pihak Bersekutu.[1]

Von Arnim telah dipenjarakan bersama dengan 24 jeneral Jerman yang lain di Kem Clinton, Mississippi,[2] dan telah dibebaskan pada 1 Julai 1947.[3]

Beliau meninggal dunia pada tahun 1962 di Bad Wildungen, Jerman.

Generaloberst von Arnim di Tunisa pada Mei 1943

Tarikh kenaikkan pangkat

Anugerah kebesaran

Rujukan

Petikan

  1. ^ I Was There! - How Von Arnim Surrendered at Last, The War Illustrated, June 11, 1943.
  2. ^ "German POW Camp in Clinton MS. Mostly Afrika Corps". kilroywashere.org.
  3. ^ MacDonogh 2007, m/s. 410.
  4. ^ a b c d e Wegmann 2004, m/s. 22.
  5. ^ Scherzer 2007, m/s. 194.

Bibliografi

  • MacDonogh, Giles (2007). After the Reich. New York: Basic Books. ISBN 978-0-465-00337-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wegmann, Günter (2004). Die Ritterkreuzträger der Deutschen Wehrmacht 1939–1945 Teil VIIIa: Panzertruppe Band 1: A–E [The Knight's Cross Bearers of the German Wehrmacht 1939–1945 Part VIIIa: Panzer Force Volume 1: A–E] (dalam bahasa German). Bissendorf, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2322-1.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
Pegawai tentera
Didahului oleh
Generaloberst Karl-Adolf Hollidt
Panglima 52. Infanterie-Division
September 8, 1939 – Oktober 5, 1940
Diikuti oleh:
Generaloberst Lothar Rendulic
Didahului oleh
General der Panzertruppe Wilhelm Ritter von Thoma
Panglima 17. Panzer-Division
September 15, 1941 – November 11, 1941
Diikuti oleh:
Generalleutnant Rudolf-Eduard Licht
Didahului oleh
Generaloberst Rudolf Schmidt
Panglima XXXIX. Panzerkorps
November 11, 1941 – November 30, 1942
Diikuti oleh:
General der Artillerie Robert Martinek
Didahului oleh
diwujudkan
Panglima Tentera Darat Ke-5 Panzer
Disember 8, 1943 - Mac 10, 1943
Diikuti oleh:
General der Panzertruppe Gustav von Vaerst
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Erwin Rommel
Panglima Heeresgruppe Afrika
Mac 10, 1943 – Mei 13, 1943
Diikuti oleh:
dibubarkan

Page Modul:Sister project links/bar/styles.css has no content.