Ekonomi Vietnam

Ekonomi Vietnam
Bandaraya Ho Chi Minh merupakan pusat perdagangan Vietnam
Mata wangDong Vietnam
Tahun fiskalTahun kalendar
Pertubuhan perdaganganAFTA, WTO, APEC, ASEAN, FAO
Perangkaan
KDNK$ 1047 ( GDP PPP) 10, 754( PPP percapita)
Pertumbuhan KDNK5.54% (2013 Q3)
KDNK per kapita$3497 (nominal, 2020 est.)[1] $ 10, 754 (PPP, 2020 est.)[1]
KDNK mengikut sektorAgriculture: 21.6%, industry: 40.8%, services: 37.6% (2012 est.)
Inflasi (CPI)5.78% (November 2013)
Populasi
dibawah garis kemiskinan
11.3% (2012 est.)
Pekali Gini37 (2004)
Tenaga buruh49.18 juta (2012 est.)
Tenaga buruh mengikut pekerjaanPertanian: 48%, Industri: 21%, Perkhidmatan: 31% (2012 est.)
Pengangguran2.22% (Oktober 2013)
Industri utamaSawah padi, kopi, getah, kapas, teh, lada hitam, kacang soya, cashews, tebu, kacang, pisang, ayam, ikan, makanan laut
Dagangan antarabangsa
Eksport$109.4 juta (2012 est.)
Barangan yang dieksportpakaian, kasut, barangan laut, minyak mentah, eletronik, barangan kayu, beras, jentera
Rakan dagangan eksport utama Amerika Syarikat 17.0%
 Republik Rakyat China 12.9%
 Jepun 12.0%
 Korea Selatan 4.6%
 Jerman 4.4%
 Malaysia 4.2% (2012 est.)[2]
Import$109.6 juta (2012 est.)
Barangan yang diimportjentera dan barangan petrolium, keluaran keluli, bahan mentah bagi industri pakaian dan kasut, eletronik, plastik, kereta
Rakan dagangan import utama Republik Rakyat China 27.2%
 Korea Selatan 12.7%
 Jepun 8.5%
 Singapura 8.3%
 Thailand 5.3%
 Hong Kong 5.2% (2012 est.)[3]
Kewangan awam
Hutang awam50.4% of GDP (2012)[1]
Hasil negara$42.14 juta (2012 est.)
Perbelanjaan$47.57 juta (2012 est.)
Bantuan ekonomi$2.8 juta dijanjikan (2000)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Keangnam Hanoi Landmark Tower, bangunan tertinggi di Vietnam

Pada 2012, KDNK nominal Vietnam mencapai AS$138 bilion dengan KDNK per kapita nominal sebanyak $1,527.[4] Menurut ramalan Goldman Sachs pada 2005, ekonomi Vietnam akan menjadi ekonomi yang ke-21 terbesar di dunia menjelang 2025 dengan anggaran KDNK nominal sebanyak $436 bilion dan KDNK per kapita nominal sebanyak $4,357.[5] Menurut ramalan 2008 oleh PricewaterhouseCoopers, Vietnam mungkin menjadi ekonomi memuncul yang paling cepat membangun pada 2025 dengan potensi kadar pertumbuhan hampir 10% setahun dari segi dolar sebenar.[6] Pada 2012, HSBC meramal bahawa jumlah KDNK Vietnam akan melampaui KDNK bagi Norway, Singapura dan Portugal menjelang 2050.[7]

Dalam sebahagian besar sejarahnya, Vietnam merupakan sebuah tamadun yang tertumpu pada pertanian berasaskan padi. Juga terdapat industri perlombongan bauksit, iaitu bahan yang penting untuk menghasilkan aluminium. Ekonomi Vietnam rata-ratanya dibentuk oleh Parti Komunis Vietnam menerusi Pelan-Pelan Lima Tahun yang dilakukan pada sesi pleno oleh Jawatankuasa Pusat dan kongres-kongres kebangsaan.

Pengkolektifan ladang, kilang dan barang model dilakukan dalam memantapkan perancangan pusat dengan jutaan orang yang bekerja dalam perusahaan milik negara. Ekonomi Vietnam dibelenggui oleh kurangnya kecekapan dan rasuah dalam perusahaan milik negara, kekurangan kualiti dan pengeluaran, serta sekatan ke atas kegiatan ekonomi, di samping juga menerima kesan daripada sekatan perdagangan pasca perang yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah. Semua itu diburukkan lagi oleh kejatuhan blok Soviet yang termasuk rakan-rakan dagang utama Vietnam pada akhir 1980-an.

Pada 1986, Kongres Kebangsaan Keenam Parti Komunis memperkenalkan pembaharuan ekonomi market berpaksikan sosialis dalam dasar yang bergelar Đổi Mới. Pemilikan swasta digalakkan dalam sektor industri, perdagangan dan pertanian, sementara perusahaan milik negara distrukturkan semula untuk dikendalikan dalam batas-batas pasaran.[8] Atas berkat pembaharuan inilah Vietnam mencapai pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 8% dari 1990 hingga 1997, kemudian sekitar 7% dari 2000 hingga 2005, menjadikan Vietnam salah sebuah ekonomi paling cepat tumbuh di dunia. Pertumbuhan kekal mantap biarpun menghadapi kemelesetan global akhir 2000-an, bertahan pada 6.8% pada 2010, tetapi kadar inflasi Vietnam tahun ke tahun mencapai 11.8% pada Disember 2010, menurut anggaran GSO. Mata wang đồng diturunkan nilai tiga kali dalam 2010 sahaja.[9]

Sawah padi beteres di lembah Sa Pa

Industri pembuatan, teknologi maklumat dan teknologi tinggi kini membentuk sebahagian besar dan pesat dalam ekonomi negara. Biarpun Vietnam baharu menceburi industri minyak, kini ia merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah keluaran tahun 2011 sebanyak 318,000 barrels per day (50,600 m3/d).[10] Pada 2010, Vietnam menjadi pengeluar petroleum mentah kelapan terbesar di rantau Asia-Pasifik.[11]

Kemiskinan tegar, iaitu peratusan penduduk yang hidup di bawah takat $1 sehari, banyak menurun di Vietnam. Kini kadar kemiskinan kurang berbanding China, India, dan Filipina.[12] Penurunan kadar kemiskinan ini boleh dikatakan berkat daripada dasar-dasar ekonomi saksama yang bertujuan meningkatkan taraf hidup dan mencegah meluasnya jurang ekonomi; dasar-dasar ini termasuklah pengagihan tanah sama-rata pada tahap-tahap awal rancangan Đổi Mới, pelaburan di kawasan pedalaman yang miskin serta membiayai sektor pendidikan dan kesihatan dengan subsidi.[13] Menurut IMF, kadar pengangguran di Vietnam berada pada 4.46% pada 2012.[4]


Perdagangan

Saigon Trade Center, antara pencakar langit terawal yang dibina di Bandaraya Ho Chi Minh setelah pembaharuan Doi Moi.

Sejak awal 2000-an, Vietnam melaksanakan liberalisasi perdagangan berturut-turut, iaitu pendekatan dua arah yang membuka sesetengah sektor kepada pasaran global sambil melindungi yang lain.[13][14] Pada Julai 2006, Vietnam mengemaskinikan perundangan harta intelek untuk mematuhi TRIPS. Vietnam semakin bersepadu dengan ekonomi dunia, khususnya sejak usahanya untuk meliberalkan ekonomi membolehkan Vietnam untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia pada 2007.[15] Sektor pembuatan dan perkhidmatan masing-masing menyumbangkan 40% kepada KDNK, tetapi hampir setengah jumlah guna tenaga (48%) masih bergiat dalam pertanian. Diunjurkan bahawa sejuta orang pekerja setahun, daripada sejumlah 51.3 juta orang pada 2010, akan terus meninggalkan sektor pertanian untuk sektor lain dalam masa akan datang.[16][15] Vietnam kini salah sebuah ekonomi yang paling terbuka di Asia: perdagangan dua hala bernilai sekitar 160% daripada KDNK pada 2006, lebih daripada dua kali nisbah semasa bagi China dan lebih empat kali nisbah bagi India.[17] Antara rakan dagang utama Vietnam ialah China, Jepun, Australia, negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat dan Eropah Barat.

Jabatan kastam Vietnam melaporkan pada Julai 2013 bahawa jumlah nilai perdagangan barang dagangan antarabangsa bagi suku pertama 2013 ialah AS$124 bilion, iaitu 15.7% lebih tinggi daripada tempoh sama pada 2012. Telefon bimbit dan alat-alatannya diimport dan dieksport secara besar-besaran, sementara dalam pasaran sumber alam, minyak mentah merupakan eksport tertinggi sementara besi dan keluli diimport banyak-banyak pada tempoh berkenaan. AS merupakan negara yang membeli jumlah eksport Vietnam yang terbesar, sementara barangan China paling banyak diimport oleh Vietnam.[18]

Ekoran beberapa tindakan pembaharuan tanah, Vietnam telah menjadi pengeksport utama produk pertanian. Kini Vietnam merupakan pengeluar kacang gajus terbesar di dunia dengan satu pertiga bahagian pasaran dunia; pengeluar lada hitam terbesar dengan satu pertiga pasaran dunia; dan juga pengeksport beras kedua terbesar di dunia selepas Thailand. Vietnam ialah pengeksport kopi kedua terbesar di dunia.[19]

Vietnam mempunyai kadar penggunaan tanah terbesar bagi tanaman kekal daripada semua negara Subkawasan Mekong Raya, iaitu 6.93%. Eksport utama lain termasuk teh, getah, dan hasil perikanan. Namun begitu, sumbangan pertanian kepada KDNK Vietnam makin berkurangan dari 42% pada 1989 kepada 20% pada 2006, ekoran berkembangnya pengeluaran dalam sektor lain.

Pada 2014, Vietnam merundingkan perjanjian perdagangan bebas bersama Kesatuan Eropah untuk mencapai Sistem Keutamaan Am yang memberikan akses keutamaan bagi negara membangun ke dalam pasaran Eropah menerusi tarif rendah.[20]

Vietnam merupakan anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang membentuk pasaran bersama Komuniti ASEAN pada 2015.[15]


Rujukan

  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama imf1
  2. ^ "Export Partners of Vietnam". CIA World Factbook. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-02. Dicapai pada 2013-07-23.
  3. ^ "Import Partners of Vietnam". CIA World Factbook. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-06. Dicapai pada 2013-07-23.
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama imf2
  5. ^ "The Vietnamese Stock Market" (PDF). Financial Women's Association of New York. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-05. Dicapai pada 7 May 2010.
  6. ^ "Vietnam may be fastest growing emerging economy" (Siaran akhbar). PricewaterhouseCoopers. 12 March 2008. Dicapai pada 20 October 2011.
  7. ^ "Vietnam to be listed among top economies by 2050: HSBC". Tuổi Trẻ News. 14 January 2012. Retrieved 18 April 2012. Diarkibkan 16 Januari 2012 di Wayback Machine
  8. ^ Vuong, Quan-Hoang; Tran, Tri-Dung (2009). "The cultural dimensions of the Vietnamese private entrepreneurship". Icfai Journal of Entrepreneurship Development, Vol. VI, Nos. 3 & 4 (September & December 2009), pp. 54–78. Icfai University Press via SSRN. Retrieved 4 October 2012.
  9. ^ "Vietnam 2010 growth fastest in three years – Vietnam Banking Finance News". Vietfinancenews.com. 29 December 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 January 2011. Dicapai pada 6 August 2011.
  10. ^ "Vietnam". United States Energy Information Administration. 2011. Dicapai pada 6 November 2012.
  11. ^ Fong-Sam, Yolanda (August 2012) "Vietnam" in 2010 Minerals Yearbook. USGS. Diarkibkan 2 Mac 2013 di Wayback Machine
  12. ^ Economy of Vietnam Diarkibkan 2010-12-28 di Wayback Machine. CIA World Factbook. Updated 21 September 2012. Retrieved 4 October 2012.
  13. ^ a b Vandemoortele, Milo; Bird, Kate (2010). "Viet Nam's Progress on Economic Growth and Poverty Reduction: Impressive improvements". London: Overseas Development Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-14. Dicapai pada 2018-05-15.
  14. ^ Vandemoortele, Milo (2010). "The MDG fundamentals: improving equity for development". London: Overseas Development Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-15. Dicapai pada 2018-05-15.
  15. ^ a b c UNESCO Science Report: towards 2030 (PDF). Paris: UNESCO. m/s. 723–724. ISBN 978-92-3-100129-1.
  16. ^ Economist Intelligence Unit (2012). Skilled Labour Shortfalls in Indonesia, the Philippines, Thailand and Viet Nam. London: Report for British Council.
  17. ^ Vietnam Vrooooom: Asia's second-fastest-growing economy takes the global stage. CNN Money. 13 November 2006.
  18. ^ "Developments and trends of Vietnam international merchandise trade in June and the first half of 2013". Vietnam Customs. General Department of Vietnam Customs. 23 July 2013. Dicapai pada 31 July 2013.
  19. ^ "How Vietnam became a coffee giant – BBC News". bbc.com.
  20. ^ "Vietnam-EU free trade agreement set to fire". Vietnam Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-19. Dicapai pada 19 May 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Read other articles:

Hohenau Lambang kebesaranLetak Hohenau NegaraJermanNegara bagianBayernWilayahNiederbayernKreisFreyung-GrafenauSubdivisions20 ortsteilPemerintahan • MayorEduard Schmid (CSU)Luas • Total43,12 km2 (1,665 sq mi)Ketinggian804 m (2,638 ft)Populasi (2013-12-31)[1] • Total3.326 • Kepadatan0,77/km2 (2,0/sq mi)Zona waktuWET/WMPET (UTC+1/+2)Kode pos94545Kode area telepon08558Pelat kendaraanFRGSitus webwww.hohenau....

 

Newspaper in Santa Barbara, California Santa Barbara News-PressTypeDaily newspaperFormatBroadsheetOwner(s)Ampersand PublishingPublisherWendy P. McCaw,Arthur von CheesenburgerFoundedMay 30, 1868Ceased publicationJuly 21, 2023Headquarters715 Anacapa StreetSanta Barbara, California, U.S.Websitenewspress.com The Santa Barbara News-Press was a broadsheet newspaper based in Santa Barbara, California. It was founded in 1868 as the Post and merged with the rival News to form the News-Press in 1932. ...

 

Isolotto RomaGeografia fisicaLocalizzazionemar Tirreno Coordinate41°11′47″N 9°23′48″E / 41.196389°N 9.396667°E41.196389; 9.396667Coordinate: 41°11′47″N 9°23′48″E / 41.196389°N 9.396667°E41.196389; 9.396667 ArcipelagoArcipelago di La Maddalena Altitudine massima20 m s.l.m. Geografia politicaStato Italia Regione Sardegna Provincia Sassari CartografiaIsolotto Roma   voci di isole d'Italia presenti su Wikipedia ...

هذه مقالة غير مراجعة. ينبغي أن يزال هذا القالب بعد أن يراجعها محرر؛ إذا لزم الأمر فيجب أن توسم المقالة بقوالب الصيانة المناسبة. يمكن أيضاً تقديم طلب لمراجعة المقالة في الصفحة المخصصة لذلك. (أبريل 2020) يفتقر محتوى هذه المقالة إلى الاستشهاد بمصادر. فضلاً، ساهم في تطوير هذه المق...

 

MomentumKecuali karena kehilangan amat kecil akibat friksi dan transfer panas, momentum disimpan pada stik biliar. Ketika satu bola mengenai bola lain dan berhenti, semua momentumnya dipindahkan ke bola lainnya.Simbol umump, pSatuan SIkg m/s or N sDimensi SIMLT−1 Bagian dari seri artikel mengenaiMekanika klasik F → = m a → {\displaystyle {\vec {F}}=m{\vec {a}}} Hukum kedua Newton Sejarah Garis waktu Cabang Benda langit Dinamika Kinematika Kinetika Kontinuum Statika S...

 

BeauraingMunicipalityBeauraing centre BenderaLambang kebesaranLocation of Beauraing Negara BelgiaMasyarakatMasyarakat PrancisDaerahWalloniaProvinsiNamurArrondissementDinantPemerintahan • Wali KotaJean-Claude Maene (LDM) • Partai penguasaLDM - MRBLuas • Total174,63 km2 (6,743 sq mi)Populasi (2018-01-01)[1] • Total9.160 • Kepadatan0,52/km2 (1,4/sq mi)Kode pos5570-5574, 5576Kode NIS91013Kode ar...

Color evoked by a single wavelength of light in the visible spectrum This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Spectral color – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (December 2009) (Learn how and when to remove this message) A rainbow is a decomposition of white light into all of the spectral co...

 

Questa voce sull'argomento contee dell'Illinois è solo un abbozzo. Contribuisci a migliorarla secondo le convenzioni di Wikipedia. Contea di EffinghamconteaLocalizzazioneStato Stati Uniti Stato federato Illinois AmministrazioneCapoluogoEffingham Data di istituzione1831 TerritorioCoordinatedel capoluogo39°03′36″N 88°35′24″W / 39.06°N 88.59°W39.06; -88.59 (Contea di Effingham)Coordinate: 39°03′36″N 88°35′24″W / 39.06°N 88...

 

Mosque in Kashan, Iran Tabriziha MosqueReligionAffiliationShia IslamProvinceIsfahanLocationLocationKashan, IranMunicipalityKashanShown within IranGeographic coordinates33°59′04″N 51°26′53″E / 33.984558°N 51.448126°E / 33.984558; 51.448126ArchitectureTypeMosque The Tabriziha Mosque (Persian: مسجد تبریزی‌ها) is a historical mosque in Kashan, Iran. The mosque is located in Malek bazarche and belongs to the Qajar era. It was built by Mohammad Hoss...

Television content transmitted via signals in the air Air TV redirects here. For the anime, see Air (visual novel). Indoor rabbit ears antenna often used for terrestrial television reception. This model also has a loop antenna for UHF reception. Terrestrial television or over-the-air television (OTA) is a type of television broadcasting in which the content is transmitted via radio waves from the terrestrial (Earth-based) transmitter of a TV station to a TV receiver having an antenna. The ter...

 

Alaska Airlines ИАТАAS ИКАОASA ПозывнойALASKA Тип акционерное общество Дата основания 1932 Базовые аэропорты Международный аэропорт Сиэтл/Такома Хабы Международный аэропорт Сиэтл/Такома Международный аэропорт Анкоридж имени Теда Стивенса Международный аэропорт Портленд Междунар�...

 

Official declaration For the racehorse, see Proclamation (horse). Proclamation of King William III of the Netherlands regarding his accession, 1849 Handbill publishing the royal proclamation of King George I, dated 23 September 1715, for the discovery and apprehension of Sir William Wyndham, 3rd Baronet, the Jacobite leader A proclamation (Lat. proclamare, to make public by announcement) is an official declaration issued by a person of authority to make certain announcements known. Proclamati...

Eunola, AlabamaKotaNegara Amerika SerikatNegara bagianlbs Negara bagian AlabamaMontgomery (ibu kota)Topik Sejarah Geografi Orang Pemerintah Gubernur Wakil gubernur Kawasan Metropolitan Tempat wisata Landmark Nasional Bersejarah Wilayah Atlantic Coastal Plain Birmingham District Black Belt Central Alabama Cumberland Plateau Greater Birmingham Gulf Coastal Plain Lower Alabama Mobile Bay North Alabama Northeast Alabama Northwest Alabama Piedmont Ridge and Valley River Region South Alab...

 

Confederation of Native Americans For residents in the city of Wichita, see List of people from Wichita, Kansas. For other uses, see Wichita (disambiguation). Wichita Indians redirects here. For the baseball team, see Wichita Indians (baseball). Ethnic group Wichita and Affiliated TribesKitikiti'shTribal flagTotal population2,953[1] (2018)Regions with significant populationsUnited States (Oklahoma,formerly Kansas and Texas)LanguagesEnglish, formerly Wichita and KichaiReligionNative Am...

 

1991 video gameDeath Knights of KrynnCover art is based on the painting Lord Soth's Charge by Keith Parkinson.[1]Developer(s)Strategic SimulationsPublisher(s)Strategic SimulationsDirector(s)Victor PenmanDesigner(s)Ken HumphriesDave ShelleyArtist(s)Tom WahlWriter(s)Dave GovettComposer(s)George Alistair SangerDavid GovettSeriesGold BoxPlatform(s)Amiga, C64, MS-DOS, NEC PC-9801Release1991Genre(s)Role-playing video game, tactical RPGMode(s)Single-player Death Knights of Krynn is the secon...

Classe Type 42La HMS SouthamptonDescrizione generale TipoCacciatorpediniere Numero unità16 Proprietà Royal Navy (14) Armada de la República Argentina (2) Utilizzatore principale Royal Navy Entrata in servizio1975 Radiazione2013 (Royal Navy) Caratteristiche generaliDislocamento3850 (4775 lotto 3) t 4350 (5350 lotto 3) t (pieno carico) Lunghezza125,6m, (141.1 per i lotto 3) m Larghezza14.3 (14.9 lotto 3) m Pescaggio5,8 m Propulsioneconfigurazione COGOG (COmbined G...

 

Type of motorcycle Yamaha TRX850ManufacturerYamaha Motor CompanyAlso calledTRXParent companyYamaha CorporationProduction1995 (Japan only)1996–2000ClassCafé racer Sport bikeEngine849 cc (51.8 cu in) liquid-cooled 4-stroke 10-valve DOHC crossplane parallel-twinBore / stroke89.5 mm × 67.5 mm (3.52 in × 2.66 in)Top speed135 mph (217 km/h)[1]Power59 kW (79 hp) (claimed)[1][2]Torque85 N⋅m (63 l...

 

North American college athletics association National Association of Intercollegiate AthleticsNAIA headquarters in Downtown Kansas City, pictured in 2008AbbreviationNAIAFormation1940; 84 years ago (1940)Legal statusAssociationHeadquarters120 W. 12th Street, Suite 700 Kansas City, Missouri 64105[1]Region served United States, Canada, and U.S. Virgin IslandsMembership 241PresidentJim Carr[2]COOLynn ParmanMain organNAIA Council of PresidentsWebsitenaia.org The N...

This article includes a list of general references, but it lacks sufficient corresponding inline citations. Please help to improve this article by introducing more precise citations. (December 2012) (Learn how and when to remove this message) 54th Weather Reconnaissance Squadron 54th Weather Reconnaissance Squadron Lockheed WC-130 in flight[a]Active1944–1947; 1951–1960; 1962–1987Country United StatesBranch United States Air ForceRoleWeather ReconnaissanceNickname(s)Fir...

 

Der Artikel bedarf einer grundsätzlichen Überarbeitung: Geschichtliche Aspekte fehlen bislang ebenso komplett wie kritische, etwa zu Nichtwählern und Sperrklauseln. Bitte hilf mit, ihn zu verbessern, und entferne anschließend diese Markierung. Eine Verhältniswahl (in der Schweiz auch Proporzwahl oder kurz Proporz genannt) ist eine Wahl unter einem Wahlsystem, bei dem die Sitze möglichst genau in dem Verhältnis zugeteilt werden, in welchem abgestimmt wurde. Die am häufigsten benut...