Selepas kejatuhan Singapura ke dalam tangan Empayar Jepun pada 15 Februari 1942, pemerintahan tentera Jepun memperkenalkan mata-mata wang baharu sebagai ganti mata-mata wang yang digunakan dahulu di kawasan-kawasan Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei yang didudukinya. Mata wang baharu di Malaya dan Singapura dikeluarkan pada nilai yang sama dengan dolar Malaya dan diedarkan buat pertama kali pada tahun 1942. Sebagaimana dengan mata-mata wang yang dikeluarkan oleh Jepun di wilayah-wilayah yang lain yang didudukinya, penghuni tempatan dipaksa menggunakan jenis mata wang tersebut, dengan duit-duit syiling dahulu dibenarkan sehingga kekurangan duit syiling memerlukan pentadbiran Jepun mengeluarkan nota terbitan juga untuk sen.
Pemerintahan tentera Jepun mencetak nota-nota bank dengan sewenang-wenangnya apabila wang diperlukan. Ini mengakibatkan hiperinflasi serta susut nilai duit pisang yang dahsyat. Tambahan lagi, pemalsuan nota bank menular, akibat ketiadaannya nombor siri dalam banyak nota duit pisang. Inflasi yang semakin meningkat, bersama-sama dengan gangguan ekonomi Jepun oleh Pihak Berikat akhirnya memaksa pentadbiran Jepun mengeluarkan nota bank dalam jenis mata wang yang lebih besar serta menambahkan jumlah wang dalam edaran.[1] Kejatuhan nilai duit pisang yang mendadak serta kenaikan harga barang-barangan seringnya berlaku selepas penewasan-penewasan Jepun dalam pertempuran di luar negeri.[1]
Selepas penyerahan Jepun, duit pisang langsung tidak bernilai dan sehingga hari ini, kerajaan Jepun enggan menukarkannya. Sesetengah orang tempatan berjaya mengelakkan kemiskinan kerana mereka menyembunyikan dolar Selat dan dolar Malaya yang merupakan mata-mata wang yang digunakan sebelum serangan Jepun. Oleh itu, mereka yang mempunyai dolar lama itu dapat menggunakannya sejurus selepas pihak British menyambung semula penguasaan Singapura dan tanah-tanah jajahan yang berhampiran. Sebilangan nota bank duit pisang dicap sebagai kenang-kenangan perang, dengan penggunaannya sebagai kertas bercetak untuk kalendar asas pada 1946 juga dicatat.[1]
Nilai duit pisang pada masa ini sebagai barang pengumpul tidak tetap dan bergantung kepada keadaannya, kewujudan nombor siri, penggunaan kertas tenun, serta penggunaannya sebagai spesimen.[1] Nota-nota yang tidak memilik nombor siri masih bernilai tetapi nilainya adalah lebih rendah daripada nilai tercetak, manakala versi-versi yang lebih jarang ditemui adalah lebih tinggi daripada nilai tercetaknya, kekadangnya sebanyak banyak kali.[1] Nota-nota yang dicap sebagai kenang-kenangan perang kini jarang ditemui, manakala nota-nota dengan cetak tindan kalendar 1946 bernilai lebih kurang RM3,000 pada September 2006.[1]
Risalah-risalah bersaiz 10 dolar dengan cetak tindan nota bank 10 dolar di bahagian depan pernah digugurkan dari udara oleh angkatan tentera British semasa pendudukan Jepun sebagai amaran kepada penduduk bahawa duit-duit pisang itu tidak akan bernilai jika Jepun ditewaskan.[1] Ketakutan dalam kalangan penduduk terhadap pemilikan risalah tersebut menyebabkan risalah-risalah itu kini jarang ditemui dan oleh itu, nilainya sekarang adalah tinggi (dianggarkan bernilai RM3,000 pada September 2006).[1]
Nota bank
Mata wang pendudukan Jepun dikeluarkan hanya dalam bentuk nota bank, termasuk sen. Nota-nota itu mengekalkan sesetengah ciri yang biasa didapati dalam mata-mata wang yang dahulu, misalnya penggunaan nama mata wang dolar dan sen tetapi tanpa simbol mata wang masing-masing ($ dan ¢). Bagaimanapun, bahasa-bahasa yang digunakan dihadkan kepada bahasa Inggeris dan bahasa Jepun pada birai bawah nota-nota itu. Setiap nota mempunyai reka bentuk bahagian depan dan bahagian belakang yang berbeza tetapi mengekalkan reka letak yang serupa. Ia bertujuan untuk diedarkan di Malaya, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara, dengan nota-nota itu ditandakan dengan huruf besar bercap yang bermula dengan "M" untuk "Malaya".[1]
1, 5, dan 10 dolar (1942)
Siri pertama nota-nota bank pada asalnya merupakan jenis mata wang yang lebih rendah, iaitu 1, 5, dan 10 dolar, yang dikeluarkan pada tahun 1942. Setiapnya mempunyai reka bentuk bahagian depan dan bahagian belakang yang tidak sama tetapi mengekalkan reka letak yang serupa, dengan bahagian depan menonjolkan ilustrasi tanaman ladang. Nota-nota 10 dolar tambahan dicetak pada tahun 1944.
Sen (1942)
Pada September 1942, nota mata wang yang tidak bernombor siri dikeluarkan dalam jenis mata wang1, 5, 10 dan 50 sen sebagai tindak balas kepada kekurangan duit syiling lama.[1] Nota-nota sen itu mempunyai reka bentuk yang lebih mudah dan tidak menonjolkan tanaman ladang di bahagian depannya, kecuali nota 50 sen. Nota-nota itu juga lebih kecil saiznya daripada nota dolar.
100 dan 1000 dolar (1944)
Keadaan ekonomi yang semakin merosot pada tahun-tahun yang berikut memaksa pemerintahan tentera Jepun mula mencetak nota dengan jenis mata wang 100 dan 1,000 dolar yang lebih besar pada tahun 1944.[1] Nota dolar 100 dolar dicetak dengan dua versi yang amat berbeza, manakala nota 1,000 dolar hanya disediakan dalam satu versi. Illustrasi pada nota-nota menumpukan kehidupan luar bandar. Nota 100 dan nota 1,000 dolar itu merupakan nota-nota baharu yang terakhir yang diperkenalkan sebelum penyerahan Empayar Jepun pada Ogos 1945.
Isu lengkap wang penjajahan Jepun - Tanah Melayu dan Borneo (1942-45)
Isu lengkap tahun 1942-45 duit penjajahan Jepun (Tanah Melayu dan Borneo)
K: Pokok pisang, pokok jambu batu dan pokok kelapa, diapit oleh pokok kelapa dari kiri dan kanan E: Pantai menghadap ke laut dengan kapal moden di kaki langit
^ abcRekod blok denominasi yang lebih rendah tidak dilaporkan, tetapi ia wujud dalam dua format: pecahan (satu blok lebih besar darpada dua huruf yang sedikit lebih kecil) dan dua blok padanan (seperti yang dilaporkan untuk nota denominasi yang lebih tinggi).[2]
Rujukan
^ abcdefghijkBoon, K.N. (2006). T. Thiruchelvam (penyunting). Malaysia Banknotes & Coins (1786-2006): A Complete Educational Reference (ed. 3rd Edition). Trigometric Sdn Bhd. ISBN983-43313-0-4. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |chapterurl=, |origdate=, dan |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan); |edition= has extra text (bantuan)
Digantikan dengan: Dolar Sarawak Lokasi:Sarawak, Malaysia kini Alasan: Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia II. Nisbah: Mata wang pendudukan menjadi tidak bernilai. Nilai mata wang prapendudukan dipulihkan.
Digantikan dengan: Dolar Borneo Utara British Lokasi:Sabah, Malaysia kini Alasan: Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia II. Nisbah: Mata wang pendudukan menjadi tidak bernilai. Nilai mata wang prapendudukan dipulihkan.