Disney Channel ini dilancarkan pada 28 Februari 2003, dan tersedia secara eksklusif melalui platform satelit Viasat (Sirius 4). Kemudian pada tahun itu, ia menjadi tersedia dalam rangkaian kabel digital, seperti Com Hem Sweden.
Pada 2003, saluran ini memohon lesen untuk siarkan di rangkaian Swedish Digital Terrestrial Television. Mereka antara saluran yang disarankan oleh Swedish Radio dan TV Authority, dan kerajaannya memberikan Disney Channel suatu lesen siaran pada 29 Januari 2004. Siaran darat dimulakan pada 15 Februari melalui platform Boxer TV Access. Kemudian selepas itu, saluran ini menyambut ulang tahun pertamanya dengan menjatuhkan penyulitan untuk suatu Sabtu dan Ahad.
Pada 1 Ogos 2005, saluran ini tersedia kepada pelanggan platform satelit Canal Digital (Thor 2). Secara serentak, saluran saudaranya dipanggil Toon Disney dilancarkan. Saluran saudara ketiga, Playhouse Disney, dilancarkan pada 1 Oktober 2006.
Pada musim luruh 2009, saluran ini mula siarkan penghasilan asli pertamanya. Antaranya merupakan sitcom dipanggil Når klokkerne ringer dihasilkan oleh syarikat penghasilan Denmark Nobody dan pertandingan muzik My Camp Rock dihasilkan oleh Titan Television.[2]
Saluran ini menyasarkan terutamanya kanak-kanak dan keluarganya, menyiarkan siri televisyen Disney sepanjang hari. Filem Disney juga merupakan bahagian penting dalam campurannya.
Pada sekitar pelancarannya, saluran ini pada asalnya hanya menyiarkan rancangan animasi. Kebanyakannya bukan Disney Channel Original Series (Seperti dipanggil di AS). Live-action pertama disiarkan pada 2005 merupakan Smart Guy.
Tapak Sesawang
Tapak sesawang Disney Channel Skandinavia mempunyai permainan seperti di Amerika. Pada 2006, Disney Channel Skandinavia hentikan permainan Halloween di tapak sesawang mereka kerana berkongsi dengan Afrika Selatan, kerana mereka tak menyambut Halloween di sana. Pada 2007, Disney Channel di Skandinavia menambah video di tapak sesawang mereka, hanya Skandinavia sahaja boleh menontonnya kerana tidak tersedia di negara lain. DC Skandinavia membawa semula episod dan filem bertemakan Halloween pada Oktober 2011.
Di Sweden, ia tersedia melalui rangkaian DTT melalui Multiplex 3 pada Februari 2004. Ia juga tersedia di Kepulauan Faroe.
Ia dilancarkan di Finland melalui Canal Digital pada April 2006. Saluran ini tersedia pada siang hari antara 7 a.m. dengan 5 p.m.[3] Kini, saluran ini disiarkan sehingga 6 p.m., dengan Urheilu+kanava menyiarkan pada waktu malam. Saluran ini tidak tersedia di Turku. Canal Digital pindahkan siaran daratan Disney Channel ke PlusTV pada Oktober 2008.[4]
Pada September 2007, pakej televisyen darat digital dilancarkan di Norway dengan Disney Channel disiarkan melalui RiksTV.
Pada 1 November 2009, saluran ini dilancarkan melalui rangkaian darat di Denmark melalui Boxer TV A/S.[5]