Beliau kini sedang menyambung ijazah peringkat kedoktoranPengajian Islam di Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah. Beliau membuat kajian berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi kehadiran berterusan pelajar ke Program Pengajian Agama Islam (Tafaqquh Fiddin) Negeri Pahang. Analisis dilakukan menggunakan Descriptive Statistics (termasuk penyaringan data untuk min, peratus, minimum, maksimum dan sisihan piawai) dan Statistik Inferensi (Least Square Regression) dengan menggunakan teknik Equation Modelling (SEM). Teknik SEM yang digunakan adalah berdasarkan Variance Based SEM, menggunakan perisian SmartPLS 4.0 dan IBM SPSS.
Banyak keratan ceramah beliau menjadi tular dan disebarkan menerusi media sosial yang lain. Antara yang paling diingati adalah petikan ceramah beliau yang disampaikan pada 27 Oktober 2014 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing. Beliau telah menceritakan berkenaan rahsia simbol jata negeri Johor yang memaparkan dua ekor harimau bernama Dengkis and Tepok, yang mana menurut lagenda adalah harimau penjaga negeri Johor. Audio ceramah tersebut telah tular pada bulan Mac 2015 dan kini telah ditonton lebih dari 111,635 kali.[7]
Penampilan di radio
Badli Shah memulakan kariernya sebagai penyampai radio pada 3 November 2000, menerusi stesen radio Pahang FM 104.1 FM yang berpangkalan di Kuantan, Pahang. Selanjutnya Badli Shah sering muncul menerusi rancangan keagamaan di radio Nasional FM, Radio Klasik, Terengganu FM, Kelantan FM, Perak FM, Johor FM, Best FM, Fuyoo FM dan Warna FM Singapura 94.2FM (94.2FM). Penampilannya di IKIM fm 91.5 MHz menerusi rancangan Motivasi Pagi mencetuskan fenomena baharu. Rancangan motivasi yang bersiaran selama 10 minit ini memulakan siarannya pada bulan April 2014, dan bersiaran dari hari Isnin – Jumaat dari jam 7.30 pagi – 7.40 pagi. Atas sambutan yang menggalakkan, pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia pada tahun 31 Disember 2016 telah menerbitkan program ini dalam bentuk Kompilasi Digital.[8][9] Pada tahun 2017, Institut Kefahaman Islam Malaysia dengan kerjasama Galeri Ilmu Sendirian Berhad telah menerbitkan sebuah buku yang memuatkan rakaman audio program Motivasi Pagi dan diberi judul "Segelas Air Segenggam Kopi"[10][11]
Penampilan di televisyen
Badli Shah sering ke udara di beberapa stesen televisyen seperti TV1, TV3, TV9, TV al-Hijrah, Astro Oasis dan Astro Maya. Karier beliau sebagai penyampai televisyen bermula pada Disember 2001 sebagai penyampai dalam rancangan Muhasabah Diri yang bersiaran pada waktu tengah malam di TV1. Selepas itu, beliau diberi peluang menjadi tetamu dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam TV1 yang bersiaran di Bentong, Pahang pada 28 Mac 2002 bersempena dengan pilihanraya kecil DUN Ketari 2002.
Kemudian pada 6 Jun 2013, beliau diundang bersama Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, Dato’ Mohd. Kazim Elias al-Hafiz dan Don Danial bin Don Biyajid menyampaikan tajuk “Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Mendaulatkan Institusi Diraja”.[15]
Pada 12 Jun 2014, beliau sekali lagi diundang ke Istana Negara bersiaran secara langsung bersama Dato’ Mohd. Kazim Elias al-Hafiz dan Datuk Dr. Norhafizah binti Musa membawakan tajuk “Inspirasi Amirul Mukminin”.[16][17]
Semasa era pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Badli Shah sekali lagi diundang ke Istana Negara pada 11 Januari 2024 untuk bersiaran menerusi rancangan Forum Perdana Ehwal Islam TV1 bersama dengan Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Izhar Ariff bin Mohd. Kashim, Prof. Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail dan Tuan Haji Zakaria bin Osman membawakan tajuk “Institusi Diraja, Penyatuan Ummah” [20][21][22][23]
Selain Forum Perdana Ehwal Islam, Badli Shah juga terlibat menjadi tetamu dalam rancangan "Salam Baitullah",[24]Al-Bayan dan Ad-Deen. Pada 15 Februari 2010, beliau diundang menjadi juri tetap rancangan realitiAdik-Adikku Musim pertama dan seterusnya pada 15 Mac 2011 sekali lagi dipilih sebagai juri tetap untuk musim kedua.[25][26]
TV3 dan TV9
Selain di TV1, Badli Shah juga sering muncul menjadi tetamu di beberapa rancangan lain di TV3 dan TV9 seperti rancangan “Al-Kuliyyah”, “Bismillah”, “Al-Hidayah”, “Motivasi Pagi”, juri jemputan “Da'i: Pendakwah Milenia”,[27][28] “Keluarga di 9”, “Tanyalah Ustaz” dan “Semanis Kurma”. Pada 28 Disember 2006, beliau diundang sebagai juri rancangan televisyen realiti “Cari Menantu Musim Pertama” bersama dengan Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh dan Dato’ Yusof bin Hussain. Selain itu, beliau turut diundang menjadi pengacara tetap rancangan “Muqaddimah” (program motivasi pagi) yang bersiaran mulai tahun 2009 – Disember 2010. Selain mengacarakan rancangan “Muqaddimah”, Badli juga mengacarakan rancangan mingguan bertajuk “Halaqah: Akar Tradisi Ilmu” dan “Halaqah: Sentuhan Kalbu” yang bersiaran mulai 25 Jun 2009 – 13 Disember 2013.
TV al-Hijrah
Penglibatan beliau dengan TV al-Hijrah bermula pada 28 September 2010 apabila ditawarkan menjadi penyampai dalam rancangan “Muhasabah Diri” sebanyak 5 episod. Selepas itu pada 18 Mei 2011, Badli Shah ditawarkan menjadi pengacara oleh TV al-Hijrah menerusi rancangan “Madrasah Syariah” yang bersiaran sehingga 27 Julai 2011. Pada 5 Jun 2013, Badli Shah ditawarkan pula sebanyak 26 episod menjadi pengacara rancangan “Cinta Ilmu: Fiqh dan Syariah Musim ke-3”. Mulai 24 Oktober 2013, beliau mengacarakan pula siaran “Cinta Ilmu: Akidah dan Falsafah Musim ke-4” dan segmen “Tanda-Tanda Kiamat” mendapat sambutan yang baik ketika itu. Beliau menggunakan kitab اشراط السّاعة karangan Dr. Yusuf ibn Abdullah ibn Yusuf al-Wabil.[29] Pada bulan Ogos 2015, beliau meneruskan program “Cinta Ilmu: Akidah dan Falsafah” dengan mengajar pula kitab “Biografi Malaikat” karangan Rachmat Ramadhana al-Banjari. Selepas itu pada bulan Januari 2016 beliau menyambung pula kitab “Tanda-Tanda Orang Munafik Dalam Al-Quran”, tulisan Dr. Muhammad Yusuf Abdou bin Hussin. Selepas 26 episod, pada bulan Jun 2016, beliau menyambung pula mengajar kitab “Dosa-Dosa Besar” (The Book of Major Sins) tulisan Imam az-Zahabi dan ditahqiq oleh Abu Hafs, Sayyid ibn Ibrahim ibn Sadiq ibn Imran.[30] Selepas tamat 36 episod, rancangan ini ditamatkan siarannya pada bulan Jun 2016. Selain itu, Badli Shah turut diundang dalam rancangan “Al-Cuit Sikit” yang dihoskan oleh Dato’ Afdlin Shauki. Program 13 episod ini memulakan siarannya pada 9 Jun 2013.[31]
Astro Oasis dan Astro Maya
Pada bulan Jun 2016, Astro Oasis telah mengundang Badli Shah mengendalikan 13 episod program bertajuk “Tafsir Mimpi” yang dihoskan bersama Nabil Ahmad. Pada bulan Oktober 2017, Astro Oasis mengumumkan bahawa Badli Shah akan dilantik sebagai Pengetua rancangan realiti “Pencetus Ummah Musim ke-4” bermula dari Oktober – November 2017.[32][33] Beliau sekali lagi berkolaborasi bersama Dato’ Afdlin Shauki dalam rancangan “Al-Faham Ke Idoq” yang bersiaran pada 7 Mac 2017. Selain itu juga, beliau sering diundang menerusi rancangan “Tazkirah Malam Jumaat”.[34]
Penerbitan terpilih
Rasulullah S.A.W, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2001) cetakan kedua tahun 2010
Kewajipan Mentaati Pemimpin, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2003)
Persada Hadis Pilihan, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2005)[35]
Islam Hadhari: Kekuatan Pertahanan, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2005)
Al-Quran Daripada Perspektif Golongan Orientalis: Satu Analisa dan Perbandingan, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2006)[36]
Junjungan Mulia S.A.W: Daripada Perspektif Agama Lain, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2006)[37]
Konsep Cegah Rintang (Deterrence) Pertahanan Negara, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2006)
Metodologi Tafsir al-Quran, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2007)[38]
Islam Disebarkan Dengan Mata Pedang: Menangkis Fitnah Terhadap Junjungan Mulia S.A.W, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2007)[39]
Islam dan Pemerintahan, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2008)
Pengurusan Ketenteraan Zaman Rasulullah S.A.W. dan Perbandingannya Dengan Dasar Pertahanan Negara, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2008)[40]
Pemurnian Sejarah: Umur Saidatina ‘Aishah Sewaktu Bernikah Dengan Rasulullah S.A.W, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2009)[41]
Hijrah dan Transformasi Ekonomi: Meninjau Sistem Pengurusan Kewangan Pentadbiran Rasulullah S.A.W di Madinah, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2010)
Pentadbiran Awam Di Bawah Pimpinan Rasulullah S.A.W, terbitan Jabatan Agama Islam Pahang (2011)
Seni Dalam Berdakwah, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. (2017)[42]
Segelas Air Segenggam Kopi, terbitan Galeri Ilmu (2017)[43]
Anugerah dan penghargaan
- Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (A.M.P.): 2008
- Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato': 2014
- Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Persekutuan): 2017