Ayam Brand ialah sebuah syarikat pemprosesan makanan yang diasaskan pada tahun 1892 di Singapura. Syarikat ini mengeluarkan lebih daripada 60 juta tin makanan setahun dan menggaji sekitar 1,000 orang pekerja. Produk utamanya tertumpu di dua pasaran tertentu:[1]
bahan masakan Baratditinkan seperti ikan-ikan sardin, tuna dan kembung, kacang pis dan kacang panggang di benua Asia,
bahan-bahan masakan Asia seperti kelapa, sos dan pes Asia untuk pasaran Barat termasuk Australia, New Zealand, Perancis dan United Kingdom.
Pada tahun 2007, satu tinjauan pengguna yang dilakukan oleh Synovate meletakkan Ayam Brand pada kedudukan ke-197 jenama terkenal di Asia, di atas nama-nama yang terkenal sperti Nissan, L'Oréal, Heinz, atau American Express.[2]
Sejarah
Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis telah mengasaskan Ayam Brand pada tahun 1892 di Singapura, yang mana pada waktu itu merupakan sebahagian daripada British Malaya iaitu A. Clouet & Co hasil pengambilalihan suatu syarikat cerutu daripada seorang peniaga senegara bernama Labarbe. Pada awalnya, perniagaan ini menumpukan kepada penjualan minyak wangi dan wain import serta bahan binaan, namun syarikat ini kemudiannya beralih kepada membekalkan makanan kepada kakitangan penjajah; Clouet khususnya mahu mendedahkan orang ramai kepada makanan bertin yang sukar didapati malah dianggap barangan mewah ketika itu[3][1]
Beliau melancarkan makanan sardin dalam tinnya dengan menggunakan gambar ayam jantan bagi menandakan mohor mutu tinggi - ayam jantan merupakan lambang negaranya dari zaman tanah asalnya ditakluk Rom Purba. Barangan bergambar ini kemudian ini diberi jolokkan "Cap Ayam" oleh peniaga dan pengguna tempatan. Maka, syarikat ini ditukar namanya kerana terkenalnya penjenamaan ini kepada Ayam Brand beberapa lama selepas barakhirnya Perang Dunia Pertama[1][4][3]
Pada tahun 1954, syarikat ini dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Frères.[5][6] Nama pengasas masih boleh didapati pada beberapa nama syarikat pengedaran seperti : A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd. untuk Malaysia, Clouet Trading Pte. Ltd. untuk Singapore or A. Clouet (Australia) Pty. Ltd. untuk Australia – New Zealand. Pemilik tunggal Ayam Brand adalah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Ayam S.A.R.L.
^The French in Singapore (1819-today), Edition Didier Millet Pte Ltd (2011) ISBN 978-981-4260-44-2
^Commerce et colonisation en Indochine (1860-1945): Les maisons de commerce françaises, un siècle d'aventure humaine Les Indes Savantes ISBN 2-84654-063-2
^The French in Singapore (1819-today), Edition Didier Millet Pte Ltd (2011) ISBN 978-981-4260-44-2