Aksara Rasyi atau aksara Sefardi (Ibrani: כְּתַב רַשִׁ״י, rumi: Ktav Rashicode: he is deprecated ) ialah sejenis muka taip untuk abjad Ibrani. Ia berdasarkan tulisan tangan dari abad ke-15 dan dinamakan sempena ulama Yahudi Rasyi, walaupun beliau hidup bertahun-tahun sebelum fon ini dicipta. Muka taip ini digunakan sebagai sampel oleh pencetak-pencetak Ibrani lama seperti Abraham Garton, keluarga Soncino, dan Daniel Bomberg dalam teks-teks agama versi mereka yang menyertakan ulasan, seperti Mikraot Gedolot dan Talmud, di mana ulasan Rasyi adalah penting.[1]
Sejarah
Apabila orang mula-mula mencipta fon untuk mesin cetak, mereka selalunya berdasarkan tulisan tangan sedia ada. Untuk pencetakan bahasa Ibrani, mereka menggunakan huruf blok untuk teks-teks penting seperti Alkitab. Tetapi untuk teks yang kurang penting seperti ulasan dan komen-komen rabai, gaya kursif daripada tradisi Sefardi digunakan, yang kemudiannya dipanggil muka taip Rasyi.[1]
Selain digunakan dalam bahasa Ibrani, abjad aksara Rasyi juga disesuaikan untuk menulis teks-teks bahasa Ladino dalam abjad Ibrani. Untuk melambangkan bunyi-bunyi frikatif tambahan dalam bahasa Ladino, huruf-huruf sedia ada diberikan tanda-tanda baca baharu. Daripada meletakkan tanda geresy di sebelah huruf, aksara Rasyi menghasilkan huruf-huruf baharu dengan meletakkan tanda sabit yang dipanggil rafe ⟨ﬞ◌⟩ terus pada huruf.[2] Dahulu, tulisan kursif yang dipanggil "solitreo" digunakan untuk tulisan tangan Ladino di Balkan dan Turki, di samping aksara Rasyi yang digunakan untuk mencetak.
Huruf-huruf Ladino yang dihasilkan dengan tanda rafe
^ abShurpin, Yehuda. "What Is Rashi Script and Where Did It Come From?". Chabad.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 17, 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "chabad" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza