Tifinagh (ejaan lama: ⵜⵊⵉⵏⵗ, ejaan baharu: ⵜⵉⴼⵉⵏⴰⵖ; Arab: تيفيناغcode: ar is deprecated tīfīnāgh, tulisan Rumi: Tifinaɣcode: ber is deprecated ) adalah suatu sistem tulisan berabjad huruf digunakan untuk menulis bahasa-bahasa dituturkan masyarakat Barbar[1] yang mendiami kawasan Afrika Utara.
Tulisan ini dibahagikan kepada dua kaedah:
Tifinagh Tuareg (ⵜⵊⵉⵏⵗ ⵜⵎⵛⵇ Tifinagh Tamasheq) digunakan dalam bahasa-bahasaTuareg di sekitar kawasan pertemuan sempadan Mali, Niger, Algeria, Libya dan Burkina Faso;
Cara penulisan ini tidak menekankan bunyi vokal lalu hanya bunyi konsonan asas sahaja yang diutamakan, ia boleh diibaratkan seperti tulisan bahasa Arab yang sering tidak bertanda harakat dalam kegunaan seharian luar bidang pembelajaran.
Sistem tulisan baharu
Kaedah baharu ini diperkenalkan pada tahun 1960 hasil kerja Akademi Barbar yang bersidang di Paris, Perancis mengambil ilham daripada cara tulisan puak-puak yang menduduk di Rif utara Maghribi dan Qaba'il di utara Algeria.
Beza ketaranya ada di mana ia turut menampilkan huruf berasingan mewakili bunyi vokal. Contohnya, nama "Wikipedia" itu sendiri ditulis mengikut nama bahasa setempat sebagai "ⵡⵉⴽⵉⴱⵉⴷⵢⴰ"[2]Wikibidya sedangkan sistem Tuareg mungkin akan menulis ia sebagai "ⵡⴽⴱⴷⵢ" atau Wkbdy jika dirumikan terus kembali.
^Bizari, Brahim. "Ecriture amazigh" (dalam bahasa French). Diarkibkan daripada yang asal pada April 5, 2001. Dicapai pada August 19, 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)