Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Januari 2019)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Jepun itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat {{Laman diterjemahkan|ja|明仁}} hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Inggeris itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat {{Laman diterjemahkan|en|Akihito}} hendaklah ditambah pada laman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepada hak cipta.
Akihito (明仁code: ja is deprecated , Japanese: [akiçito]; keputeraan 23 Disember 1933) bertakhta sebagai Maharaja Jepun ke-125 menurut susunan pewarisan tradisional, dari 7 Januari 1989 sehinggalah penurunan takhta baginda pada 30 April 2019. Baginda naik takhta Takhta Bunga Kekwa sejak kemangkatan paduka ayahanda baginda, Maharaja Shōwa (Hirohito). Sejak penurunan takhta disebabkan oleh lanjut usia dan kegeringan,[1] baginda menjadi Begawan Maharaja Jepun. Baginda telah diganti pada 1 Mei 2019 oleh paduka putera sulung baginda, Naruhito.
Biografi
Maharaja Akihito diputerakan di Istana Maharaja Tokyo, Tokyo, Jepun dan merupakan paduka putera sulung dan juga paduka anakanda yang kelima kepada Maharaja Showa (Hirohito) dan Maharani Kojun (Nagako). Bergelar Tsugo no miya ((継宮code: ja is deprecated ); Putera Tsugo) semasa kanak-kanak, baginda dibesarkan dan diajar oleh guru persendirian dan kemudian menghadiri Sekolah Rendah Lelaki "Boy's Elementary" dan Jabatan Menengah "Secondary Departments" ketika itu, Peers' School (Gakushuin selepas 1947), 1940-52. Baginda dipisahkan dari ahli kaum kerabat baginda pada usia tiga tahun.
Ketika pengeboman ke atas bandar Tokyo oleh pihak Amerika pada bulan Mac 1945, baginda serta saudara mudanya, Putera Masahito (sekarang Putera Hitachi), dipindahkan dari Tokyo. Ketika pendudukan Amerika selepas Perang Dunia II, Putera Mahkota Akihito diajar dalam Bahasa Inggeris oleh Elizabeth Gray Vining. Putera Mahkota Akihito menuntut sebentar di Jabatan Sains Politik di Universiti Gakushuin di Tokyo tetapi tidak menerima ijazah. Walaupun baginda merupakan putera mahkota kepada Takhta Bunga Kekwa dari 23 Disember 1933, perlantikan rasmi sebagai Putera Mahkota (Rittaishi no Rei) hanya berlansung pada 10 November 1951 di Istana Diraja.
Pada bulan Jun 1953, Putera Mahkota Akihito mewakili Jepun di upacara pertabalan Ratu Elizabeth II dari United Kingdom. Pada 10 April 1959, baginda berkahwin dengan Michiko (lahir 24 Oktober 1934), anak perempuan sulung Shoda Hidesaburo, presiden dan pengerusi kehormat Kilang Pengisar Tepung Nisshin. Perkahwinan tersebut memecahkan tradisi diraja kerana Shoda Michiko merupakan orang awam pertama yang berkahwin dengan kerabat diraja. Putera Mahkota Akihito menaiki takhta selepas kemangkatan paduka ayahandanya pada 7 Januari 1989 dan secara rasmi menjadi maharaja Jepun yang ke-125 pada 12 November 1990.
Semenjak menaiki takhta, baginda berusaha untuk mendekati keluarga Maharaja dengan penduduk Jepun. Baginda dan Maharani telah berkenan membuat lawatan rasmi mencemar duli ke 18 negara, termasuk juga 47 wilayah (prefectures) di Jepun. Maharaja Akihito dan Maharani Michiko mempunyai tiga paduka anakanda: Putera Mahkota Naruhito (diputerakan 23 Februari1960), Puteri Akishino (Fumihito, diputerakan 11 November1965) dan Puteri Sayako (gelaran, Nori no miya, atau Puteri Nori, diputerakan 18 April1969). Era pemerintahan Akihito digelar era "Heisei".
Nasab ayahanda Akihito ialah susur galur baginda diturunkan ayahanda kepada putera.
Keturunan nasab bapa ialah prinsip di sebalik keahlian kerabat diraja, sebagaimana ia dapat dijejak semula melalui keturunan, bermakna bahawa Maharaja Akihito ialah ahli kaum kerabat diraja Jepun.
Kerabat Diraja Jepun
Keturunan sebelum Maharaja Keitai tidak jelas kepada para sejarawan moden, tetapi mengikut tradisi ia dijejak semula secara nasab ayahnda kepada Maharaja Jimmu
^"Bundeskanzler Anfragebeantwortung" [Reply to a parliamentary question about the Decoration of Honour] (PDF) (dalam bahasa German). m/s. 1298. Dicapai pada 27 January 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)