Mata wang wŏn dinilaikan semula sekali lagi pada November 2009.[1] Warga Korea Utara diberi tujuh hari untuk menukarkan sekurang-kurangnya ₩100,000 dalam bentuk duit kertas ₩1,000 (bernilai kira-kira AS$40 di pasaran gelap) untuk duit kertas ₩10, tetapi setelah menghadapi bantahan, hadnya dinaikkan ke ₩150,000 dalam bentuk tunai dan ₩300,000 dalam simpanan bank.[2] Langkah penilaian semula yang dilihat sebagai tindakan mencegah kegiatan pasaran persendirian, bakal melingkupkan kebanyakan wang simpanan warga Korea Utara.[2] Akhbar The Times berspekulasi bahawa langkah ini mungkin merupakan cubaan mengawal inflasi harga serta menghancurkan kekayaan para pedagang wang pasaran gelap.[3] Langkah ini diumumkan kepada kedutaan asing tetapi bukan media negara Korea Utara;[4][3] maklumatnya kemudian disampaikan melalui perkhidmatan talian yang hanya diterima dalam negara.[5]
Dalam proses ini, wang kertas lama tidak sah lagi mulai 30 November sementara wang kertas bernilai won baru diedarkan mulai 7 Disember.[3] Ini bererti warga Korea Utara tidak boleh menukarkan apa-apa wang untuk membeli barangan atau perkhidmatan sehingga 7 Disember, menyebabkan kebanayakn perkhidmatan kedai, restoran dan pengangkutan tertutup selama seminggu.[3] Hanya perkhidmatan untuk golongan atasan dan warga asing dibuka sepanjang seminggu itu dengan mata wang asing sebagai dagangan.[3] Langkah ini menimbulkan keresahan di kalangan pegawai Korea Utara bahawa akan tercetusnya pergolakan awam, tetapi belum berlakunya apa-apa lagi.[3] Agensi berita Xinhua China menyifaktan warga North Korea sama-sama "berpanik";[6] pangkalan tentera menunggu sedia dan terdapat laporan yang belum disahkan mengenai tunjuk perasaan di jalanan yang memaksa pihak berkuasa menaikkan sedikit jumlah mata wang yang boleh ditukarkan oleh rakyatnya.[7] Pihak berkuasa juga menjanjikan "hukuman tanpa belas kasihan" bagi sesiapa yang melanggar peraturan pertukaran matawang.[8]