Dalam arkeologi, tel atau tell (daripada Arab: تَلّcode: ar is deprecated , tal, 'cangkat', 'guar' atau 'anak bukit')[1] ialah sejenis topografi buatan manusia. Ia merupakan guar yang terhasil apabila endapan, debu, sampah, tanah dan sebagainya terkumpul daripada sesuatu kaum yang tinggal di penempatan sama secara turun-temurun, menyebabkan muka bumi menjadi tinggi.[2][3][4][5]
Perkataan tel memasuki bahasa Melayu menerusi Inggeris, yang kali pertama dibuktikan penggunaannya pada tahun 1840 dalam Journal of the Royal Geographical Society.[15] Ia berasal daripada bahasa Arab تَلّcode: ar is deprecated (tal ) bermaksud 'guar', 'anak bukit' atau 'cangkat'.[1][15] Ejaan lain termasuk tall, tel, til dan tel.[16]
Tel mempunyai banyak kata seasal dalam bahasa Semitik lain, seperti bahasa Akkadiatīlu(m), Ugarittl[17] dan Ibranitel (תלcode: he is deprecated ).[18] Bentuknya dalam bahasa Akkadia serupa dengan DULSumeria, yang juga boleh merujuk kepada apa-apa longgokan, seperti bijirin, tetapi tidak diketahui jika persamaan itu kerana ia dipinjam daripada bahasa Sumeria atau jika perkataan Sumeria itu dipinjam daripada satu bahasa substrat Semitik yang lebih lama.[19] Jika tīlu dalam Akkadia berkait dengan perkataan lain dalam bahasa itu, til'u, yang bermaksud 'payudara wanita', terdapat perkataan yang hampir sama dalam bahasa Habsyah klasik Semitik Selatan, Geʽez, iaitu təla, 'payudara'.[17] Perkataan Ibrani tel pertama kali muncul dalam kitab Ulangan13:16 (s. 500–700 SM),[20] tentang timbunan atau guar dan terdapat dalam buku Yosua, dan Yeremia dengan makna yang sama.[<span title="This claim needs references to reliable sources. (October 2021)">rujukan diperlukan</span>]
Dalam bahasa-bahasa Asia Barat Daya yang lain, terdapat perkataan berbeza yang maksudnya sama dengan "bandar timbunan" walaupun tidak serupa dari segi makna asasnya. Antaranya termasuk kom dalam bahasa Arab Mesir,[3]tepe atau tappehcode: tr is deprecated (Turki/Parsi: تپهcode: fa is deprecated ), hüyükcode: tr is deprecated atau höyükcode: tr is deprecated (Turki) dan chogha (Parsi: چغاcode: fa is deprecated , daripada çokmakcode: tr is deprecated Turki dan terbitan çokacode: tr is deprecated , dll.).[21] Ini semua sering muncul dalam nama tempat,[16] dan ia salah satu awalan yang paling lazim untuk nama tempat di Palestin.[22] Perkataan Arab khirbet, juga dieja khirbat (خربةcode: ar is deprecated ), yang bermaksud 'runtuhan', juga terdapat dalam nama banyak tel arkeologi, seperti Khirbet et-Tell (lebih kurang bermaksud 'timbunan runtuhan').[23]
Rujukan
Petikan
^ abKirkpatrick, E. M., penyunting (1983). Chambers 20th Century Dictionary (ed. New). Edinburgh: W & R Chambers Ltd. m/s. 1330. ISBN0550102345. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Chambers" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^Negev, Avraham, penyunting (2001). "Tell". Archaeological Encyclopedia of the Holy Land. New York and London: Continuum. m/s. 497. ISBN0-8264-1316-1. Dicapai pada 9 October 2021.
Suriano, Matthew J. (2012). "Ruin Hills at the Threshold of the Netherworld: The Tell in the Conceptual Landscape of the Ba'al Cycle and Ancient Near Eastern Mythology". Die Welt des Orients. 42 (2): 210–230. doi:10.13109/wdor.2012.42.2.210. JSTOR23342127.
Wagemakers, Bart (2014). "Khirbet Et-Tell (Ai?)". Archaeology in the 'Land of Tells and Ruins': A History of Excavations in the Holy Land Inspired by the Photographs and Accounts of Leo Boer. Oxbow Books. ISBN978-1-782-97245-7.