Takau rakit atau terajan (Cymbirhynchus macrorhynchus) ialah spesies burung takau dalam keluargaEurylaimidae. Ia spesies tunggal genusCymbirhynchus.[2] Burung ini didapati di hutan-hutan tebing sungaiBrunei, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, dan Vietnam; ia juga boleh beradaptasi di kawasan yang telah diterokai manusia.
Burung ini merupakan salah satu spesies haiwan yang digambarkan oleh William Farquhar semasa beliau mengkaji hidupan liar yang terdapat di Tanah Melayu dan Singapura.[3] Ia tidak ditemukan lagi di pulau tersebut dari tahun 1940-an sehingga tahun 2004[4] dan tahun 2020.[5]
Peristilahan
Nama terajan (Jawi: تراجنcode: ms is deprecated ) digunakan di Kelantan.[6]
Taksonomi
Nama genus Cymbirhynchus dijejak daripada kata-kata bahasa Yunani Purbaκύμβηcode: grc is deprecated kymbē yang bermaksud "sampan" atau "kepala" dan ῥύγχοςcode: grc is deprecated rhynkhos yang bermaksud "paruh".[7]
Ciri-ciri
Badan dewasa burung ini berukuran 21–24 sentimeter panjang dengan sayap 9.7–10.8 sm panjang dan berat 51–65 gram. Burung betina lebih kecil saiznya.[4][8]
Kepala burung dewasa berwarna hitam dengan jalur, paruh atasnya berwarna biru firus manakala paruh bawahnya jingga kekuningan dengan tepi berwarna biru. Matanya berwarna hijau zamrud. Bahagian atas berwarna hijau kehitaman. Tengkuk bawah, pinggul dan bulu-bulu ekor dan kepaknya berwarna merah tua.[4]
Tabiat
Pemakanan
Makanan utamanya adalah serangga kecil. Ia juga makan mahkluk yang ada di sungai seperti siput, krustasea dan ikan kecil.[9]
Pembiakan
Sangkak telur burung ini sebanyak 2–3 biji, kadang-kadang ditambah sebiji telur yang komeng. Setiap biji telur berwarna keputihan atau kemerahan berukuran 25.0–29.3 × 18.2–20.7 mm.[9] Sebiji telur dikeluarkan burung betina selang 24 jam, telur-telur tersebut dieramkan burung betina dan pasangannya[8] selama 21 hari.
Anak-anak burung menetas dari telur dijaga selama kira-kira 17 hari.
^Berwick, E. J. H. (1953). "Some Kelantan bird names". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 26 (1): 140–144. JSTOR41502910.
^Jobling, James A. (2010). "Psarisomus"(PDF). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, United Kingdom: Christopher Helm. m/s. 128. ISBN978-1-4081-2501-4.
^ abWells, David R. (2010). The Birds of the Thai-Malay Peninsula (dalam bahasa Inggeris). 2: Passerines. London: Bloomsbury Publishing. m/s. 50–55. ISBN978-1-4081-3313-2. OCLC659739244.