Sejarah Baitulmaqdis

Sejarah Baitulmaqdis boleh dikategorikan kepada lima tahap; Zaman Kuno, Zaman Empayar Rom, Zaman Islam, Zaman Palestin Bermandat, dan Zaman Pendudukan Israel.

Zaman Silam

Kedudukan Baitulmaqdis di Timur Tengah pada zaman silam

Menurut orientalis Barat, Baitulmaqdis mula menjadi tumpuan selepas Nabi Daud a.s. menakluk Baitulmaqdis daripada masyarakat yang bernama Jebusite. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmaqdis kemudian dikatakan diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s.. Mengikut ahli sejarah Yahudi, Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Al-Aqsa.

Tidak lama kemudian tentera Babylon mula menguasai Baitulmaqdis daripada orang Yahudi. Nebuchadnezzar, raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmaqdis dan memusnahkan masjid al-aqsa. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitulmaqdis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmaqdis dan membina semula masjid mereka. Kali

Pemerintahan Rom

Semasa pemerintahan Rom, masyarakat Yahudi di Baitulmaqdis memberontak. Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan Kuil Kedua orang Yahudi. Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai Tembok Barat.

Seni bina Rom di Baitulmaqdis

Selepas pemberontakan tersebut, orang Yahudi dibenarkan tinggal di situ tetapi dalam jumlah yang kecil. Pada kurun kedua, Maharaja Rom memerintahkan supaya Baitulmaqdis dibina semula dan membina sebuah kuil orang Rom di situ sambil menghalang kegiatan keagamaan orang Yahudi. Orang Yahudi kembali memberontak tetapi berjaya dipatahkan tentera Rom. Baitulmaqdis dinamakan semula menjadi Aelia Capitolina.

Orang Yahudi dilarang memasuki Baitulmaqdis. Selama 150 tahun selepas itu, kota ini menjadi tidak penting bagi kerajaan Rom. Namun demikian, Maharaja Byzantine iaitu Constantine membina Baitulmaqdis sebagai pusat keagamaan Kristian dengan membina Church of the Holy Sepulchre pada tahun 335 masihi. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitulmaqdis kecuali semasa pemerintahan singkat Empayar Parsi pada tahun 614 hingga tahun 629.

Zaman pemerintahan Islam

Peta Baitulmaqdis pada tahun 958-1052 menurut seorang ahli geografi Arab, al-Muqaddasi.

Al Quran menyebut mengenai nama "Baitulmaqdis" Sebanyak 5kali dan hadith ada menyebut mengenainya. Menurut hadith sahih, adalah di Baitulmaqdis Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera Islam pada tahun 638 Masihi. Saidina Umar Al-Khatab secara peribadi pergi ke Baitulmaqdis untuk menerima penyerahan Baitulmaqdis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan bersembahyang di dalam Church of the Holy Sepulchre tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjid al-Aqsa. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid al-Aqsa.

Pemandangan udara Masjid al-Aqsa dengan Kubah Al-Sakhrah di tengah, Tembok Barat dan Musala Al-Qibli di bawah.

Enam tahun kemudian, Kubah Al-Sakhrah dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti Masjid al-Aqsa di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya semasa pemerintahan kerajaan Ummaiyyah (650-750) dan kerajaan Abbasiyyah (750-969), kota Baitulmaqdis berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmaqdis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di Palestin.

Pemandangan kaum wanita Muslim di Masjid al-Aqsa berlatar belakangkan Kubah Al-Sakhrah

Pemerintahan awal Islam juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan Al-Hakim Amr Allah, seorang khalifah kerajaan Fatimiyyah, beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya Perang Salib. Pada tahun 1099, tentera Kristian Eropah menakluk Baitulmaqdis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan Kristian yakni Muslim dan Yahudi.

Gambaran pelukis mengenai Salahuddin Al-Ayubbi pejuang umat Islam yang membebaskan Baitulmaqdis daripada tentera Salib.

Baitulmaqdis kemudian dijadikan ibu kota Kerajaan Kristian Baitulmaqdis (Kingdom of Jerusalem). Kerajaan ini kekal sehingga tahun 1291; Baitulmaqdis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al Ayubi pada tahun 1187. Salahuddin juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmaqdis tidak kira sama ada Kristian, Muslim atau Yahudi. Pada tahun 1243, Baitulmaqdis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1517, Baitulmaqdis ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Sulaiman al-Qanuni membina semula tembok Baitulmaqdis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.

Mandat British atas Palestin

Peta Baitulmaqdis pada tahun 1947 semasa Pentadbiran Mandat British.

British berjaya menewaskan Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Perang Dunia I. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di Mesir memasuki Baitulmaqdis pada 11 Disember 1917. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitulmaqdis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pemerintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.

Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmaqdis yang kemudiannya menyebabkan Perang Arab-Israel 1948 berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.

Baitulmaqdis dan konflik Arab-Israel

Semasa Perang Arab-Israel 1948, Baitulmaqdis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada Israel manakala Bahagian timurnya termasuklah kota lama Baitulmaqdis menjadi milik Jordan.

PBB mencadangkan supaya Baitulmaqdis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada 23 Januari 1950, Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Baitulmaqdis Timur kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Walaupun Israel membenarkan penganut agama di Baitulmaqdis akses ke tempat suci mereka, terdapat banyak kerisauan mengenai beberapa serangan ke atas Masjid al-Aqsa seperti kebakaran pada tahun 1969 yang disebabkan oleh seorang pelancong Australia yang gila. Status Baitulmaqdis Timur tetap menjadi satu isu yang kontroversi.

Status semasa

Menurut satu pelan PBB, Baitulmaqdis sepatutnya menjadi sebuah bandaraya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang Arab ataupun negeri orang Yahudi. Sempena Perang Arab-Israel 1948, Baitulmaqdis Barat diduduki oleh Israel manakala Baitulmaqdis Timur menjadi milik Jordan.

Peta Baitulmaqdis sekarang dan yang terkini

Pada tahun 1967, semasa Perang Enam Hari, Israel menawan Baitulmaqdis Timur dan mula mengambil langkah untuk menyatukan Baitulmaqdis di bawah penguasaan Israel. Pada tahun 1988 Jordan menarik balik semua tuntutannya ke atas Tebing Barat (termasuklah Baitulmaqdis) bagi menyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Kedudukan Baitulmaqdis masih lagi tidak terjawab.

Read other articles:

سافونا الإحداثيات 42°17′07″N 77°13′08″W / 42.2853°N 77.2189°W / 42.2853; -77.2189   [1] تقسيم إداري  البلد الولايات المتحدة[2]  التقسيم الأعلى مقاطعة ستوبين  خصائص جغرافية  المساحة 2.692543 كيلومتر مربع (1 أبريل 2010)  ارتفاع 321 متر  عدد السكان  عدد السكان 672 (1 أبر...

 

   دبي امارة دبي    إمارة دبي إمارة دبي الموقع الجغرافي تقسيم إداري البلد  الإمارات العربية المتحدة[1][2] العاصمة دبي  المدن مدينة دبي ، وجبل علي، وحتا المسؤولون الحاكم الشيخ محمد بن راشد آل مكتوم[3] خصائص جغرافية إحداثيات 25°16′11″N 55°18′34″E / ࿯...

 

Rumania Pemakaian 111111 Perbandingan 2:3 Dipakai 26 Juni 18481 Juli 186627 Desember 198916 Juli 1994 Rancangan Bendera triwarna Bendera Rumania merupakan bendera triwarna biru-kuning-merah. Bendera ini memiliki rasio 2:3 dan memiliki kesamaan dengan bendera Andorra, Chad, dan Moldova. Kesamaannya dengan bendera Chad (hanya berbeda warna birunya) sempat menimbulkan perdebatan internasional; pada tahun 2004 Chad meminta PBB untuk memeriksa hal ini, tetapi presiden Rumania saat itu Ion Iliescu...

Voce principale: UEFA Europa League 2019-2020. Finale della UEFA Europa League 2019-2020Il RheinEnergieStadion di Colonia, teatro della finaleInformazioni generaliSport Calcio CompetizioneUEFA Europa League 2019-2020 Data21 agosto 2020 CittàColonia ImpiantoRheinEnergieStadion Spettatori0[1][2] Dettagli dell'incontro  Siviglia  Inter 3 2 Arbitro Danny Makkelie MVP Luuk de Jong Successione ← Finale della UEFA Europa League 2018-2019 Finale della UEFA Europ...

 

Сибирский горный козёл Научная классификация Домен:ЭукариотыЦарство:ЖивотныеПодцарство:ЭуметазоиБез ранга:Двусторонне-симметричныеБез ранга:ВторичноротыеТип:ХордовыеПодтип:ПозвоночныеИнфратип:ЧелюстноротыеНадкласс:ЧетвероногиеКлада:АмниотыКлада:СинапсидыКла�...

 

Practice of divination by use of scapulae Deer scapula, showing bone formation and features Scapulimancy (also spelled scapulomancy and scapulamancy, also termed omoplatoscopy or speal bone reading) is the practice of divination by use of scapulae or speal bones (shoulder blades). It is most widely practiced in China and the Sinosphere as oracle bones, but has also been independently developed in other traditions including the West. Historically, scapulimancy has taken two major forms. In the...

Pour les articles homonymes, voir Jeanne Ire et Jeanne de Navarre. Jeanne Ire de Navarre Portrait de Jeanne se trouvant à la Bibliothèque nationale de France. Titre Reine de France 5 octobre 1285 – 2 avril 1305(19 ans, 5 mois et 28 jours) Couronnement 5 janvier 1286en la cathédrale Notre-Dame de Reims Prédécesseur Marie de Brabant Successeur Marguerite de Bourgogne Reine de Navarre 22 juillet 1274 – 2 avril 1305(30 ans, 8 mois et 11 jours) Ave...

 

Questa voce sull'argomento centri abitati dello Yukon è solo un abbozzo. Contribuisci a migliorarla secondo le convenzioni di Wikipedia. WhitehorsemunicipalitàCity of Whitehorse Whitehorse – Veduta LocalizzazioneStato Canada Territorio Yukon Divisione censuariaNon presente AmministrazioneSindacoBev Buckway TerritorioCoordinate60°43′N 135°03′W / 60.716667°N 135.05°W60.716667; -135.05 (Whitehorse)Coordinate: 60°43′N 135°03′W / ...

 

Tent pegging at the 2010 Asian Beach GamesVenueBarkah Equestrian GroundsDates9–13 December Tent pegging at the 2010 Asian Beach Games was held from 9 December to 13 December 2010 in Barkah Equestrian Grounds, Muscat, Oman. Medalists Event Gold Silver Bronze Individual lance Ali Bannon Iraq Shahbaz Qamar Pakistan Amer Munawar Pakistan Team lance  OmanHilal Al-BalushiAli Saleh Al-BalushiAli Khamis Al-BalushiNasser Al-Siyabi  PakistanAmer MunawarQamar-uz-Zaman Kh...

土库曼斯坦总统土库曼斯坦国徽土库曼斯坦总统旗現任谢尔达尔·别尔德穆哈梅多夫自2022年3月19日官邸阿什哈巴德总统府(Oguzkhan Presidential Palace)機關所在地阿什哈巴德任命者直接选举任期7年,可连选连任首任萨帕尔穆拉特·尼亚佐夫设立1991年10月27日 土库曼斯坦土库曼斯坦政府与政治 国家政府 土库曼斯坦宪法 国旗 国徽 国歌 立法機關(英语:National Council of Turkmenistan) ...

 

本條目存在以下問題,請協助改善本條目或在討論頁針對議題發表看法。 此條目需要編修,以確保文法、用詞、语气、格式、標點等使用恰当。 (2013年8月6日)請按照校對指引,幫助编辑這個條目。(幫助、討論) 此條目剧情、虛構用語或人物介紹过长过细,需清理无关故事主轴的细节、用語和角色介紹。 (2020年10月6日)劇情、用語和人物介紹都只是用於了解故事主軸,輔助�...

 

R.T.A Kartanata Negara Bupati Lebak ke-2Masa jabatan1 November 1837 – 1865PendahuluPangeran Sendjaya R. DjamilPenggantiT. Prawirakoesoemah Informasi pribadiLahir1790Meninggal1879Sunting kotak info • L • B Raden Tumenggung Adipati Kartanata Negara adalah Bupati Lebak ke-2 dari tahun 1830-1865 yang terkenal akan kesewenang-wenangannya yang diabadikan dalam buku Max Havelaar karya Multatuli. Kehidupan Awal Kartanata Negara adalah demang di Jasinga, Bogor. Perlawanan ...

16th-century BC royal cemetery in southern Greece Grave Circle ANative name Greek: Ταφικός περίβολος A'Grave Circle A (left) and the main entrance of the citadel (right)LocationMycenaeCoordinates37°43′49″N 22°45′22″E / 37.73028°N 22.75611°E / 37.73028; 22.75611AreaArgolis, GreeceFormed16th century BCBuilt forResting place of the Mycenaean ruling familiesLocation of Grave Circle A in Greece Grave Circle A is a 16th-century BC royal cemetery s...

 

Véase también: Gran Paro Americano Miles reunidos a favor de los derechos de los inmigrantes indocumentados en Nashville, Tennessee el 29 de marzo de 2006. En el 2006, millones de personas se congregaron en protestas por una reforma integral contra las leyes de inmigración existentes en Estados Unidos. Las protestas comenzaron en respuesta a la propuesta legislativa conocida como H.R. 4437, que aumentaría las penalidades para la inmigración indocumentada, y clasificaría a los extranjero...

 

Postal codes in Vietnam have five digits.[1] The exact postal code designated for local government areas, local post offices, government offices or embassies and consulates can be searched on National Postal Code Website.Regional and provincial postal codes of Viet Nam Structure The postal code system of Vietnam has officially been changed from 6 digits to 5 digits. Each country has its own separate postal code or zip code system. The postal code of Vietnam is composed of 5 digits, w...

Pour les articles homonymes, voir Denton. Fatima DentonBiographieNaissance Août 1966 (57 ans)Nationalité gambienneDomicile ÉthiopieFormation Université de BirminghamUniversité de Franche-ComtéUniversité Paris-SorbonneUniversité Cheikh-Anta-DiopActivités Scientifique, climatologuemodifier - modifier le code - modifier Wikidata Fatima Denton (née en août 1966) est une climatologue britannico-gambienne. Elle est directrice de la branche ghanéenne de l'Université des Nations un...

 

Not to be confused with European Islam. Islam in Europeby percentage of country population[1]   90–100% AzerbaijanKosovoTurkey   70–90% Kazakhstan   50–70% AlbaniaBosnia and Herzegovina   30–50% North Macedonia   10–20% BulgariaFranceGeorgiaMontenegroRussia   5–10% AustriaSwedenBelgiumGermanyGreece LiechtensteinNetherlandsSwitzerlandUnited KingdomNorwayDenmark   4–5% ItalySerbia   2–4% Lux...

 

16th/17th-century English playwright For other people named Thomas Legge, see Thomas Legge (disambiguation). Portrait of Legge by Silvester Harding Thomas Legge (/lɛɡ/; 1535 – 12 July 1607) was an English playwright, prominently known for his play Richardus Tertius, which is considered to be the first history play written in England. Biography Legge was the second of three sons born to Stephen and Margaret Legge in 1535. Originally from Norwich, Legge moved to Cambridge in 1552 where he m...

British cyclist Ben TurnerPersonal informationFull nameBenjamin Elliott TurnerNicknameThe ClockBorn (1999-05-28) 28 May 1999 (age 25)Doncaster, United KingdomHeight1.94 m (6 ft 4+1⁄2 in)Weight74 kg (163 lb; 11 st 9 lb)Team informationCurrent teamIneos GrenadiersDisciplinesCyclo-crossRoadRoleRiderRider typeRouleur Classics specialistAmateur teams2012Doncaster Wheelers Cycling Club2013Dinnington Racing Club2014–2016Paul Milnes–Bra...

 

Volume benda yang diaproksimasi dengan kumpulan silinder-silinder berongga. Semakin tipis dinding silinder, maka pendekatan volume semakin halus.Kalkulus Teorema dasar Limit fungsi Kontinuitas Teorema nilai purata Teorema Rolle Diferensial Definisi Turunan (perumuman) Tabel turunan Diferensial infinitesimal fungsi total Konsep Notasi untuk pendiferensialan Turunan kedua Turunan ketiga Perubahan variabel Pendiferensialan implisit Laju yang berkaitan Teorema Taylor Kaidah dan identitas Kai...