Kota Lama Baitulmaqdis (Arab: البلدة القديمة, rumi: al-Baldatul-Qadimah; Ibrani: העיר העתיקה, atau Kota Lama Jerusalem, HaIr HaAtika; Inggeris: The Old City of Jerusalem; Bahasa Armenia: Հին Քաղաք, Hin K'aghak) ialah kota tua seluas 0.9 kilometer persegi yang dikelilingi oleh tembok yang berada dalam kawasan Baitulmaqdis Timur, di kota Baitulmaqdis. Daerah kota lama Baitulmaqdis terbahagi dalam empat wilayah iaitu Perkampungan Muslim, Perkampungan Yahudi, Perkampungan Kristian dan Perkampungan Armenia (kebanyakannya beragama Kristian).
Di dalam Kota Lama ini terdapat banyak tapak-tapak suci peninggalan sejarah umat Islam, Kristian (Nasrani) dan Yahudi. Di sudut tenggara Baitulmaqdis Lama ini terdapat pula Kompleks Masjid al-Aqsa yang di dalamnya terdapat Kubah Al-Sakhrah dan Musala al-Qibli dan pada satu sudut masjid tersebut terdapat Tembok Meratap. Di sebelah barat pula terdapat Gereja Makam Suci.
Abdullah ibn Umar, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, ahli hadis dan hukum fiqh mengatakan:
- "Baitulmaqdis adalah tempat para Nabi dan berkumpulnya mereka untuk beribadah. Tidak ada sejengkalpun tanah di tempat itu yang tidak dipakai untuk bersembahyang oleh para Nabi, Rasul atau para Malaikat".
Rujukan
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Lain-lain | |
---|