Pengepungan Baitulmaqdis (1099 M)Untuk sejarah pengepungan-pengepungan lain ke atas kota Baitulmuqaddis, lihat Pengepungan Baitulmuqaddis (nyahkekaburan).
Pengepungan Baitulmuqaddis (Jerusalem) berlaku pada 7 Jun sehingga 15 Julai, 1099 semasa Perang Salib Pertama. Para Tentera Salib telah menyerbu dan menawan kota ini daripada Kerajaan Fatimiyyah Mesir. Latar belakangSelepas kejayaan dalam Pengepungan Antioch pada bulan Jun 1098, angkatan Tentera Salib kekal berada di kawasan ini sehingga penghujung tahun. Wakil Paus Adhemar dari Le Puy telah meninggal dunia, dan Bohemund dari Taranto telah menuntut Antioch untuk diri beliau sendiri. Baldwin dari Boulogne tinggal di Edessa, yang telah ditawan sebelumnya pada tahun 1098. Timbul pertikaian di antara putera-putera tentang apa yang harus dilakukan selanjutnya; Raymond dari Toulouse, dengan kecewa kemudian meninggalkan Antioch bagi menawan kubu di Ma'arrat al-Numan dalam Pengepungan Maarat. Sehingga akhir tahun, sebilangan kecil kesatria dan infantri menggugut untuk mara ke Jerusalem tanpa mereka. Lihat jugaRujukanSumber-sumber
Information related to Pengepungan Baitulmaqdis (1099 M) |