Rencana ini mengenai hidangan roti yang dibakar secara umumnya. Untuk pencuci mulut Indonesia bernama sama, sila lihat roti bakar (Indonesia).
Roti bakar merujuk kepada kepingan roti yang dibakar agar garing atau rangup serta dapat menampung hias atas dengan lebih baik. Membakar roti juga merupakan cara umum untuk menjadikan roti yang sudah masuk angin lebih sedap rasanya.
Roti bakar biasanya dimakan sebagai sarapan dan sering dihidangkan bersama mentega, keju, marmalad atau hias atas lain.
Lihat juga
Roti bakar (Indonesia) - sejenis pencuci mulut khas menggunakan cara ini dengan isi lebih pelbagai