Qingdao Airlines ialah syarikat penerbangan permulaan dari China yang mula beroperasi pada Tarikh 26 April 2014. Syarikat penerbangan ini berpusat di Qingdao-Jiaodong, yang menggantikan Bekas Lapangan Terbang Qingdao-Liuting.[1]
Permohonan penubuhan syarikat penerbangan yang berpusat di wilayah Shandong diajukan kepada Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) oleh Kumpulan Nanshan yang berpangkalan di Yantai pada Mei 2013.[2] Persetujuan diterima oleh CAAC antara bulan itu dan Jun 2013,[3] semasa Syarikat Penerbangan Qingdao Airlines dibentuk.[4]
pada bulan Disember 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Qingdao Airlines, telah merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Jepun, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Qingdao/Jiaodong dan Tokyo/Narita, yang akan dimulakan pada 26 Disember 2023 [5].
pada bulan Februari 2024, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Qingdao Airlines telahpun merancang untuk menambah destinasi domestik, dengan melancarkan laluan antara Hong Kong dan Qingdao/Jiaodong, dengan 1 hentian di Zhangjiajie, laluan itu akan dimulakan pada 2 April 2024 [6].
Pada bulan Julai 2024, di laman aeroroutes ada diumumkan bahawa, Qingdao Airlines telahpun memulakan destinasi antarabangsa baharu ke Malaysia, dengan laluan tanpa henti antara Qingdao/Jiaodong dan Kuala Lumpur, yang sudahpun dimulakan pada 9 Julai 2024, dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu [7].
Juga di bulan dan di laman yang sama, Qingdao Airlines telahpun memulakan destinasi antarabangsa secara terhad ke Filipina, dengan laluan tanpa henti antara Chengdu/Tianfu dan Tagbilaran/Panglao bermula 19 Julai 2024 hingga 24 Ogos 2024, dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu [8].
Selain Malaysia dan Filipina, syarikat penerbangan Qingdao Airlines juga telahpun merancang untuk memulakan destinasi antarabangsa baharu ke Laos, dengan memulakan laluan tanpa henti antara Jinghong dan Vientiane [9], dengan kekerapan penerbangan 3 kali seminggu, yang sudahpun dimulakan sejak 21 Ogos 2024.
Urusan korporat
Pemilikan
Pada mulanya, syarikat penerbangan tersebut dimiliki oleh Kumpulan Nanshan (55%), Kumpulan Pembangunan Pengangkutan Qingdao (QTDG) (25%) dan Syarikat Penerbangan Shandong Airlines (20%). Modal awal Syarikat Penerbangan Qingdao Airlines ialah sebanyak CNY 1 bilion (USD161) juta. [10] Pada Bulan Julai 2015, Syarikat Penerbangan Shandong Airlines memindahkan sahamnya kepada anak syarikat Kumpulan Nanshan; Setakat Ogos 2015[kemas kini] , syarikat penerbangan itu merancang untuk menjual 25% saham yang dimiliki oleh QTDG untuk menjadi milik peribadi sepenuhnya. [11] Sejak November 2015, Syarikat Penerbangan Qingdao Airlines dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Nanshan. [12]
Orang penting
Setakat April 2014[kemas kini], Song Zuowen ialah presiden kepada Syarikat Penerbangan itu. [13]
Ibu Pejabat
Ibu pejabat syarikat penerbangan Qingdao Airlines berada di Daerah Chengyang, Qingdao. [14]
Destinasi
Operasi bermula pada Tarikh 26 April 2014 (2014-04-26) menghubungkan Qingdao dengan Chengdu. [15] Setakat Mei 2014[kemas kini] , lima laluan utama Syarikat Penerbangan itu memiliki kedudukan dengan kapasiti tempat duduk ialah Qingdao-Shanghai, Qingdao-Beijing, Qingdao-Hangzhou, Qingdao-Shenyang dan Qingdao-Dalian. [16] Setakat Julai 2024[kemas kini] , Syarikat Penerbangan Qingdao Airlines melayani destinasi berikut: [17]
Syarikat Penerbangan Qingdao Airlines beroperasi ke destinasi berikut (bermula Julai 2019) sehingga tahun 2024 [18][19][20][21]:
Syarikat penerbangan ini pada awalnya bertujuan untuk menjadi syarikat penerbangan butik dan mempunyai rancangan untuk memulakan perkhidmatan ke Shenzhen dan Shenyang dalam masa terdekat; Guangzhou dan Shanghai dijangka dilayan dalam jangka masa panjang.[29]
Armada
Setakat September 2020[kemas kini], armada Syarikat Penerbangan Qingdao Airlines merangkumi jenis pesawat berikut:[30]
Pada Bulan September 2013, tempahan untuk lima pesawat Airbus A320 dan 18 A320neos dibuat dalam perjanjian yang bernilai USD 2.5 bilion. [31] Syarikat penerbangan itu menggunakan pesawat pertama, Airbus A320 dengan 152 tempat duduk, pada awal Bulan April 2014. [32][33] Syarikat penerbangan itu mengambil alih dua Pesawat A320neos pertama pada Bulan Oktober 2018.[34] Syarikat Penerbangan Qingdao Airlines merancang untuk memperluas armada ke 60 pesawat pada Tahun 2020.[35]
Galeri Armada Syarikat Penerbangan Qingdao Airlines (QW)
^ abc"QINGDAO AIRLINES LISTS QINGDAO – TOKYO SERVICE IN DEC 2023/JAN 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 25 Disember 2023. Dicapai pada 25 Disember 2023. Qingdao Airlines in OAG schedules filing is displaying Qingdao – Tokyo Narita nonstop schedule, on board Airbus A320 aircraft. Schedule filing currently shows 1 weekly flight between 26DEC23 and 18JAN24.
^ abcd"MAINLAND CHINESE CARRIERS FEB – APR 2024 HONG KONG ROUTES ADDITION". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 13 Februari 2024. Dicapai pada 15 Februari 2024. Mainland Chinese carriers between February and April 2024 plans schedules additional new routes to Hong Kong, including a service resumption. China Eastern (MU) Taiyuan – Hong Kong eff 25MAR24 2 weekly 737 (Last served until February 2020), Qingdao Airlines (QW) Qingdao – Dayong – Hong Kong eff 02APR24 3 weekly A320neo, Ruili Airlines (DR) Nanning – Hong Kong eff 19FEB24 4 weekly 737 (Service operating as Jinghong – Nanning – Hong Kong from 31MAR24).
^ abcJim Liu (1 Julai 2024). "QINGDAO AIRLINES ADDS QINGDAO – KUALA LUMPUR FROM JULY 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes. Dicapai pada 11 Julai 2024. Chinese carrier Qingdao Airlines next week plans to add new service to Malaysia, with the scheduling of Qingdao – Kuala Lumpur route. From 09JUL24, the carrier’s airbus A321 aircraft will operate this route 3 times weekly.
^ abcJim Liu (10 Julai 2024). "QINGDAO AIRLINES ADDS CHENGDU – TAGBILARAN SERVICE IN 3Q24". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes. Dicapai pada 11 Julai 2024. Qingdao Airlines in the third quarter of 2024 schedules new service to The Philippines, where the airline schedules Chengdu Tianfu – Panglao (Tagbilaran) route. Airbus A320 aircraft will operate this route 3 times weekly, from 19JUL24 to 24AUG24.
^Jim Liu (12 Ogos 2024). "Qingdao Airlines Adds Jinghong – Vientiane From late-Aug 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes. Dicapai pada 30 Ogos 2024. Qingdao Airlines from late-August 2024 schedules new service to Laos, as the airline schedules Jinghong – Vientiane route. Airbus A320 aircraft to operate this route 3 times weekly, effective 21AUG24.
^"MAINLAND CHINESE CARRIERS NS23 INTERNATIONAL / REGIONAL NETWORK – 14MAY23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 16 Mei 2023. Dicapai pada 16 Mei 2023. The following is the latest summary of 26 Mainland Chinese carrier’s planned international and regional operation, between 15MAY23 and 28OCT23, as of 14MAY23 OAG schedules listing. Further changes to this list remain possible, as individual carriers continue to add new routes or resuming service cancelled due to the pandemic. Planned frequency, aircraft and effective dates remain fluid.
^Jim Liu (12 Ogos 2024). "Qingdao Airlines Adds Jinghong – Vientiane From late-Aug 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes. Dicapai pada 30 Ogos 2024. Qingdao Airlines from late-August 2024 schedules new service to Laos, as the airline schedules Jinghong – Vientiane route. Airbus A320 aircraft to operate this route 3 times weekly, effective 21AUG24.
^ ab"Qingdao Airlines Adds Dayong – Hanoi Route in 2Q23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 11 April 2023. Dicapai pada 11 April 2023. Qingdao Airlines in the last few days added new service to Vietnam, with first Dayong – Hanoi flight scheduled on 08APR23. The airline schedules this route 3 times weekly with Airbus A320neo aircraft.