KDNK: ¥141.48 juta (sekitar 17,149 juta dolar AS) pada 2004, urutan ke-17 dari KDNK total dan ke-29 dalam KDNK per kapita di antara bandar-bandar China
Kebolehan bersaing: Urutan ke-10 dalam "2004 Chinese City Competitive Ability Reports"
Datuk bandar: Zhang Xiaolian (张效廉): sejak Februari 2007
Harbin memiliki nama jolokan 'Mutiara di leher angsa' kerana bentuk Heilongjiang yang menyerupai seekor angsa, atau sebagai 'Moscow Oriental' atau 'Paris Oriental' kerana bentuk seni binanya. Harbin juga dikenali sebagai 'Kota Ais' kerana musim dinginnya yang panjang dan sentiasa dingin dan sejuk beku.
Acara musim dingin
Iklim Harbin dipengaruhi angin musim dingin dari Siberia. Suhu rata-rata di musim panas adalah 21,2 °C. Sebaliknya, suhu rata-rata di musim dingin adalah −16,8 °C, dengan kemungkinan suhu jatuh hingga −38.1 °C.
Harbin pernah menjadi penyelenggara Sukan Asia Musim Sejuk tahun 1996, dan sedang mencalonkan diri sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2010. Selain itu, Harbin telah ditetapkan sebagai tuan rumah Universiade Musim Sejuk tahun 2009.