Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika

Presiden
Negeri-Negeri Gabungan
President of the Confederate States of America
Penyandang jawatan tunggal
Jefferson Davis

18 Februari 1861 – 5 Mei 1865
Sementara: 18 Februari 1861 – 22 Februari 1862
Jenis
GelaranTuan Yang Terutama
Bidang kuasaNegeri-negeri Gabungan Amerika Sunting nilai ini di Wikidata
Kediaman
Pusat
Dilantik oleh
Tempoh jawatan
  • Satu tahun
    (sementara)
  • Enam tahun
    (tetap)
Surat cara pembentukanPerlembagaan Negeri Gabungan
Dibentuk
  • 18 Februari 1861
    (sementara)
  • 22 Februari 1862
    (tetap)
Pemegang pertamaJefferson Davis
Pemegang akhirJefferson Davis
Dimansuhkan5 Mei 1865
Timbalan/naibVice President of the Confederate States of America (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
GajiCS$25,000 se tahun
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden Negeri-Negeri Gabungan Amerika (President of the Confederate States of America) ialah ketua negara dan ketua kerajaan Negeri-Negeri Konfederasi. Presiden adalah ketua eksekutif kerajaan persekutuan dan Pemerintah Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut Konfederasi.[1]

Perkara II Perlembagaan Negeri Gabungan meletakkan kuasa eksekutif Konfederasi pada presiden. Kuasa itu termasuk pelaksanaan undang-undang, berserta dengan tanggungjawab untuk melantik pegawai-pegawai eksekutif, diplomatik, kawal selia dan kehakiman, dan memuktamadkan perjanjian dengan kuasa-kuasa asing atas nasihat dan persetujuan senat. Beliau seterusnya diberi kuasa untuk membuat penangguhan hukuman dan pengampunan, mengadakan dan menangguhkan salah satu atau kedua-dua dewan Kongres dibawah keadaan yang luar biasa.[1]

Presiden telah dipilih secara tidak langsung oleh rakyat melalui Badan Pemilih untuk tempoh enam tahun, dan merupakan salah seorang daripada dua pegawai Konfederasi yang dipilih secara nasional, seorang lagi ialah naib presiden. Pada 18 Februari 1861, Jefferson Davis menjadi presiden kerajaan sementara, serta satu-satunya orang yang memegang jawatan itu. Pada 22 Februari 1862, beliau menjadi presiden kerajaan tetap dan berkhidmat dalam kapasiti itu sehingga kejatuhan Tentera Konfederasi. Kabinet Negeri Gabungan mengisytiharkan pembubaran Konfederasi pada 5 Mei 1865, selepas Davis berhenti mencuba untuk melaksanakan kuasa dan tugas jawatannya. Tarikh 5 Mei secara amnya dianggap sebagai hari pembubaran Negeri Gabungan Amerika (dan jawatan presiden) secara rasmi. Davis sendiri ditangkap oleh askar-askar Pasukan Kavalri Amerika Syarikat lima hari kemudian.[2]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b C.S. Congress (provisional) (May 1861). "C.S. Constitution". Constitutional Convention. Syme & Hall, Printers to the Convention. https://archive.org/details/constitutiono00conf.
  2. ^ Beers, Henry Putney (2004) [1st pub. United States Government Publishing Office:1968]. "Chapter IV: The Presidency". The Confederacy: A Guide to the Archives of the Government of the Confederate States of America. Washington, D.C.: National Archives and Records Administration. m/s. 62–71. ISBN 0-911333-18-5 – melalui National Archives Trust Fund Board.

Bacaan lanjut

Pautan luar

Templat:CSCabinet