Piala Konfederasi FIFA 2005 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang telah dianjurkan oleh FIFA. Ini merupakan kejohanan kali ketujuh dalam sejarah penganjuran Piala Konfederasi termasuk Piala Raja Fahd yang telah dianjurkan pada tahun 1992 dan 1995. Ianya telah diadakan bermula pada 15 Jun sehingga 29 Jun 2005.
Kejohanan ini dimenangi oleh pasukan Brazil yang menewaskan pasukan Argentina di Frankfurt. Ini juga merupakan kejuaraan kedua yang dimenangi oleh pasukan Brazil.
1 Pasukan Argentina layak kerana pasukan Brazil memenangi kedua-dua gelaran Piala Dunia dan Copa América yang menawarkan dua tempat untuk ke Piala Konfederasi.