Pertandingan ini merupakan pertandingan pasukan kebangsaan pertama yang menggunakan teknologi garisan gol, yang juga akan digunakan dalam Piala Dunia 2014.[3]
Juara Euro 2012 Sepanyol mempunyai peluang untuk menjadi pasukan ketiga (selepas Argentina dan Perancis) untuk memenangi semua kejohanan utama FIFA yang terdiri daripada tiga iaitu: Piala Dunia, kejohanan bola sepak Olimpik dan Piala Konfederasi selepas layak ke perlawanan akhir. Bagaimanapun, Brazil berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dengan kemenangan 3–0. Ia merupakan kejuaraan keempat mereka dan yang ketiga berturut-turut.[4]
1Pasukan Itali telah dianugerahkan tempat untuk kejohanan ini kerana pasukan Sepanyol telah memenangi kedua-dua kejohanan iaitu Piala Dunia FIFA 2010 dan UEFA Euro 2012. Oleh kerana kedua-dua kejohanan tersebut menawarkan pemenangnya tempat dalam Piala Konfederasi FIFA, naib juara UEFA Euro 2012 telah menerima jemputan untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.
Tempat
Sebanyak enam stadium digunakan, setiap satunya terletak di bandar yang berlainan.
Setiap pasukan mesti menghantar 23 nama pemain kepada FIFA sebelum tarikh akhir pada 7 Jun 2013.
Peringkat kumpulan
Jadual rasmi telah diperkenalkan di Rio de Janeiro pada 30 Mei 2012.[13]
Pasukan yang menjadi juara dan naib juara bagi peringkat kumpulan layak untuk ke separuh akhir.[14] Kedudukan setiap pasukan di dalam setiap kumpulan akan ditentukan berdasarkan penilaian yang berikut:
bilangan mata terbanyak yang diperolehi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
perbezaan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
bilangan gol terbanyak dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
Jika satu atau lebih pasukan adalah sama seperti tiga kriteria di atas, pasukan tersebut akan ditentukan kedudukan melalui cara berikut:
bilangan mata terbanyak yang diperolehi dalam perlawanan peringkat kumpulan di antara dua pasukan;
perbezaan gol hasil daripada perlawanan peringkat kumpulan di antara dua pasukan;
bilangan gol terbanyak dalam semua perlawanan peringkat kumpulan di antara dua pasukan;
Bola untuk perlawanan yang rasmi telah diumumkan semasa undian bagi pertandingan. Bola tersebut dinamakan sebagai "Cafusa", suatu singkatan perkataan bagi "Carnaval" (Karnival), "Futebol" (Bola sepak) dan "Samba".[18] Untuk memperkenalkan bola tersebut secara rasmi, bekas kapten Brazil yang bernama Cafu telah dijemput.[18]
Hadiah wang tunai
Persatuan bola sepak kebangsaan akan menerima hadiah berupa wang tunai daripada pihak FIFA berdasarkan kedudukan akhir pasukan.
Pada 2 April 2013, FIFA mengumumkan GoalControl GmbH sebagai pembekal rasmi teknologi garisan gol untuk kejohanan ini.[20]
Protes
Pada upacara pembukaan yang diadakan di Brasilia National Stadium pada 15 Jun 2013, seramai 70,000 peminat telah mengebu Presiden Brazil, Dilma Rousseff dan Presiden FIFA, Sepp Blatter. Kejadian tersebut bermula apabila Blatter dan Rousseff diumumkan untuk membuat ucapan sulung sempena Piala Konfederasi edisi 2013.[21] Selepas itu pula, hashtags di Twitter yang menentang Presiden Brazil telah muncul dan merentasi seluruh dunia dalam senarai kedudukan kesepuluh teratas topik berbangkit.[22]
Sebelum perlawanan bermula, demonstrasi di luar stadium telah dianjurkan oleh sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan jumlah wang rakyat untuk dilaburkan dalam Piala Konfederasi dan Piala Dunia FIFA.[23] Demonstrasi ini berlaku seiring dengan kejadian lain di bandar-bandar utama di Brazil yang mengalami rusuhan berikutan kenaikan tambang bas dari segi harga dan inflasi yang tinggi.[24][23] Kejadian protes yang serupa juga berlaku sebelum perlawanan Mexico dan Itali di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro.[25][26]
^"Plenty to look forward to in 2011". fifa.com. 2008-05-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-21. Dicapai pada 2011-01-02. Kedua-dua kejohanan akan menyediakan dua pasukan yang layak untuk Piala Konfederasi FIFA Brazil 2013. Sementara kejohanan ini dan Piala Dunia FIFA bermula, negara ini akan menganjurkannya 12 bulan kemudian dan akan memfokuskan kejohanan ini pada bulan Julai. Cabutan Permulaan untuk Brazil 2014 pula mengambil tempat di Rio de Janeiro.