Perang Kemerdekaan Eritrea ialah suatu konflik bersenjata antara pemerintah Habsyah dan puak pemisah Eritrea yang berlangsung sebelum dan sepanjang Perang Saudara Habsyah. Pertembungan ini tercetus dengan penarikan hak autonomi Eritrea dalam Habsyah.
Latar belakang
Itali menjajah Eritrea pada tahun 1890. Pada tahun 1936, Itali menyerang Habsyah dan mengisytiharkan ia sebahagian daripada empayar Afrika Timur mereka yang turut termasuk Somaliland. Kawasan tersebut dipecahkan pemerintahannya oleh pihak Berikat setelah mengalahkan pihak Itali, bahagian Somaliland diserahkan sebagai kawasan naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum disatukan dengan Somaliland British sebagai negara Somalia yang merdeka. Eritrea dijadikan negara naungan British sehingga 1951.
Terdapat kerisauan mengenai nasib Eritrea setelah itu; pihak British mengusulkan pembahagian Eritrea mengikut penganut agama (yakni, umat Kristian kepada Habsyah manakala umat Islam untuk Sudan) namun ia sangat kontroversi. PBB memutuskan untuk memasukkan Eritrea dalam persekutuan bersama Habsyah pada tahun 1952 sebagai suatu jalan tengah mendamaikan tuntutan pihak Habsyah ke atas kedaulatannya dan keinginan Eritrea merdeka. Kira-kira sembilan tahun kemudian, Maharaja Haile Selassie membubarkan persekutuan ini lalu mengilhakkan Eritrea, memulakan konflik ini yang berlangsung selama tiga puluh tahun.[35] Pada tahun 1974, Maharaja Haile Selassie digulingkan dalam suatu kudeta oleh juntaDerg Marxis pimpinan Mengistu Haile Mariam, yang jkemudiannya mendapatkan kembali kawalan kawasan bekas Empayar Habsyah dan bahagian-bahagian Somalia. Habsyah menerima pengaruh Kesatuan Soviet secara langsungnya.
Pihak Ethiopia menggunakan "anti-personil gas",[36]napalm,[37] serta alat letupan berbahaya yang lain.
Tentera Derg Habsyah menjadi lemah secara mendadak dengan terputusnya kerjasama dan bantuan senjata daripada pihak Soviet pada 1980-an. Perkara ini diambil peluang oleh para pemberontak dalam Habsyah, terutamanya Barisan Pembebasan Rakyat Habsyah, sehingga rejim Derg berjaya digulingkan.
Peleraian konflik
Setelah berakhirnya Perang Dingin, Amerika Syarikat memainkan peranannya dalam pembicaraan damai di Washington pada bulan-bulan menjelang kejatuhan rejim Derg pada Mei 1991. Hasil orang-orang berbicara perjanjian di mana Habsyah mengiktiraf hak warga Eritrea melakukan suatu pungutan suara atau referendum kemerdekaan. Referendum ini telah diadakan pada bulan April 1993, di mana hampir kesemua warga Eritrea sebulat suara menyokong kemerdekaan mereka seperti yang disahkan Misi Pemerhati anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. PBB merasmikan keahlian negara Eritrea pada 28 Mei 1993.[38] Berikut adalah hasil referendum tersebut:
^ abcFauriol, Georges A; Loser, Eva (1990). Cuba: the international dimension. Transaction Publishers. ISBN0-88738-324-6.
^ abThe maverick state: Gaddafi and the New World Order, 1996. m/s 71.
^ abConnell, Dan; Killion, Tom (2011). Historical Dictionary of Eritrea. Scarecrow Press, Inc. ISBN978-0-8108-5952-4.
^Schoultz, Lars (2009). That infernal little Cuban republic: the United States and the Cuban Revolution. The University of North Carolina Press. ISBN978-0-8078-3260-8.
^ abHistorical Dictionary of Eritrea, 2010. Page 492
^ abOil, Power and Politics: Conflict of Asian and African Studies, 1975. Page 97.
^Eritrea: Even the Stones Are Burning, 1998. Page 110
^Eritrea – liberation or capitulation, 1978. Page 103
^Politics and liberation: the Eritrean struggle, 1961–86: an analysis of the political development of the Eritrean liberation struggle 1961–86 by help of a theoretical framework developed for analysing armed national liberation movements, 1987. Page 170