↑a Gereja utama Czech, dalam Kerajaan Beraja Bohemia diiktiraf sehingga tahun 1627 apabila ia diharamkan. ↑b Jerman mengantikan Latin sebagai bahasa rasmi empayar pada tahun 1784.[1]
Monarki Habsburg merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh dinasti Habsburg dari Austria, dan kemudian diikuti oleh dinasti Habsburg-Lorraine, antara tahun 1745 dan 1867/1918. Ibukotanya adalah Vienna (bermula pada tahun 1583 sehingga tahun 1611 di Praha). Bermula pada tahun 1804 sehingga 1867, monarki ini dikenali sebagai Empayar Austria dan dari 1867 sehingga 1918 sebagai Empayar Austria-Hungary.
Nama
Monarki ini tidak mempunyai nama rasmi. Beberapa nama yang digunakan termasuk:
Monarki Habsburg (Habsburgermonarchie)
Empayar Habsburg (Habsburgerreich)
Tanah Keturunan Habsburg/Austria (Habsburgische/Österreichische Erblande)
Monarki Austria (Österreichische Monarchie)
Monarki Danube (Donaumonarchie)
Asal usul dan perluasan
Keluarga Habsburg berasal daripada istana kota Habsburg yang kini terletak di negara Switzerland, dan selepas tahun 1279 memerintah di Austria ("Tanah Keturunan Habsburg"). Keluarga Habsburg mula menonjol di Eropah melalui perkahwinan dan penerimaan perjanjian oleh Maharaja Maximilian I di Kongres Vienna Pertama pada tahun 1515.