Selepas kematian ayahandanya pada tahun 1516, Louis II yang masih muda menaiki takhta Hungary dan Bohemia. Sambil ini baginda diasuh sebagai putera angkat oleh Maharaja Suci RomMaximilian I pada tahun 1515. Apabila Maximilian I mangkat pula pada tahun 1519, baginda dibesarkan oleh pupundanya selaku penjaga sah baginda Georg von Hohenzollern, margrave dari Brandenburg-Ansbach.
Pada 29 Ogos 1526, Lajos memimpin bala tentera baginda berperang di Mohács menentang angkatan UthmaniyahSüleyman. Askar-askar Lajos dikepung dengan berkesannya oleh pihak Uthmaniyah yang menyerang dengan senjata meriam dan senapang lantak para janissari sehingga sebahagian besar angkatan Lajos terkorban.
Lajos dan askar-askar yang terselamat berundur kalah, namun dalam keberangkatan baginda dicatatkan terjatuh dari kuda tunggangan baginda semasa mendaki suatu ngarai curam lalu terjatuh ke dalam suatu sungai rendah; baju zirahnya yang sangat berat menekannya dalam air tidak boleh berdiri sehingga melemaskan baginda.[2][3]
Nota
^Baginda turut dikenali dalam sumber-sumber pelbagai bahasa dengan nama-nama ini:
^Engel, Pál; Kristó, Gyula; Kubinyi, András (2008). "Des Angevins aux Habsbourgs". Histoire de la Hongrie Médiévale (dalam bahasa Perancis). II. P.U.R Rennes. m/s. 369-399. ISBN9782753500945.
^Agnew, Hugh (2013). The Czechs and the Lands of the Bohemian Crown. m/s. 59.
Bibliografi
Takáts, Sándor: II. Lajos király fia (A Son of King Louis II Jagiellon), Századok (Periodical Centuries), pp. 183-185, 1903